Tuesday, March 7, 2017

KRISIS DENGAN KOREA UTARA SEKADAR SATU BALA BARU


Yang tak dapat brim bukan salah kerajaan, salah rakyat. 

Merayulah... 

MASA UNTUK BEREHAT

Malam ini sebenarnya tak nak tulis apa apa,  banyak deraf tersedia awal dari pelbagai tajuk boleh diguna untuk malam ini,  tetapi rasanya tidak adil untuk menambah beban sesetengah pihak lain.

Pembangkang pun boleh berehat dalam seminggu ini, tak perlu buat ceramah, tak petlu buat statement.

Biarlah umno berdepan dengan kekusutan perlaksanaan brim ciptaannya.

Biarlah umno belajar bahawa jika brim jadi alat politik dan kepartian dia perlu berdepan dengan pengundi yang sudah matang.



# Sebelum tu sempat juga membelek artikel orang PAS tentang ucapan hadi awang di parlimen pagi tadi.  Biarlah yang bijak pandai sahaja mengulasnya.

Monday, March 6, 2017

BRIM SETIAP HARI

Aku ingatkan BRIM ini dibayar setiap hari kerana setiap hari diungkit,  diulang,  diiklan, digahkan seluruh dunia hingga pak arab pun nak buat juga. 


Tidak ada pemimpin umno yang tidak masuk bakul angkat sendiri dalam ucapan mereka,  brim dah jadi mentera. 
Untungnya cara mereka,  bagi sekali,  cakap dan ulang setiap hari. Sambil berpesan jangan lupa jasa kerajaan umno,  jangan ambik tapi tak undi. 

Bila sebut "rasuah" - Ada pula yang melenting. 

Rupamya BRIM ini setahun sekali je, diracik dijadikan 3 kali bayaran,  kononnya takut penerima brim membazir,  hakikatnya cakap je lah,  kerajaan dah tak ada duit,  dan untuk tahun ni sampai la masih bermasalah,  tak selesai. Ada je alasan dan syarat tak nak bayar,  isu dan kecoh. 

Bila kecoh,  pembangkang pula yang salah. 



INI ANTARANYA... 


Nampaknya hari ini seharian rakyat tengah bising pasal cara pengagihan BRIM. Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu. 

Yang satu hal pula lagi sadis. Ada juga permohonan reject atas alasan suri rumah kena declare tax setelah daftar ssm. Yang suruh daftar ssm ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan(masa tu). 


LHDN dapat kesan dalam akaun bank suri rumah tu tiap tiap ada transaksi duit(mungkin hasil dari direct selling parttime atau perniagaan online marketing). LHDN gagalkan permohonan pasangan begini dan minta pasangan ni declare pendapatan sebenar(bertujuan untuk kenakan cukai) walhal itu cuma aktiviti suri rumah bagi tambahkan pendapatan utk kurangkan beban kewangan suami. Tak banyak pun... adalah seringgit dua... lepas la duit nak isi minyak moto dan beli sayur kangkong dan ikan gelama kering. Tiap tiap tahun si suami dapat BRIM. Tapi tahun ni gagal sebab isu ni. 

Zaman Tun M jadi PM aktiviti part time direct selling atau online marketing tiada LHDN nak pergi korek sana sini selongkar. Tak da. Sebab apa? Sebab Tun M faham.Si isteri tu hanya nak membantu meringankan beban kepala keluarga. Tak kaya pun... CUMA NAK RINGANKAN BEBAN KELUARGA.

Nampak benar kerajaan tidak iklas. Habis duit part time si isteri yang dapat seringgit dua dalam akaun di selongkar kerajaan supaya pendapatan seringgit tadi yg tujuannya untuk membantu mengurangkan beban kewangan suami, DI KENAKAN JUGA CUKAI. 

Kalau perbuatan tu iklas pasti rakyat dah ucap terima kasih. Tapi malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BRIM di agihkan tahun ni. 

Iklas? Admin nampak tidak.

APA MASALAH UMNO SEKARANG INI, DENGAN KERUSI KOSONG PUN TAKUT JUGA..

Lebih banyak kerusi dari penonton,  itulah nasib ceramah BERSATU di.....

Malangnya makin banyak kerusi kosong, makin pula umno takut....



Makin banyak Tun Dr Mahathir dilabel,  difitnah, dimaki makin ramai pula nak berselfie dengannya...






# Khabarnya Nazri bukan sahaja tolak cabaran bertanding di Langkawi pelawaan Mahathir tetapi sebenarnya juga tidak akan bertanding lagi di tempat sendiri.. Sedar diri.
Heh.. 

Sunday, March 5, 2017

TUN TAK GAJIKAN TUKANG JAWAB

# Jangan baca kalau jiwa kacau.


Bertanya atau mencabar Tun seolah memberinya pil vitamin dan awet muda.




Walaupun dianggap nyanyuk dan sudah tua oleh musuhnya yang ketandusan hujah,  antara kekuatan Tun Dr Mahathir ialah beliau tidak pernah tidak menjawab sebarang bentuk persaolan samada yang remeh mahupun isu sensitif dan besar.



Without fear and favour,  jelas dan nyata, bahasa mudah dan senang difahami,  tanpa berselindung Tun akan bercakap yang dianggap


"serangan" oleh musuhnya. Tanpa sempadan,  dia akan sampai dan menggugat sesiapa sahaja yang relevan.

Respon spontan Tun kadangkala tersangat pantas untuk pengkritiknya menjawab balik.

Berbeza dengan pengkritik Tun,  bila ditanya,  disoal.. .
Terkial tercungap nak jawab,  berbulan cari idea nak jawab. Hantar tukang jawab. Lari dari menjawab dan kadangkala hilang tanpa jawapan..

Jika Tun makin dilabel dan dikutuk,  itu sekadar petanda apa yang dicakapnya terkesan,  relevan dan selalunya betul.  Jarang sekali pihak yang kena kritik dapat membuktikan Tun salah 100%.

Oleh itu jika ada yang lari lintang pukang jika ternampak kelibat Tun, ia bukan satu yang pelik.

Ada juga yang menghentam Tun jika dia merasa selamat di kelilingi pembesarnya atau ketika tidak berada di Kuala Lumpur.

Ada yang masuk bakul angkat sendiri sekadar nak bandingkan jasanya dengan Tun.




Saturday, March 4, 2017

TAK KERING GUSI DENGAN GELAGAT PEMBESAR UMNO

Semalam ketawa terkekek kekek pasal ada yang terdesak menumpang nama sempena lawatan Raja Arab atas jemputan Sri Paduka YDP Agong. 


Belum sempat berhenti ketawa,   sambung pula dengan cerita lucu di negeri Perak. 

Sekali tengok macam samseng sangat... 

Lagi sekali tengok,  dah macam pondan.. 

Sepatutnya tawarkan diri bertanding di Paguh atau Langkawi... 

Kalau panggil orang ke kampong sendiri kemudian nak pukul, itu dah kerja pondan tua.. 


Apapun kita faham, dia tak berani nak cabar Mukhriz. 

SAMPAI BILA AGAKNYA UMNO NAK TAKUTKAN ORANG MELAYU DENGAN DAP




Lebih penting sampai bila nak berbohong (?)

Selama ini orang Melayu masih dominan dalam politik walaupun ketika MCA dan MIC kuat disebabkan apa (?)

DAP bukan tidak pernah lebih kuat,  lebih racial dan lebih anti Islam sebelum ini.

Pada masa itu juga PAS lebih kuat dan lebih berpengaruh dari sekarang. 

Kita kuat sebab kita sokong umno,  kenapa kita sokong umno pada masa itu (?)

Dan kenapa sokongan itu ditarik balik sekarang (?)

Ertinya sokong atau tidak sokong umno  bukan atas faktor DAP.

Dan hari ini kalau sokongan yang pernah diberi kepada umno dipindahkan kepada BERSATU dan pada ketika PAS juga sedang lemah apakah itu satu masalah. 

Masalah dan terkejutnya hanya  pada segelintir Melayu umno, hilang bahan dan modal,   tidak pada MELAYU. 

Dengan didampingi PKR (Anwar)  AMANAH (Mat Sabu) dan BERSATU (Tun) dan kalau ada nasi tambah (PAS) Melayu akan lebih kuat dari umno,  lebih kuat dari sebelumnya. 

Apahal le pula nak takut dengan DAP yang kini makin ramai Melayu di dalamnya. 


...............

JOM TENGOK PERANGAI UMNO


PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.

“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.


“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.

Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.

Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.

Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih “sederhana” dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.

Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.


“Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri,” katanya.

6ANGKA