Demi rasa kasih dan sayang kepada negara, Kak Midah terpanggil utk menumpang menyumbangkan khidmat kepada sebuah perjuangan yg diasaskan oleh parti tersayang kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia..
Berbekalkan pengalaman berjuang di dalam dunia politik yg mana ianya sudah hampir mencecah 35 tahun, Kak Midah yakin sedikit sebanyak Kak Midah boleh menbantu parti..
Namun kebelakangan ini, Kak Midah diserang secara bertubi-tubi di atas sebab yg Kak Midah sendiri tidak tahu kenapa. Walaupun ini adalah perkara yg lumrah di dalam dunia politik tetapi Kak Midah terpanggil utk membuat sedikit penjelasan utk menjernihkan keadaan....
Kak Midah dituduh oleh adik2 yg baru menceburi bidang politik konon nya Kak Midah mahu menjadi Ketua Srikandi Malaysia. Dik....adalah sesuatu yg mustahil Kak Midah yg telah dilantik menjadi Naib Presiden mahu memegang dua jawatan Naib Presiden dlm masa yg sama. Ini tak mungkin akan berlaku, mustahil sama sekali. Parti tak akan membenarkan situasi ini terjadi.
Kemudian dituduh pula Kak Midah mahu mencatur adik Kak Midah iaitu Hamizura Osman sebagai Ketua Srikandi. Ini juga tak mungkin menjadi kenyataan. Mana mungkin dua beradik menjadi Naib Presiden dalam masa yg sama seolah olah parti ini kami yg punya. Tambahan pula Hamizura masih mentah dan tidak cukup pengalaman politik untuk membimbing Srikandi Malaysia. Untuk pengetahuan, Hamizura menolak utk memegang apa apa jawatan di dalam sayap Srikandi samada di Peringkat Bahagian mahu pun PDM.
Ada juga adik2 menyebut kononnya Kak midah songlap duit Tekun semasa jd Pengerusi Tekun. Kak midah ingin mencadangkan jika ada bukti, adik2 buatlah laporan kepada pihak Berkuasa. Sudah pasti pihak berkuasa sangat berminat dengan laporan seperti ini.
Begitu juga dgn fitnah yg dilemparkan kononnya anak anak Osman mahu menguasi PPBM juga sangat mustahil.
Kita masih ada Ayahanda Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan DS mukhriz yang mempunyai cukup ilmu dan pengalaman dalam menentukan dan membuat keputusan untuk parti dan siapalah kami berbanding mereka.
Dik...Politik perjuangan dlm PPBM ini sangat besar makna nya kepada negara dan kehidupan kita. Gunakan lah pentas ini sebaik mungkin dan berjuang lah kerana agama bangsa dan negara. Jangan di ikut perasaan dan nafsu kerana dibimbangi ianya akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan perjuangan yg sebenar.
Mari lah kita Bersatu...Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kak Midah percaya....adik2 mempunyai semangat yg cukup tinggi untuk menjayakan hasrat parti bg membentuk Malaysia yg baru dan gemilang serta menentang kemungkaran Najib Razak.
Jom sama sama kita berganding bahu mengumpul kekuatan demi perjuangan parti tersayang kita.
Ayuh kita usahakan untuk jadikan Malaysia hebat semula!
Kak Midah.