Wednesday, February 15, 2017

MAHATHIR DAN NURUL SEPENTAS

Apakah benar ini ungkapan Zahid 


seperti yang sedang diviralkan atau sekadar 
untuk maksud melaga lagakan dan fitnah (?)


....

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku mahu menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sampai lumat.

Mahathir berkata, beliau mengaku hasrat awalnya adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri telah berubah  kerana langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah negara.

“Memang saya dulu nak tukar Najib saja tetapi selepas itu saya sedar seluruh Umno dan BN sudah korup. Dulu nak tukar Najib saja tetapi sudah tidak boleh. Kena tukar semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum di majlis makan malam anjuran ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar malam tadi.

Mahathir mendakwa negara yang diasaskan sebelum ini sehingga dinamakan sebagai ‘Asean Tiger’ sudah berubah kepada negara yang paling korup sehingga digelar ‘Negara Kleptokrasi’ iaitu negara yang dikuasai oleh perompak, pencuri dan penyamun.



Justeru, beliau cuba untuk mengubahnya dengan gabungan parti pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Untuk memastikan semua itu tercapai, beliau berusaha untuk memastikan semua parti pembangkang bersatu sebagaimana bersatunya parti-parti dalam BN sebelum ini.

Mahathir cuba menegaskan bahawa hanya dengan cara ini parti pembangkang boleh menang sebagaimana BN menang selama ini.


#fb messi amir

Tuesday, February 14, 2017

BIARLAH DIA GILA SORANG SORANG

Aku terpaksa bersetuju untuk bersetuju dengan tindakan Jamal baru baru ini.

Bawa van jenazah dan keranda, dia dah faham tak lama lagi partinya akan berkubur.



Dia pun tak menyusahkan ramai orang,  setakat berbelas penyokong.

Harap jangan pula Jamal ditangkap polis kerana ada report keranda dan van jenazah hilang

Sekurang kurangnya dia tak lah memekik melolong minta orang datang menyolongnya sepertimana penganjur perhimpunan RUUUUUU 355555.

Jamal lebih advance,  mengingati mati itu sunat.

AIR SELANGOR PERCUMA JOHOR BIL BERGANDA

Khamis, 9 Februari 2017

*KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DEPOSIT BAHARU PEMBEKALAN AIR BAGI NEGERI JOHOR*

Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pengurusan bekalan air secara "demand management"  (pengurusan air berdasarkan permintaan dan bukan berdasarkan bekalan) dalam usaha memastikan pengguna mengamalkan pendekatan berhemat apabila menggunakan air.

Bagi menjayakan usaha tersebut, SAJ Holdings (SAJ) sudah memulakan pelarasan semula deposit pembekalan air bagi negeri ini kepada semua pengguna air syarikat itu bermula pada tahun ini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelaksanaan itu adalah salah satu langkah mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di bawah Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang berkuat kuasa pada Februari 2014.

Mengikut akta dan peraturan di atas, kajian semula dilakukan setiap tahun pada 31 Januari bagi pengguna domestik dan dua kali setahun iaitu pada 31 Januari dan 31 Julai bagi pengguna komersial dan industri.

Objektif dan keperluan kajian semula deposit itu adalah bagi mematuhi akta tersebut selain untuk memastikan deposit mencukupi semasa proses penutupan akaun - caj perkhidmatan terakhir yang mana kaedah itu diguna pakai diperingkat nasional dan turut dilaksanakan di negeri-negeri lain.

SAJ telah mula menuntut deposit tambahan kepada akaun bekalan air pengguna pada bil Februari 2017 (yang sepatutnya bermula pada 2014) sekiranya deposit sedia ada kurang daripada nilai deposit yang baharu.

Pengiraan deposit itu bergantung kepada purata pembayaran air selama setahun dan sekiranya caj dikenakan kurang daripada deposit, maka lebihan bayaran itu akan dipulangkan dengan mendebitkan ia ke dalam pengguna.

Pada masa sama, jika ada pengguna yang tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh deposit baharu yang dikenakan itu, mereka boleh meminta kepada SAJ untuk membuat pembayaran secara ansuran semasa membuat pembayaran bil masing-masing.

Justeru, pelarasan deposit baharu itu diyakini tidak membebankan pengguna seperti didakwa kerana menerusi pelaksanaan tersebut pengguna akan menggunakan air dengan lebih berhemat dalam usaha memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi.

*DATUK IR. HASNI MOHAMMAD*
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

# Tunggu Pilihanraya - rakyat pun ada alasan

Monday, February 13, 2017

Sunday, February 12, 2017

ANWAR IBRAHIM MASIH RELEVAN SEBAGAI PM BERBANDING SERIBU "PEMIMPIN UMNO" SEKARANG

Lokasi: Hospital Kajang.

“Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. 

Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah kepada seorang jururawat di kaunter.

“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah,” balas jururawat itu.

Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. Menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME itu sebab datang lewat hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.

“Doktor, tolong periksa pesakit ni sekejap.” Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik tu, tiba-tiba ada orang sapa.

Apabila aku menoleh kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari kepada rangka katil.

Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani pegawai penjara adalah perkara biasa. 

Mana tak nya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti di hantar ke Hospital Kajang untuk dapatkan rawatan.

Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. 
Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.

Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan dapati bunyi pernafasannya teredam. 

Alamak, itu tanda tak baik! Maka, aku segera beritahu perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.

Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi.

BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air. RR 42 bpm.

Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. 

Jadi, tanpa melengahkan masa, jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. 

Dua orang doktor bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.

“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.

Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. 

Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal dunia.

Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi. 

Pakcik yang tak sabar mahu pulang tu menyindir dengan suara yang keras.

“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan tu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh.

Banduan yang tak bayar cukai tu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.

Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.

“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat. Patutnya, biar mati je pun tak apa. 

Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak puashati kerana sindiran yang pertama tidak dilayan.

Mendengar sindiran itu, pegawai penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.

“Pakcik tahu tak? Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. 

Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai tersebut, lantas beredar.

Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh pegawai penjara tu, namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika.



Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?


Saturday, February 11, 2017

PEMIMPIN SIMPAN MACAI DALAM GUA



Bila nak dapat brim, macai macai akan keluar dari gua, bila barang naik macai akan menyorok dalam gua,  tengok tivi tiga suku, rutin harian hidup seorang macai...

# Selepas petrol naik akan ada Menteri memberi amaran,  peniaga jangan naikkan harga. 
Itulah Menteri umno,  hidup dan simpan penyokong dalam gua. 

MANGKUK HAYUN BELA JAMAL JAMBAN

Apakah Jamal sudah didakwa?  Belum kan.
Kenapa cuba burukan PDRM dan pihak lain..
Kenapa kalut sangat.

Bukanlah tugas orang awam membuat serbuan dan mengambilalih peranan pihak berkuasa,  mencukupi bekerjasama.

Lebih lebih lagi motif Jamal kepada motif politik dan didalangi.  Tanpa restu seseorang tidak mungkin dia berani..
Kalau tak ada dalang,  kenapa tidak melarangnya.

Kenapa sekarang baru nak menceceh...

......

Penangkapan DSJY, DMIT dan 8 yang lain.

Pada 1/2/2017 yang lalu DMIT dan 8 yang lain telahpun ditangkap oleh pihak PDRM kerana disyaki telah terlibat dengan Kes Samun berkumpulan "PUSAT HIBURAN KELUARGA" di bawah Seksyen 395 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan Hukuman maksimum 20 tahun Penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Susulan daripada itu, DSJY juga telah ditangkap pada 2/2/2017 di perkarangan rumahnya setelah sepasukan Polis mengepung rumahnya di Ampang kerana disyaki telah terlibat dengan kes di bawah Seksyen yang sama.

PERSEPSI

1) Masyarakat secara Amnya mempunyai persepsi yang negatif terhadap DSJY, DMIT dan 8 yang lain kerana tangkapan ini. Mengambilkira kedudukan DSJY dan DMIT sebagai orang politik dan juga "public figure" sudah tentu persepsi negatif sebegini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi dan pandangan masyarakat kepada mereka yang juga merupakan pemimpin masyarakat;

2) 8 orang pengikut-pengikutnya juga terkesan dengan penangkapan ini kerana mereka juga mempunyai pekerjaan yang hakiki selain daripada sebagai aktivis memerangi kegiatan haram bersama NGO yang dipimpin oleh DSJY. Hal ini kerana mereka bukanlah ahli politik sepenuh masa seperti DSJY dan DMIT;

3) Apabila berlakunya tangkapan terhadap mereka, maka bermulalah episod-episod kecaman, penghinaan, cacian, penghakiman oleh sebahagian masyarakat kita terhadap mereka ini terutamanya "netizen" dan "keyboard warriors";

4) Kesempatan ini juga diambil oleh pihak-pihak Parti Pembangkang untuk menangguk di air yang keruh dan terus mengecam dan memburuk-burukkan Parti Pemerintah di atas dasar DSJY dan DMIT adalah merupakan pemimpin UMNO pada masa yang sama;

5) Mereka-mereka yang secara terus-terusan memburuk-burukkan dan juga terus membuat kesimpulan seolah-olah DSJY, DMIT dan 8 yang lain ini telahpun dijatuhkan hukuman dan 100% bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan telahpun mempengaruhi pandangan masyarakat secara Amnya secara sengaja ataupun tidak sengaja bahawa kesemua yang ditangkap adalah bersalah;

6) Persepsi sebegini adalah persepsi yang salah secara total kerana seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah setelah melalui proses perundangan sebagaimana yang termaktub di bawah Kanun Prosidur Jenayah dan Kanun Keseksaan;

7) Buat masa ini, masyarakat secara Amnya beranggapan bahawa DSJY, DMIT dan 8 yang lain adalah kumpulan penjenayah Samun Berkumpulan dan ada yang melabel mereka ini sebagai "Penyamun" dan "Perompak" tanpa mengambil tahu terlebih dahulu fakta-fakta yang material di dalam kes ini dan juga tanpa memikirkan tangan-tangan yang ghaib disebalik tangkapan ini.

8) Secara konklusinya, PERSEPSI yang sangat Negatif sedang mekar di dalam fikiran dan pandangan masyarakat secara Amnya terhadap DSJY, DMIT dan 8 yang lain setakat saat ini dan sementara mereka masih lagi di dalam tahanan reman; (tidak dinafikan terdapat PERSEPSI yang positif juga tetapi dalam nisbah yang lebih sedikit)

REALITI

1) DSJY, DMIT dan 8 yang lain adalah merupakan sebahagian daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia di bawah pimpinan DSJY telahpun dan masih lagi sedang giat menggempur aktiviti-aktiviti HARAM di Selangor terutamanya Kegiatan Pusat Perjudian Haram yang berselindung disebalik PUSAT HIBURAN KELUARGA dan juga Kegiatan Persundalan dan Pelacuran yang berselindung disebalik Pusat Urutan Tradisional dan Refleksologi yang semakin bertambah di Negeri Selangor ibarat Cendawan tumbuh selepas hujan;

2) Gerakan ini telah bergerak secara agresif dan telah "menelanjangkan" kegiatan-kegiatan haram di Selangor sehingga membuatkan banyak pihak yang berkepentingan tidak senang duduk. Gerakan ini juga telah mendapat sokongan dan membuka mata banyak pihak bahawa kegiatan-kegiatan haram ini sedang bermaharajalela dan seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang;

3) Dalam usaha DSJY, DMIT dan 8 yang lain serta Gerakannya membanteras aktiviti Perjudian Haram ini, terdapat pihak-pihak yang tertentu telah menggunakan ruang kelompongan atau kelemahan di pihak Gerakan ini untuk membuat serangan balas dalam usaha mematahkan Gerakan pimpinan DSJY ini yang bakal menghapuskan Kegiatan-kegiatan haram mereka;

4) Pada 29/12/2016, Gerakan di bawah pimpinan DSJY ini telahpun menyerbu sebuah Premis di Ampang Selangor bersama-sama pengamal media perdana dan alternatif bagi menunjukkan bahawa wunudnya Kegiatan Judi Haram di premis tersebut yang mana perkara ini sememangnya menjadi ruwet marcapada ini. Serbuan ini juga telah mendapat liputan meluas di seluruh negara dan turut disiarkan di slot Buletin Utama pada tarikh yang sama tetapi malangnya Pihak Berkuasa Tempatan dan PDRM seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Kedai Mesin Judi Haram tersebut walaupun secara terang-terangan perkara ini telah diketengahkan oleh DSJY dan Gerakannya;

5) Sayang seribu kali sayang, DSJY, DMIT dan 8 yang lain telahpun ditangkap dan masih lagi dalam tahanan reman disebabkan serangan balas oleh Pengusaha Mesin Judi Haram tersebut yang secara terang-terangan menjalankan kegiatan yang haram dan menyalahi undang-undang tetapi telah menggunakan undang-undang dan PDRM untuk membuat serangan balas terhadap DSJY dan Gerakannya itu;

6) Bagaimana serangan balas tersebut di lakukan?

- Baru-baru ini beberapa buah rakaman kamera tertutup / CCTV telahpun tular di Media Sosial yang menunjukkan beberapa orang lelaki sedang merampas sesuatu daripada seorang wanita di Premis Judi Haram yang diserbu oleh DSJY dan Gerakannya pada 29/12/2016 yang lalu;

- Berasaskan kepada rakaman CCTV tersebut, seorang pekerja kedai Mesin Judi Haram telah membuat laporan polis bertarikh 30/12/2016 dengan menyatakan bahawa sejumlah wang ringgit sebanyak RM 500 dan RM300 telah hilang serta beberapa barangan yang lain (anggaran kerugiankeseluruhan tidak sampai RM2000) sewaktu pendedahan oleh DSJY dan Gerakannya tersebut;

- Di dalam rakaman tersebut, tidak ada langsung kelihatan sosok tubuh DSJY, DMIT dan pengikut-pengikutnya melakukan perkara tersebut tetapi malangnya pihak polis telah menggunakan rakaman ini sebagai asas kepada penangkapan mereka

- Tidak dinafikan jikalau benar perkara itu berlaku, tetapi ianya tidak ada kena-mengena dgn DSJY, DMIT dan pengikut-pengikutnya atas alasan-alasan berikut:

DARI SEGI LOGIKNYA

*Mana mungkin sekumpulan penyamun memanggil media perdana dan alternatif untuk merakamkan dan membuat liputan terhadap rompakan yang ingin dilakukan;

*Mana mungkin sekumpulan penyamun memberikan butir-butir peribadi dan membuat laporan polis "cover report" selepas membuat rompakan;

*Mana mungkin sekumpulan penyamun hanya menyamun wang dan barang-barang yang jumlahnya hanya lebih kurang RM2000 (jika dibahagikan kepada 20 orang, hanya RM100 setial seorang) sanggup berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan;

***Mengapakah pihak PDRM tidak mampu menggunakan LOGIK dalam membuat pertimbangan samada untuk menyiasat kes ini dibawah kes Samun Berkumpulan atau kes Ceroboh sahaja????

***Adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk merencatkan gerakan menggempur Kegiatan Haram di Selangor ini? Jika benar wujudnya tangan-tangan ghaib tersebut, maka Keadilan juga telah ghaib di dalam sistem perundangan kita pada hari ini terutamanya di pihak penguatkuasaan iaitu PDRM dan juga PBT.

7) Dalam erti kata lain, pihak Pengusaha Kegiatan Mesin Judi Haram telah menggunakan Undang-undang untuk mempertahankan kegiatan mereka yang menyalahi undang-undang, mereka hanya percaya pada undang-undang yang menyebelahi pihak mereka sahaja dan menidakkan undang-undang yang tidak berpihak kepada mereka;

9) Mengapakah DSJY dan DMIT ditangkap?

-Kerana DMIT telah membuat "cover report" pada 29/12/2016 (hari pendedahan kegiatan Mesin Judi Haram tersebut) yang juga menyatakan bahawa dia dan DSJY ada di premis tersebut bagi mendedahkan kegiatan haram ini;

-Tetapi malangnya, tiada sebarang tindakan diambil oleh PDRM terhadap pengusaha kedai mesin judi haram tersebut, sebaliknya, Penggempur mendedahkan kegiatan haram ini yang ditangkap;

10) Mengapakah 8 orang pengikut yang lain turut ditangkap?

-kerana mereka telah memberikan kerjasama kepada PDRM sewaktu hari pendedahan tersebut dengan memberikan nama dan no. K/P kepada pihak polis untuk rekod di luar premis tersebut;

-Orang yang memberikan maklumat tentang kegiatan haram dan bekerjasama dengan pihak Polis ditangkap dan disiasat tetapi Penjenayah yang merosakkan Anak Bangsa dibela dan dilindungi.

11) Penyalahgunaan undang-undang oleh pihak-pihak tertentu ini dengan arahan atau dorongan tangan-tangan ghaib ini adalah satu pencabulan terhadap Kepentingan Keadilan (interest of justice) dan Kepentingan Awam (Public interest) di Negara kita yang tercinta ini;

12) Perkara-perkara sebegini tidak akan sama sekali melemahkan semangat DSJY dan Gerakannya untuk terus-terusan mendedahkan dan membongkar kegiatan-kegiatan haram di Selangor terutamanya Kegiatan Mesin Judi Haram yang berselindung disebalik PUSAT HIBURAN KELUARGA dan Kegiatan Persundalan dan Pelacuran yang berselindung disebalik PUSAT REFLEKSOLOGI DAN URUTAN TRADISIONAL;

AKHIR SEKALI,

Semoga penjelasan REALITI ini dapat memperbetulkan PERSEPSI yang negatif diluar sana. Sama-samalah kita membanteras kegiatan haram yang merosakkan Anak Bangsa kita daripada terus bermaharajalela.Ketepikanlah seketika fahaman dan kepentingan politik. Bukalah mata dan sana-sama berlapang dada di dalam membuat pertimbangan mana yang hitam dan mana yang putih.

#Solidariti4DSJY,DMIT&8yanglain
#GempurAktivitiHaram
-5/2/2017-




6ANGKA