Perkembangan semasa BERSATU bukanlah sesuatu yang tidak diduga, malah ini peringkat yang paling awal.
Perjuangan di luar umno dengan menubuhkan BERSATU sudah merupakan satu kejayaan awal dan diakui ancaman yang sangat kuat.
Kuat bukan kerana jumlah ahli, bukan kerana jentera penggerak tetapi kuat dari segi dasar dan prinsip perjuangan yang menghentam teruk tepat ke muka pemimpin UMNO yang tidak boleh disangkal, dijawab dengan telus.
Sekadar satu dua pemimpin yang masih bsrdolak dalik dengan cerita lama tetapi semua langkah perlaksanaan kerajaan sekarang seakan menikam belakang sendiri.
Tidak ada satupun langkah yang boleh memadam skandal 1MDB daripada terus diperkata disoal oleh rakyat marhaen.
Fasa kedua kini ialah mencuci saki baki mentaliti umno yang masih berdaki dalam BERSATU.
watak seperti ainina dan khairuddin seperti kacang lupakan kulit perlu dibasuh dan disingkir kalau sudah tidak dapat diselamatkan.
Pengalaman Tun tentang strategi umno bukan perkara baru dan menangani krisis dalaman bukan asing untuk Tun.
Walaupun buka mudah tetapi sama samalah kita berdoa akan kejayaannya.
Pemimpin BERSATU, pelapis juga harus diingatkan bahawa perjuangan ini perlu diteruskan dan samada berjaya atau tidak bukan lagi perganTungan kepada Tun yang sudah melewTi usia dan tanggungjawab.
Sebagai pembuka jalan dan pendorong tidak wajar Tun di bebankan lagi dengan isu pengkhianatan dalam parti.
Pemimpin kena bertindak sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Perjuangan mesti iklas kerana allah dan bangsa. Klu mereka tak iklas boleh belah.... atau jgn layan mereka atau segera boikot mereka - jgn mereka jadi perosak dan merunsingkan perjuangan ahli massa
ReplyDeletePresiden sendiri dah ada bunyi utk disingkirkan selepas ketua srikandi. Yep, rupanya strategi pijak kepala orang untuk naikkan golongan tertentu lebih teruk berbanding parti asal dorang. Kalau muhyidin tersingkir, siapa akan diangkat menggantikannya? Khairudin dh mula pasang dan tiup semboyan. Agak2 la, khairudin ni bersuara bagi pihak siapa? Ahli bersatu kebanyakkannya cerdik, takkan tak perasan kot?
ReplyDeleteLantak korang lah PPBM! MahaKutty sendiri pun terpalit dengan USD100 billion skandal, yg lain tu 2x5 jer....kalau dah DNA UMNgOk, apa nak heran dengan tuduhan skandal sex & sodom! Dah macam budaya pulak!!
ReplyDeleteDah report Kat SPRM? Jauh Lebih banyak dari 2.6b...90m tu...takan biarkan je?
Delete4:08..hentikanlah permainan teka-teki kamu itu untuk mengobrak-abrikkan parti Bersatu. Kami dah kenal pun siapa kamu.
DeleteKikikiki... parti lawak.... allah bayar cash... amount sikit jer tak banyak... bahana parti yg diyubuh atad dasar memfitnah... dasar batuapi.... demi kroni dan anak beranak... parti pkr pula demi anak baranag dan keluarga aljubooi.... dasar parti jer dijaja kehulu hilir ..tapi fitnah tetap aagenda utama... semua batua pennjajah yg BERSATU kini... tugas pememerintah nnpk senang dan lebih mudah skg... masa terbaik pikihanraya makain hampir... tak sabau nak pelingkuo BERSATU pluralist murtad nih....
ReplyDeleteKalau nk citer pasak pembersihan dlm ppbm nampaknya tiada yg tinggal lagi dlm ppbm sebab depa yg berada didalam ppbm semuanya bangkai..
ReplyDeletekalau dalam BERSATU semua bangkai...kenapa penyamun perompak dalam parti najis ketakutan sangat..
DeleteBERSATU sewajarnya diterajui oleh Mukhriz dengan Badan Penasihat dari pelbagai golongan.
ReplyDeletecuma ini akan memberi kesempatan partinajis menyerang dan menabur fitnah
Mukhriz bukanlah politikus yang handal seperti Tun Dr Mahathir tetapi imejnya boleh membantu menarik golongan pro dan muda untuk turut serta dalam BERSATU.
Pengalaman adalah satu perkara bonus tetapi akhlak yang baik lebih utama dalam memimpin.
Tumbangkan BN dan Najib boleh diambil peranan utama oleh Pakatan Harapan dan PAS.
kakakakkaka...dlm UMNGOK tu penuh kaki rasuah, penuh penyonglap hang dok jilat jugak...btui?
ReplyDeleteKhairuddin ni boleh balik kepada umnolah,itu pun kalau diorang sudi terimala....specis bangang macam ni selalunya orang umno suka.
ReplyDeleteAku lebih bengang dgn gelagat ainina dan khairudin dlm isu skandal seks ni. Ainina patut jgn la over sgt sebab kalau diri terpalit dgn skandal peribadi, jawab la secara peribadi atau jln mudah berundur jer. Dia tak perlu jadi mcm ketam nak heret org lain jatuh sama sampai menjejas maruah PPBM seolah2 PPBM mcm mak bapak dia punya. Aku cukup anti dgn melayu mcm nie...kalau dah terpalit skandal peribadi...paham2 sendiri la nak undur kalau menjejaskan parti. Si khairudin pulak mcm opportunist...lagi mau kasi petrol atas api yg kecil. Dude...ini masalah peribadi yg tak melibatkan kerugian rakyat. Rakyat lagi perlukan PPBM utk menumbangkan najib. Tak payah la nak memandai2 kalau dah keluar PPBM tu. Malu la skit kt Tun M yg berhempas pulas nak rally semua org tak puak2 so called pemimpin2 golongan muda nie mcm perasan ada aura kepada pengundi2 muda. Kalau setakat nak menjerit2...pastu nak tunjuk berani melawan mcm ainina tu semua org boleh buat. Aku dah sangsi dgn keikhlasan diorang nie berjuang sebab mcm ada matlamat peribadi menangguk di air keruh utk pangkat dan kuasa.
ReplyDeleteParti apa ni, baru ditubuh tiga empat bulan dah nak buat cacian dalaman. Pemimpin pemimpin PPBM semuanya otai2, patutnya tak de la cucian2 dalaman pada peringkat awal ni. Bukan kah otai2 tu dah berpuluh tahun berpengalaman dalam politik.
ReplyDeleteMacam ni tak payah la ada parti politik baru. Niat nak cuci kerajaan tapi awal2 diri sendiri pun tak dicuci betul2......porrahh..
Tu la pasal orang utara ni x bole jadi pemimpin... yg kecik dan yg bebeso pemimpin suma membarua sesama sendiri....
ReplyDeleteBukan psl org dari negeri mana tapi sifat org tu sendiri terutama belia2 melayu ni. Kalau la jawatan parti tak memberi faedah seperti duit, kuasa, glamer, dihormati dek title atau pangkat takan semua beriya2 nak volunteer menolong rakyat. Cuba try takde imbuhan seperti itu atau tiada sesiapa atau instituisi yg sanggup anugerahkan semua tu ...kau ingat org nak menghambakan diri free2??
ReplyDeleteSaye tak suka tuduh org utara mcm tu sebenarnya tapi klu nak fakta boleh ajer saya berikan..... cuba la renungkan PM pertama hingga pak lah... khas dari utara.... kamu akan dapat fakta nya.....
DeleteOoo fasa pembersihan rupanya.lepas nie fasa polish la plak yer...
ReplyDeleteaku harap tun dapat mencuci balik mulut dia dengan menarik balik kenyataan pasal brim itu rasuah, atau teruskan kenyataan brim itu rasuah dengan menyarankan semua penyokong parti bersatu, pkr, pan dan dap yang layak dapat brim untuk menolak pemberian tersebut. tekankan bahawa brim adalah rasuah, dan makan rasuah adalah sesuatu yang salah, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. kepada penganut beragama Islam yang menyokong parti yang disebut di atas, tolak pemberiam brim kerana ia akan menjadi darah daging dan merosakkan keturunan kerana yang menjadi darah daging adalah bersumber dari yang haram. tun nak pilih yang mana satu? atau teruskan dengan mulut longkangnya dengan menghasut tetapi tidak berani bertanggungjawab dengan apa yang dia cakap. sangap sangat sampai yang menjadi hak rakyat tidak berkemampuanpun ditafsirkan sebagai rasuah yang hukumnya haram.
ReplyDeleteBR1M memang rasuah.
DeleteKalau bukan rasuah, apa itu BRIM..............?????
Lebih baik subsidi, semua orang dapat merasa, ibarat memberi
joran kepada orang susah bukan beri ikan macam BR1M.
BRIM tu pada asalnya suci bersih dan merupakan pemberian tulus ikhlas dari Kerajaan kepada rakyat.Tetapi diakhir2 ini pemberian tersebut sudah bertukar menjadi rasuah setelah pemberian itu diberi dengan niat meraih undi dari penerima.Selain dari itu BRIM juga dianggap satu penipuan kepada rakyat kerana Kerajaan memunggut GST ysng memberi keuntungan yang begitu tinggi kepada Kerajaan.
ReplyDeleteKlu tun mamak maha mega batuapi dulu lansung tak rasa apa2.... tup tup... sykt anak ngan kroni yg dapat... dapat bailout beratus juta .... rakyat yg tanggung sebab mamak cakap anak dia pandai berniaga....okkkkkkk!!!
ReplyDeleteKejora...
DeleteSemasa pemerintahan Tun M, kehidupan rakyat jelata (terutama di kawasan pendalaman & kampung) agak selesa. Rakyat bahwahan tidak menderita cukai gst, malah diberi sabsidi, bantuan persekolahan, biasiswa, dividen 10% ASB/ASB, peluang/longokan pekerjaan seluas-luasnya, dan paling membanggakan negara * pemimpin disegani/dihormati oleh dunia luar.
Tapi kini semua berubah sejak 2003.... pengangguran menjadi-jadi dgn kenaikan kos sara hidup, ditambah beban gst yg memeritkan, serta bantuan pelajaran ke peringkat universiti ditarik balik. Tapi pemimpin negara terus hidup dalam kemewahan serta boros hingga untuk menjaga seorang FLOM & seekor kucingnya memerlukan tenaga 27 kakitangan.