Wednesday, December 14, 2016

BOBOI JADI PM (?)

So what?

Tidak ada yang mustahil,  boleh diterima akal,  Malaysia akan diurus dengan lebih baik...

Sekurang kurangnya Lapangan Terbang kargo di Kulim akan menjadi kenyataan dengan cepat...

Mukhriz jadi PM..
Sound logic
Fresh
Energetic
Normal
Good

Lebih terperanjat kalau zahid,  hishamuddin,  kj,  mat maselan, salleh keruak jadi PM..
Makin rosak...


# Satu lagi peristiwa, tak perlu ulas panjang,  siapa yang kesipuan..


Tuesday, December 13, 2016

BERITA YANG MENGEJUTKAN




Tajuk di atas "memaksa"...
Tulisan di bawah "merayu"...

Penulis mungkin ada short wire..

Lebih baik tulis lim kit siang masukan 2.6B ke dalam akaun Mahathir untuk membolehkan Tun hadir Konvensyen DAP - itu lebih masuk akal untuk diterima.






# Cerita surat palsu Zahid minta Najib letak jawatan bukanlah isu besar.
Sudah dua tahun penulis upahan mereka menyiarkan berita palsu seperti di atas setiap hari....

ISTERI YANG CURANG..

Seorang suami yang sedar dan lanjut usia,  sebelum pencen telah mewariskan segala bentuk pengurusan harta dan kewangan peninggalan legacynya kepada isterinya yang jauh lebih muda dengan kepercayaan dan keyakinan isterinya seorang yang amanah berdasarkan rekod lampau..

Belumpun sampai lima tahun si isteri sudah curang dalam pelbagai perkara dan yang paling buat si suami bengang kerana si isteri terlibat dengan ahlong secara sengaja dan terancang.

Segala peninggalan harta yang diwakafkan untuk umum telah disalaguna, diseleweng,  dilelong semata mata untuk membayar hutang sedangkan duit yang dipinjam telah dijoli sakan.

Bukan itu sahaja,  tindakan si isteri boleh diheret ke badan perundangan jika ada pihak lain dapat membuktikannya.

Setelah dinasihati,  bukan sahaja si isteri enggan dengar malah terus menjauhi diri..

Akhirnya si suami mengambil keputusan menceraikan isterinya...

Penceraian menjadikan si isteri lebih bebas dan mengupah semua contactnya untuk memburukkan bekas suaminya hatta A to Z. Tidak ada satu kebaikan pun yang si suami telah buat.

Si isteri mungkin lupa,  satu kesilapan dan keburukan yang telah dibuat oleh bekas suaminya ialah mewariskan pengurusan dan kewangan negara ke atasnya.
ITULAH DOSA DAN KESILAPAN BESAR SI SUAMI TANPA SENGAJA.


Dengan pengaruh kewangannya hampir semua taulan dan sanak saudara menyebelahinya.

Tetapi seluruh taman tempat si isteri tinggal memang tahu perangai buruknya,  malah taman taman lain juga dapat kesan bau hancing si kaki kencing.

Si suami telah mengambil tindakan saman ke atas bekas isterinya.. Kes sedang berjalan...

Si suami (bekas)  juga secara terangan menuduh bekas isterinya curang,  jika tidak benar kenapa bekas isterinya tidak mengambil tindakan undang undang untuk menutup mulut?

Si isteri selepas diceraikan, kahwin baru (nikah belum) kini dikhabarkan perhubungan bergolak kerana pihak ketiga dan keempat yang lebih muda...

Semua di atas adalah cerita separuh akhir,  sudah hampir benar ke final...

Atau anggaplah semua ini adalah rentetan jalan cerita ke arah tumbangnya si isteri secara terhina (?)
Bolehkah pembohongan mengatasi kebenaran (?)

Jikapun si suami tewas, mungkin faktor masa yang singkat...

Masa (sejarah masa depan) juga akan menjadikan dia tetap menang...








# Posisi "si isteri" hendaklah ditukarkan kepada "si suami" jika pembaca(anda) seorang wanita.





Monday, December 12, 2016

KEMASKINI: APAKAH HUBUNGAN JUGA PALSU....TAJUK ASAL: APAKAH ZAHID DILIHAT CUKUP KESABARAN

Untuk menghadapi sebarang bentuk tohmahan, Zahid Hamidi bukan sahaja sabar tetapi perlu kelihatan cukup sabar untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO seterusnya Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Apakah Zahid Hamidi mempunyai dua ciri utama ini (?)
Apabila Musa Hitam meletak jawatan, Tun Dr Mahathir telah memilih Ghafar Baba yang tidak mengancam kedudukan kepada Presiden dan Perdana Menteri. Tetapi akhirnya ditikam belakang oleh Naib Presiden pada masa itu, Anwar Ibrahim.
Apakah ia akan berulang pada Zahid (?)

Mungkin "ya" mungkin "tidak". Seewajarnya ketidaktentuan ini memberi kewaspadaan kepada Zahid.
Zahid wajar mengambil langkah ke depan daripada menunggu keadaan tidak menentu (ya atau tidak).

Kesabaran Zahid boleh dilihat kerana kemampuannya pun terbatas,  kedudukan Najib lebih kuat berbanding kedudukan Tun Mahathir ketika diserang Anwar.
Tetapi bagaimana kesabaran penyokong Hishamuddin dan Kj (?)

Surat layang tidak mungkin datang dari pembangkang sebab mereka ada peluang di PRU bukan sahaja untuk menjatuhkan Zahid tetapi dengan agenda yang lebih besar menjatuhkan Najib dan UMNO.
Jika surat layang dari pembangkang,  ia akan lebih cermat, berkesan dan komprehensif.

Apakah Kj dan Hishamuddin serta penyokong mereka mempunyai peluang (?) Zahid akan semakin kuat jika menunggu PAU akan datang dan sudah tentu ada penangguhan pemilihan sebelum PRU.

Bagi Najib,  kedudukan Zahid makin kuat selagi Tun Dr Mahathir terus menyerangnya (sudah pasti) dan jangan lupa Zahid masih ada nostalgia engagement dengan Tun dan Anwar.

Kekuatan di luar dan dalam umno. Itukah yang si penyurat layang takut sangat...



Apakah hubungan juga palsu (?) Gambar terbaru Maulidiulrasul 2016  !!!



Sunday, December 11, 2016

PAKATAN HARAPAN LINTANG PUKANG


Siapa yang penjarakan Anwar sekarang (?)



Tidak dinafikan PAU yang dikawal telah menunjukan penyatuan satu suara perwakilan khusus menyokong Presiden parti.

Cuma kekurangan penyertaan Solidariti Rohingya UMNO+PAS dan surat palsu perletakan jawatan Zahid agak mencemar.

Lebih teruk bila kerajaan berdiam diri ketika Istana Negara kekurangan kerusi untuk Tun Dr Mahathir.
Alangkah budiman dan hebatnya Najib kalau ada budibicara dan menghantar satu kerusi untuk Tun Dr Mahathir di Majlis Pertabalan.

Berbalik kepada penyatuan UMNO dan lintang pukang Pakatan Harapan dan BERSATU,  apalagi yang ditunggu, pilihanraya sudah boleh diadakan besok..

Cakap dan action biar sekata.. kali ini biarlah kami nak tabik spring UMNO




# Surat layang politik di Malaysia bukan benda baru,  tapi kali ini surat palsu TPM letak jawatan akan disiasat PDRM,  why so serius?

Saturday, December 10, 2016

KJ ADALAH ASSET UMNO

Seperti yang pernah saya sentuh sebelum ini, goyang atau tidaknya Najib bergantung kepada sokong atau tidak sokongnya PEMUDA UMNO yang diketuai Kj.

Muhyiddin tidak boleh menjejaskan Najib,  Zahid (sekarang)  sudah hilang bisa dan tiada siapa lagi yang boleh menggugat Najib.

Surat palsu Zahid letak jawatan sekadar untuk menggigilkan Zahid bahawa surat palsu itu boleh bertukar jadi betul bila bila masa, bukan
 atas kemahuannya,  tetapi atas kemahuan pihak lain.

Cerita Kj hantar surat letak jawatan dan tarik balik sudah tentu punya alasan terbaik.. Tiada hadiah istimewa selain peluang untuk menjadi PM dalam usia yang muda,  itu cita cita Kj.

Kalau dibandingkan dengan Zahid dan Hishamuddin,  Kj lebih layak,  setanding dan setaraf dengan Najib dalam bab menguruskan wang dan harta negara.

Usaha Tingkat 4 terbantut selepas dibongkar Tun Dr Mahathir kini boleh beroperasi semula.

Friday, December 9, 2016

ANTARA UMNO DAN BERSATU, PAS PILIH...



PAS masih berhati hati untuk memilih mana satu antara UMNO dan BERSATU,  mana satu untung dunianya maksima,  kalau boleh yang mudah,  goyang kaki tapi labanya berganda...
Ek!

Hakikatnya PAS sudah lama berjuang, penat letih kena tenyeh,  kena fitnah, dizalimi, ditipu, diperalat tetapi kejayaan belum cukup berbaloi... 
Ek! 

Kena tengok semula niat perjuangan.. Memperjuang atau memperalat Islam atau bercampur baur dan kini makin terserlah dengan memperalat (?)......
 Kena buat post mortem dan mengaku dengan jujur... Bisik membisik sesama mereka kalaupun tak nak declare publicly. 

Dalam perjuangan,  tidak ada comfort zone,  puji memuji,  angkat mengangkat,  bodek membodek,  bangga sombong diri,  kutuk peribadi,  label sana sini dan tidak ada bermewah dan membazir, jauh sekali dedak mendedak. 

Kejar saham aqirat,  ugama bangsa dan negara akan terbela dengan sendirinya. 





6ANGKA