Saturday, March 4, 2017

SAMPAI BILA AGAKNYA UMNO NAK TAKUTKAN ORANG MELAYU DENGAN DAP




Lebih penting sampai bila nak berbohong (?)

Selama ini orang Melayu masih dominan dalam politik walaupun ketika MCA dan MIC kuat disebabkan apa (?)

DAP bukan tidak pernah lebih kuat,  lebih racial dan lebih anti Islam sebelum ini.

Pada masa itu juga PAS lebih kuat dan lebih berpengaruh dari sekarang. 

Kita kuat sebab kita sokong umno,  kenapa kita sokong umno pada masa itu (?)

Dan kenapa sokongan itu ditarik balik sekarang (?)

Ertinya sokong atau tidak sokong umno  bukan atas faktor DAP.

Dan hari ini kalau sokongan yang pernah diberi kepada umno dipindahkan kepada BERSATU dan pada ketika PAS juga sedang lemah apakah itu satu masalah. 

Masalah dan terkejutnya hanya  pada segelintir Melayu umno, hilang bahan dan modal,   tidak pada MELAYU. 

Dengan didampingi PKR (Anwar)  AMANAH (Mat Sabu) dan BERSATU (Tun) dan kalau ada nasi tambah (PAS) Melayu akan lebih kuat dari umno,  lebih kuat dari sebelumnya. 

Apahal le pula nak takut dengan DAP yang kini makin ramai Melayu di dalamnya. 


...............

JOM TENGOK PERANGAI UMNO


PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.

“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.


“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.

Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.

Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.

Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih “sederhana” dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.

Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.


“Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri,” katanya.

15 comments:

  1. tak payah dengki la kd. itu survival umno untuk terus hidup. adakah soalan kamu tu perlu dijawab? setiap parti politik kena ada 'big point' untuk terus bernyawa. so, tak payah jawabpun kamu tahu kenapa umno kena terus-terusan menakutkan orang melayu dengan dap. cuba tanya kenapa parti pas sentiasa bising pasal hudud, walaupun sehingga kini negeri kelantan yang diperintahnya tidak ada ciri2 pelaksanaan hudud? survival beb! cuba tanya juga kenapa parti bersatu, pkr, amanah dan dap perlu sentiasa 'highlightkan' isu 1mdb dan 2.6 bilion? jika isu ini padam maka survival politik politik terutamanya bersatu akan karam. inipun survival juga. jadi dalam berpolitik ni kena ada point2 tertentu bagi 'menghasut' rakyat menyokong. kerajaan perlu ada isu besar untuk menghasut rakyat dan pembangkang juga perlu isu besar bagi menghasut rakyat bencikan kerajaan. so, tak perlu tanya sebab jawapannya ada pada kd yang suatu masa dahulu pernah menyokong umno.

    ReplyDelete
  2. demi allah aku dan seluruh keluarga aku, kawan kawan dan saudara mara, kami tidak akan sesekali pangkah umnobn...
    umnobn adalah parti rasuah dan membebankan rakyat.
    najib pm paling bangsat dan penyamun duit rakyat.
    menteri umno semuanya pemakan rasuah.
    rakyat amat susah sekali...semua barang naik !!!
    mana pie ahmad maslan 3.85 yg kata bila ada gst barang akan turun ???
    bangsat punya menteri nasi goreng !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk ingat dap dpt kuasa harga barang boleh turun ke?..buat lah kome cerdik sikit...simpan bodoh tu dlm poket...

      Delete
  3. Salam bro. pagi pagi dah menyakat..Hahaha..

    ReplyDelete
  4. DARI PETANYAAN KAMU TUN M ADA JAWAPANNYA KERANA 22 TAHUN MEMERINTAH TAK SETAHUN PUN YANG TUN M TIDAK MEMUJUK MELAYU MEMBENCI PARTI DAP YANG DIPANGGIL RASSIS SO SETIAP PERTANYAAN TUAN TUN M ADA JAWAPANNYA

    JANGAN HANYA KERANA SUDAH BERPELUKKAN DENGAN KEKASIH BARU MAKA KEKASIH LAMA DIKEJI DAN DIMAKI CACI JANGAN LUPA DULU KEKASIH BARU INI LAH YANG DIANGGAP SEBAGAI PELACUR JALANG DAN SUNDAL MENGAPA SEKARANG PENGHINAAN BERUBAH MENJADI PUJIAN SEDANGKAN DULUNYA SUDAH DIKAHAKKAN DAP

    ReplyDelete
  5. SAMPAI BILA AGAKNYA UMNO NAK TAKUTKAN ORANG MELAYU DENGAN DAP

    HEADLINE DARI KELUANGDIMONG KENKADANG AKU HERAN DENGAN PERTANYAAN BLOOGER DEDAK MACAM NI

    MEMANG.LAH SELAMA INI UMNO KUKUH MEMERINTAH WALAUPUN MIC DAN MCM LEMAH BUKANKAN SEMUA INI ADALAH USAHA SELAM 22 TAHUN. TUN M MEMOMOKAN ORANG MELAYU BAHAWA DAP PARTI RASSIS LIM KIT SIANG RASSIS, MENDIANG KARPAL SING RASSIS DAN BUKANKAN TUN M ORANG YANG AWAL MENYATAKAN MELAYU AKAN LAYU SEKIRANYA DAP MENJADI KERAJAAN.

    JADI SELAMA 22 BUKAN MULUT LAIN MENABUR SOGOKAN SUPAYA MELAYU MENJAUHI DAP TAPI DARI MULUT TUN M JUGA LAH

    JADI KENAPA DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN NI PEMAKAN DEDAK 94% BOLEH MENGALIHKAN ISU UMNO MENAKUTKAN MELAYU DENGAN DAP SETELAH TU M BERPELUKKAN DENGAN DAP.

    KEMANA HILANGNYA MAKI CACI DAN SU,PAH SERANAH TUN M SRLAMA INI KE ATAS DAP DAN KIT SIANG APAKAN BERTUKAR PUJIAN BERMAKNA UMNO YANG MENAKUTKAN MELAYU BUKAN TU M YANG MEMULAKAN SERANGAN KE ATAS DAP.

    SENANG SUNGGUH PERMAINAN PENERIMA DEDAK 94% MENUNDING JARI KEATAS PIHAK LAIN (UMNO) ATAS KETELANJURAN TUN M SELAMA 22 TAHUN BERUSAHA MENAKUTKAN SELURUH ORANG MELAYU DI MALAYSIA DENGAN BERBAGAI ANDAIAN DAN BAYANGAN SEKIRANYA DAP MENJADI KERAJAAN.

    AGAKNYA DIMANA KLUANGDIMON BERTAPAK SELAMA INI ADAKAN DI NAMIBIA ATAU DI KOREA UTARA YANG MANA SEOLAH-OLEH TAK TAHU SIAPAYA DALANG MEMBUSUKKAN DAP PAS DAN PKR SELAMA BERTAHUN SEHINGGA SETIAP TPM YANG BERKHIDMAT DISISI TUN M TAK MERASAN MENJADI PM HINGGALAH MEREKA BANGUN MENENTANG TUN M DENGAN BERSENGKOKOL BERSAMA DAP.

    BUKANKAH TUN M YANG MEMOMOKKAN SETIAP UMAT ISLAM YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT BERMAKNA MENGANGKAT PELIWAT DAN KAKI RASSIS .

    SO DIMANA RASIONALNYA UMNO YANG MENAKUTKAN MELAYU KEPADA DAP. BUKANKAN DARI KECIL KITA TELAH DI AJAR OLEH TUN M BAHAWA DAP ITU RASSIS PKR ITU PARTI PELIWAT DAN PAS ITU PARTI PEROSAK ISLAM.

    KLUANGDIMOND CUBA BACA BALI SEJARAH TUN M JGN IKUT TELUNJUK PEMBERI DEDAK SAMPAI ARTIKAL AWAK MENUNJUKKAN KEBODOHAN DAN KEDANGKALAN AWAK SEBAGAI BLOGGER.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana tiada lagi demokrasi dlm umno.
      Umno memerintah negara xubah mcm seorg ceo menjaga sebuah syarikat.

      Delete
    2. MCM ADA DEMOKRASI DLM DAP KENA TURUT KEHENDAK DINASTI LIM BARU BOLEH KEDEPAN KALAU TAK DENGAR AL MAKLUM KENA PANCUNG LER....

      TERUTAMA SEKALI ANAK BAPAK BUAT RASUAH PUN MASIH TAK BERSALAH ASYIK DENGAN KONSPIRASINADA UMNO PAKSA DIA BELI RUMA TERLAJAK MURAH TAK ADA KOLAM.


      DLM PKR PULAK ADA KE DEMOKRASI KALAU BERSUARA MENENTANG CTH CIKGU BARD BUKA RAHSIA KAWAN KENA PECAT. KENA JADI MCM RAFIZI ASYIK MEMFITNAH KERAJAAN BARU BOLEH NAIK KENA SAMA APA SUSAH DAP DAH SEDIAKAN DANA..

      JANGAN TUNJUK PANDAI SANGAT TAPI NAMPAK SANGAT KEBODOHAN.

      SEKURANG2 UMNO MASIH LAGI DEMOKRASI BOLEH BERSUARA BEBAS MASIH BOLEH BEBAS WALAUPUN RASUH TERBUKTI BOLEH TERBANG SANA SINI BURUKKSN NEGARA DAN SABOTAJ EKONOMI TAK FIKIR KE TAK CUKUP KE DEMOKRASI YA BRIM SEMUA LAPISAN DAPAT TAK MCM DAP YANG HANYA MENYEDIAKAN BANTUAN HANYA YANG MENYOKONG DAP SAHAJA CTH DI MELAKA DI BUKIT CHINA HANYA KAUM CHINA YANG DIBERIKAN BANTUAN MAKANAN SETIAP MINGGU MANANYA UTK KAUM LAIN ITU KE DEMOKRASI BAGI ENGKAU

      Delete
  6. Agak2 la KD statement ko tu, bukan UMNO nak takutkan Melayu pasal DAP tetapi ko sendiri dah sedia maklum perangai DAP terhadap melayu. Masa zaman Madey tak habis2 mengutuk DAP. Bila dia jv dengan DAP, dia mula lah memuji DAP kononnya DAP itula, inila. So, apa hal ko KD. Bangang ke pasal tak nampak keadaan sebenarnya? Ko tak tau ke Madey main wayang, tak habis2 dari dulu lagi?
    Sudah sudahlah ko KD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah sudah la mkan dedak bijan capur air semah ..nanti otak penuh dgn taek low

      Delete
    2. DAP dh sedar rasis xmembawa keuntungan kepada partinya dan negara

      Delete
  7. Ooiii KD, kau jangan buta sejarah. Kau kena baca macamana tertubuh nya DAP, apa kaitan nya dengan PKM dan apa peranan parti DAP dan pemimpin2nya sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
    Orang Melayu tak dapat terima DAP bersebab kecuali beberapa kerat termasuk Turn M dan kau KD kerana terdesak sangat punya la nak menang dlm PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  8. Sehebat hebat Mahathir pun boleh tunduk dan cari DAP utk berkawan. Inikan pula orang biasa. Senang je DAP nk cucuk hidung. Contoh ke 2, Mat Sabu.

    ReplyDelete
  9. The heat in Australia at times gets so hot that a saying came forth...

    "...you can let a tin plate out in the sun and for some time you pretty much can fry an egg on it!"

    What has this statement got to do with KD you may asked? Well, it kind of tantalising to see KD coming up with a barage of articles over this couple of months and visualising all the honkey-donkeys dUMNO goons such as anak si masROB lah, dan apa apa yang lain termasuk yang TERBARU CENCALUK? Semua dah macam " CACING KEPANASAN "!!!

    So coming back to the hot tin plate in the sun....CACING CACING tuh sedang menggeliat KEPANASAN kena goreng hidup hidup dengan KD.

    Keep it up Bro KD...although for nearly 2 decades I was downunder, that saying above run true with your insinuations, mate. But, I'm now in the Americas...so KD kalau ikut jemaah tabligh ke North America...give us a shout, ok?

    Salam SELAMAT KAN MALAYSIA dari PENYAMUN TARBUGIS dan segala PENYANGAK UMNO,

    MLN

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PAYAH NAK BERBAHASA INGGERIS KALAU KAU PUN SAMA BODOH JER DENGAN KD TAK ADA AKU TERBAKAR KEPANASAN MCM CACING TAPI NAMPAKNYA KAMU SEMUA YANG MCM KEROPOK KERING YANG TUNGGU MASA NAK KENA GORENG JER MENGEMBANG DAN AKHIRNYA MUSNAH DIMAMAH DAN DI MAKAN SERTA DITELAN.


      NASIBA BAIKLAH KD NI TERMASUK DEDAK YANG DISEBUT DEDAK 94% NAMPAK SANGAK MENGULAS ISU IKUT KEHENDAK PEMBERI DEDAK SEDANGKAN ISU YANG DIULAS ADALAH ISU YANG DAHULUNYA DIJUARAI OLEH TUN M SENDIRI. INILAH DIA MELAYU YANG MUDAH LUPA TAK INGAT DAHULU BILA TUN MENYERU TENTANG DAP KAU JUGA SALAH SEORANG YANG MENYERANG DAN MEMBANTAI DAP DENGAN PANGGILAN BAPAK RASSIS SEKARANG LUPA PULA DAN TUDUH UMNO ADAKAH UMNO MEWAKILA SUARA TUN M SEKARANG INI.

      TUN M YANG MEMPELOPORI AGENDA MENCINCANG DAP DENGAN PERKATAAN BAPAK RASSIS SO DIMANA PULA UMNO YANG DIPERSALAHKAN

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...