Saturday, February 11, 2017

MANGKUK HAYUN BELA JAMAL JAMBAN

Apakah Jamal sudah didakwa?  Belum kan.
Kenapa cuba burukan PDRM dan pihak lain..
Kenapa kalut sangat.

Bukanlah tugas orang awam membuat serbuan dan mengambilalih peranan pihak berkuasa,  mencukupi bekerjasama.

Lebih lebih lagi motif Jamal kepada motif politik dan didalangi.  Tanpa restu seseorang tidak mungkin dia berani..
Kalau tak ada dalang,  kenapa tidak melarangnya.

Kenapa sekarang baru nak menceceh...

......

Penangkapan DSJY, DMIT dan 8 yang lain.

Pada 1/2/2017 yang lalu DMIT dan 8 yang lain telahpun ditangkap oleh pihak PDRM kerana disyaki telah terlibat dengan Kes Samun berkumpulan "PUSAT HIBURAN KELUARGA" di bawah Seksyen 395 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan Hukuman maksimum 20 tahun Penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Susulan daripada itu, DSJY juga telah ditangkap pada 2/2/2017 di perkarangan rumahnya setelah sepasukan Polis mengepung rumahnya di Ampang kerana disyaki telah terlibat dengan kes di bawah Seksyen yang sama.

PERSEPSI

1) Masyarakat secara Amnya mempunyai persepsi yang negatif terhadap DSJY, DMIT dan 8 yang lain kerana tangkapan ini. Mengambilkira kedudukan DSJY dan DMIT sebagai orang politik dan juga "public figure" sudah tentu persepsi negatif sebegini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi dan pandangan masyarakat kepada mereka yang juga merupakan pemimpin masyarakat;

2) 8 orang pengikut-pengikutnya juga terkesan dengan penangkapan ini kerana mereka juga mempunyai pekerjaan yang hakiki selain daripada sebagai aktivis memerangi kegiatan haram bersama NGO yang dipimpin oleh DSJY. Hal ini kerana mereka bukanlah ahli politik sepenuh masa seperti DSJY dan DMIT;

3) Apabila berlakunya tangkapan terhadap mereka, maka bermulalah episod-episod kecaman, penghinaan, cacian, penghakiman oleh sebahagian masyarakat kita terhadap mereka ini terutamanya "netizen" dan "keyboard warriors";

4) Kesempatan ini juga diambil oleh pihak-pihak Parti Pembangkang untuk menangguk di air yang keruh dan terus mengecam dan memburuk-burukkan Parti Pemerintah di atas dasar DSJY dan DMIT adalah merupakan pemimpin UMNO pada masa yang sama;

5) Mereka-mereka yang secara terus-terusan memburuk-burukkan dan juga terus membuat kesimpulan seolah-olah DSJY, DMIT dan 8 yang lain ini telahpun dijatuhkan hukuman dan 100% bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan telahpun mempengaruhi pandangan masyarakat secara Amnya secara sengaja ataupun tidak sengaja bahawa kesemua yang ditangkap adalah bersalah;

6) Persepsi sebegini adalah persepsi yang salah secara total kerana seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah setelah melalui proses perundangan sebagaimana yang termaktub di bawah Kanun Prosidur Jenayah dan Kanun Keseksaan;

7) Buat masa ini, masyarakat secara Amnya beranggapan bahawa DSJY, DMIT dan 8 yang lain adalah kumpulan penjenayah Samun Berkumpulan dan ada yang melabel mereka ini sebagai "Penyamun" dan "Perompak" tanpa mengambil tahu terlebih dahulu fakta-fakta yang material di dalam kes ini dan juga tanpa memikirkan tangan-tangan yang ghaib disebalik tangkapan ini.

8) Secara konklusinya, PERSEPSI yang sangat Negatif sedang mekar di dalam fikiran dan pandangan masyarakat secara Amnya terhadap DSJY, DMIT dan 8 yang lain setakat saat ini dan sementara mereka masih lagi di dalam tahanan reman; (tidak dinafikan terdapat PERSEPSI yang positif juga tetapi dalam nisbah yang lebih sedikit)

REALITI

1) DSJY, DMIT dan 8 yang lain adalah merupakan sebahagian daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia di bawah pimpinan DSJY telahpun dan masih lagi sedang giat menggempur aktiviti-aktiviti HARAM di Selangor terutamanya Kegiatan Pusat Perjudian Haram yang berselindung disebalik PUSAT HIBURAN KELUARGA dan juga Kegiatan Persundalan dan Pelacuran yang berselindung disebalik Pusat Urutan Tradisional dan Refleksologi yang semakin bertambah di Negeri Selangor ibarat Cendawan tumbuh selepas hujan;

2) Gerakan ini telah bergerak secara agresif dan telah "menelanjangkan" kegiatan-kegiatan haram di Selangor sehingga membuatkan banyak pihak yang berkepentingan tidak senang duduk. Gerakan ini juga telah mendapat sokongan dan membuka mata banyak pihak bahawa kegiatan-kegiatan haram ini sedang bermaharajalela dan seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang;

3) Dalam usaha DSJY, DMIT dan 8 yang lain serta Gerakannya membanteras aktiviti Perjudian Haram ini, terdapat pihak-pihak yang tertentu telah menggunakan ruang kelompongan atau kelemahan di pihak Gerakan ini untuk membuat serangan balas dalam usaha mematahkan Gerakan pimpinan DSJY ini yang bakal menghapuskan Kegiatan-kegiatan haram mereka;

4) Pada 29/12/2016, Gerakan di bawah pimpinan DSJY ini telahpun menyerbu sebuah Premis di Ampang Selangor bersama-sama pengamal media perdana dan alternatif bagi menunjukkan bahawa wunudnya Kegiatan Judi Haram di premis tersebut yang mana perkara ini sememangnya menjadi ruwet marcapada ini. Serbuan ini juga telah mendapat liputan meluas di seluruh negara dan turut disiarkan di slot Buletin Utama pada tarikh yang sama tetapi malangnya Pihak Berkuasa Tempatan dan PDRM seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Kedai Mesin Judi Haram tersebut walaupun secara terang-terangan perkara ini telah diketengahkan oleh DSJY dan Gerakannya;

5) Sayang seribu kali sayang, DSJY, DMIT dan 8 yang lain telahpun ditangkap dan masih lagi dalam tahanan reman disebabkan serangan balas oleh Pengusaha Mesin Judi Haram tersebut yang secara terang-terangan menjalankan kegiatan yang haram dan menyalahi undang-undang tetapi telah menggunakan undang-undang dan PDRM untuk membuat serangan balas terhadap DSJY dan Gerakannya itu;

6) Bagaimana serangan balas tersebut di lakukan?

- Baru-baru ini beberapa buah rakaman kamera tertutup / CCTV telahpun tular di Media Sosial yang menunjukkan beberapa orang lelaki sedang merampas sesuatu daripada seorang wanita di Premis Judi Haram yang diserbu oleh DSJY dan Gerakannya pada 29/12/2016 yang lalu;

- Berasaskan kepada rakaman CCTV tersebut, seorang pekerja kedai Mesin Judi Haram telah membuat laporan polis bertarikh 30/12/2016 dengan menyatakan bahawa sejumlah wang ringgit sebanyak RM 500 dan RM300 telah hilang serta beberapa barangan yang lain (anggaran kerugiankeseluruhan tidak sampai RM2000) sewaktu pendedahan oleh DSJY dan Gerakannya tersebut;

- Di dalam rakaman tersebut, tidak ada langsung kelihatan sosok tubuh DSJY, DMIT dan pengikut-pengikutnya melakukan perkara tersebut tetapi malangnya pihak polis telah menggunakan rakaman ini sebagai asas kepada penangkapan mereka

- Tidak dinafikan jikalau benar perkara itu berlaku, tetapi ianya tidak ada kena-mengena dgn DSJY, DMIT dan pengikut-pengikutnya atas alasan-alasan berikut:

DARI SEGI LOGIKNYA

*Mana mungkin sekumpulan penyamun memanggil media perdana dan alternatif untuk merakamkan dan membuat liputan terhadap rompakan yang ingin dilakukan;

*Mana mungkin sekumpulan penyamun memberikan butir-butir peribadi dan membuat laporan polis "cover report" selepas membuat rompakan;

*Mana mungkin sekumpulan penyamun hanya menyamun wang dan barang-barang yang jumlahnya hanya lebih kurang RM2000 (jika dibahagikan kepada 20 orang, hanya RM100 setial seorang) sanggup berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan;

***Mengapakah pihak PDRM tidak mampu menggunakan LOGIK dalam membuat pertimbangan samada untuk menyiasat kes ini dibawah kes Samun Berkumpulan atau kes Ceroboh sahaja????

***Adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk merencatkan gerakan menggempur Kegiatan Haram di Selangor ini? Jika benar wujudnya tangan-tangan ghaib tersebut, maka Keadilan juga telah ghaib di dalam sistem perundangan kita pada hari ini terutamanya di pihak penguatkuasaan iaitu PDRM dan juga PBT.

7) Dalam erti kata lain, pihak Pengusaha Kegiatan Mesin Judi Haram telah menggunakan Undang-undang untuk mempertahankan kegiatan mereka yang menyalahi undang-undang, mereka hanya percaya pada undang-undang yang menyebelahi pihak mereka sahaja dan menidakkan undang-undang yang tidak berpihak kepada mereka;

9) Mengapakah DSJY dan DMIT ditangkap?

-Kerana DMIT telah membuat "cover report" pada 29/12/2016 (hari pendedahan kegiatan Mesin Judi Haram tersebut) yang juga menyatakan bahawa dia dan DSJY ada di premis tersebut bagi mendedahkan kegiatan haram ini;

-Tetapi malangnya, tiada sebarang tindakan diambil oleh PDRM terhadap pengusaha kedai mesin judi haram tersebut, sebaliknya, Penggempur mendedahkan kegiatan haram ini yang ditangkap;

10) Mengapakah 8 orang pengikut yang lain turut ditangkap?

-kerana mereka telah memberikan kerjasama kepada PDRM sewaktu hari pendedahan tersebut dengan memberikan nama dan no. K/P kepada pihak polis untuk rekod di luar premis tersebut;

-Orang yang memberikan maklumat tentang kegiatan haram dan bekerjasama dengan pihak Polis ditangkap dan disiasat tetapi Penjenayah yang merosakkan Anak Bangsa dibela dan dilindungi.

11) Penyalahgunaan undang-undang oleh pihak-pihak tertentu ini dengan arahan atau dorongan tangan-tangan ghaib ini adalah satu pencabulan terhadap Kepentingan Keadilan (interest of justice) dan Kepentingan Awam (Public interest) di Negara kita yang tercinta ini;

12) Perkara-perkara sebegini tidak akan sama sekali melemahkan semangat DSJY dan Gerakannya untuk terus-terusan mendedahkan dan membongkar kegiatan-kegiatan haram di Selangor terutamanya Kegiatan Mesin Judi Haram yang berselindung disebalik PUSAT HIBURAN KELUARGA dan Kegiatan Persundalan dan Pelacuran yang berselindung disebalik PUSAT REFLEKSOLOGI DAN URUTAN TRADISIONAL;

AKHIR SEKALI,

Semoga penjelasan REALITI ini dapat memperbetulkan PERSEPSI yang negatif diluar sana. Sama-samalah kita membanteras kegiatan haram yang merosakkan Anak Bangsa kita daripada terus bermaharajalela.Ketepikanlah seketika fahaman dan kepentingan politik. Bukalah mata dan sana-sama berlapang dada di dalam membuat pertimbangan mana yang hitam dan mana yang putih.

#Solidariti4DSJY,DMIT&8yanglain
#GempurAktivitiHaram
-5/2/2017-




11 comments:

  1. Nk shoot kbab xboleh sbb kbab dh bersahabat dgn najib.
    Paling2 tembak azmin dgn pbt sgor.
    Jamal hanya perlu carik lawyer yg bgs2 (jgn amek hasfarizam).

    Rakyat nk tau jugak silap mata yg berlaku mcm mn pemilik mesin judi bleh lepas tp tidak pencuri di premis mesin judi.
    Kes ini sgt menarik.

    Tp menurut pandangan org yg anti najib, polis akan buang kes ini.
    Kerana kelemahan polis adalah kekurangn kpd kerajaan.

    Mencuri salah dan menjalankan bisnes perjudian juga salah (kecuali tmpt tertentu).
    Setel luar court je.

    ReplyDelete
  2. Setakat mesin judi, pelacuran, dadah dan kongsi gelap cuma cerita yg dah berkurun...sebelum ada PKR gi. PDRM dah lama tau...kalau nak setel mmg patut dah lama boleh buat. Soal pokok kenapa zaman UMNO dulu tak benteras terus semasa keadaan belum kronik? Bodoh la sapa2 yg nak percaya PDRM tak tau melainkan org2 politik nie ada share jugak. Skrg rakyat bukan amek tau pon soal jenayah2 lazim nie sebab bapak segala jenayah sedang terlalu berkuasa sampai nak hancur negara. Setakat PDRM mcm kena cucuk hidung dgn najib, SPRM kena ikat dgn AG dan paling haprak bila sanggup dibodohkan sedemikian rupa semata2 takutkan najib.

    ReplyDelete
  3. Siapa dia DMIT? Apa jenis "keterangan" yang tak terang?

    Siapa tulis "keterangan" itu? Macam mana nak dapat simpati pembaca bila "keterangan" tak terang.

    ReplyDelete
  4. Tidak sesiapa boleh "take the law into their own hands" atau merampas kuasa Polis. Siapa yang buat begitu mesti di ambil tindakan oleh Polis, supaya yang lain tak ikut buat begitu juga dan ketenteraman negara terjejas.

    Bagus, si Jamal Ikan Bakar dah di tangkap. Belom terbaca jika dia dah di tohmah atau di dakwa di mahkamah. Jika tak di dakwa, aneh. Polis perlu buat keterangan.

    ReplyDelete
  5. Memang ada keadaan di mana orang awam boleh buat apa yang di panggil "citizen arrest" atau "tangkapan oleh rakyat". Contoh nya, bila ada cobaan mencedera atau membunuh atau merampas beg tangan.

    Tidak boleh "citizen arrest" atau serbuan keatas tempat jenayah oleh sesiapa melainkan Polis. Mereka yang mahukan tindakan boleh buat demonstrasi di depan tempat jenayah itu, dengan mengikut peraturan bagi nya.

    ReplyDelete
  6. Kerana si Jamal Ikan Bakar dah terkenal dengan kata2 dan tindakan2 yang berupa keterlaluan atau "extremist", saperti kata2 dan tingkah laku dia dan gerombolan Baju Merah nya melawan Bersih, berdemo di Petaling Street KL, gerakan serbuan di tenpat maksiat yang di buat nya tidak mendapat simpati majoriti rakyat.

    Kumpulan Baju Merah nya kesemua nya Melayu, Bersih selalu nya hampir kesemua nya bukan Melayu. Berdemo di Petaling Street yang kesemua nya Cina membayangkan kemungkinan pergaduhan kaum. Bahaya tingkah laku si Jamal Ikan Bakar itu. Dia dan geromolan nya perlu di bendung.

    Pihak Polis yang perlu membuat nya. Pihak Polis boleh di gesa mengambil tindakan ke atas pusat2 maksiat dan membenndong pergerakan si Jamal Ikan Bakar.

    ReplyDelete
  7. Jamal Ikan Bakar di ketahui umum sebagai orang UMNO. Ramai yang mengata kegiatan nya di biayai oleh UMNO - banyak duit bagi menyediakan baju merah, kenderaan dan makan minum mereka yang mengikut nya berdemo melawan Bersih, dsb nya.

    Maka pusat2 maksiat yang di serbu dek gerombolan nya itu terletak di negeri Selangor, yang di perintah pihak lawan - yang dulu di kenali sebagai Pakatan Rakyat. Maka tindakan si Jamal Ikan Bakar dan kumpulan nya di lihat sebagai tindakan politik, lebih dari apa2 lain.

    Politik ke tak politik, Polis mesti jalankan tugas, saperti menangkap si Jamal Ikan Bakar dan/atau sesiapa lain yang mengetuai gerombolan saperti menyerbu pusat2 maksiat.

    Sekarang kita perlu tunggu bagi melihat si Jamal Ikan Bakar dan sekutu nya di bicarakan. Itu sahaja yang menentukan keadilan dan ketenteraman di dalam negara ini.

    ReplyDelete
  8. pendek kata...buat kerja baik akan di anggap cemar dan terkutok....buat benda haram dan maksiat akan di bela dengan sewajarnya....guna doa nabi musa sebagai menunjukkan betapa warak nya tuan punya blog ini....tapi laman blog penuh dengan pembelaan terhadap perbuatan munkar....

    ReplyDelete
  9. Ini lah nama nya politik 4:42pm.Kerana berubah sokongan politik segala-gala nya pun turut berubah.Tidak ada kebenaran langsung dalam politik ni yang ada hanya lah puak yang aku sokong mesti dipertahankan walau dengan apa benda sekali pun manakala puak yang aku tentang mesti diserang dengan apa cara sekali pun walau beribu penerangan telah di beri.Lagi taksub geng yang baru bercerai dari jemaah macam tuan admin.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Tulah..
      Kalau pro najib masuk komen sure meriah. Maklumlah blog anti najibkan

      Tulah..
      Pro najib takot nk komen ada isi. Asik kantoi temberang je.
      Bacul terus lari mcm ada seko bdk xmalu mngaku membudayakan berfikir.
      Hik hik

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...