Mungkin itu satu kesimpulan awal yang boleh dibuat.
PAS yang kini berada di kekuatan yang maksima, King Of Maker dan mampu menang semua kerusi yang ditandingi mungkin terhalang oleh Pakatan Harapan, BERSATU atau umno.
Dengan perkhabaran gah, akan juga bertanding di kerusi yang ada calon DAP, sudah pasti PAS begitu yakin non-muslim boleh menerima mereka lebih lebih lagi kerana telah berjaya mengagih agihkan limau mandarin kepada kaum Cina di Kuala Terengganu baru baru ini.
Dengan lebih banyak play safe dan "Diam Bijaksana" dalam isu 1MDB, GST, MKN, forest City, Look China Hutangi sudah tentu satu satunya isu hidup mati PAS sdalah menjuarai RRU355 yang akan dibawa dijaja ke seluruh pelusuk negara sebagai wira.
Setakat mana RRU akan diluluskan oleh Parlimen kalau pembentangan seterusnya akan dibuat oleh kerajaan BN belum pasti, apakah akan ditangguh lagi.
Apakah umno akan mengutamakan parti simpanannya dari parti tetap komponen BN yang lain (?)
Jangan sampai jadi cerita pak pandir melawan urus, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran atau dalam peribahasa moden, The Return Of Maker as King Of Beggar.
# Pesanan kepada Nik Abduh, Mahathir mungkin sedang mensucikan dosa atas kesilapan masa lalunya dengan kembali berada di landasan yang betul, menolak umno.
PAS di era Nik Aziz, 20 tahun cuba menolak umno tetapi gagal dan hari ini apakah Nik Abduh tidak terasa mengkhianati perjuangan bapanya sendiri dengan menyokong umno.
Bermaruah sangatkah Nik Abduh dan PAS dalam isu 90 juta sehingga ke hari ini bayang saman pun tak nampak (?)
Sucikan diri terlebih dahulu sebelum boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Mahathir.
Fikir fikirkanlah.