Thursday, March 16, 2017

MUHYIDIN


Dalam keadaan sekarang,  apa pun boleh berlaku,  politik sentiasa ada pull and push factors,  berlapang dada,  niat baik,  buat baik,  dapat baik.. 




# Apabila mendapat sesuatu berita,  langkah pertama tenang. 
Jangan ikut rentak pemaki..



Wednesday, March 15, 2017

JAGA JANGAN SAMPAI YANG KERAMAT JADI PUAKA

Masa Tun nasihat cara elok,  cara anak beranak,  cara berbisik. MEREKA TAK DENGAR KATA.

Masa mula mula Tun tegur Najib secara terbuka.  Apa mereka kata?

Masa Tun kata 1mdb satu skandal dan penyelewengan,  apa kata mereka (?)\

Masa mula-mula Tun keluar umno dulu.  Apa mereka kata?

Masa Tun tumpang berceramah di pentas pembangkang,  Apa kata mereka?

Semasa Tun tubuhkan BERSATU.  apa kata mereka (?)

Semasa Tun berjabat tangan dan bekerjasama dengan DAP, apa mereka kata (?)

Semasa BERSATU belum bersetuju untuk menjadi sebahagian Pakatan Harapan, apa mereka kata (?)

Apabila Tun berjumpa dengan Anwar,  apa yang mereka tak kata (?)

Dan sekarang BERSATU bersetuju bersama Pakatan Harapan dengan beberapa cadangan pembaikan,  mereka kata lagi..

Dari awal lagi Tun telah menunjukkan pembangunan sebuah parti politik baru BERSATU dan kini sebaris dengan parti pembangkang dan tidak ada sebab jika penyatuan dan kerjasama ini diteruskan, kemenangan sudah hampir.

Bukan soal BERSATU baru dan kecil tetapi peranan dan pengalaman Tun memperteguhkan parti komponen Pakatan sudah menjadi racun kepada umno.. Sepak terajang hingusan budak umno tak siapa peduli..




MO










NILAI SEMULA AKHLAK KITA

Aku bila terjumpa si pulan atau kumpulan tertentu yang bukan Islam menghina Islam dengan pelbagai cara jarang sangat membaca dengan detail atau ambik pot serius. 

Pertamanya aku rasa itu memang normal berlaku tindakbalas segelintir non Muslim.
Keduanya, sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik. 

Saolan yang ingin aku tanya (?)
Pertama,  pernah tak segelintir orang Melayu atau orang Islam menghina ugama dan bangsa lain (?) Apakah kita setuju dan sokong (?)

Keduanya. Mana yang lebih teruk,  orang bukan Islam yang menghina sekali sekala atau orang Islam yang menghina Islam setiap hari atau secara terangan dan mega (?)

Perhatikan akhlak orang Islam (?)
Perhatikan siapa yang melakukan rasuah dan penyelewengan secara besar²an dan menjadi tajuk utama (?)
Dan hari ini berapa pemimpin Melayu dan Islam yang dikaitkan dengan pelbagai skandal masih terus memegang jawatan tanpa rasa malu (?)
Apabila mereka diminta berundur,  boleh pula mereka mengambil contoh bahawa si kapir juga tidak berundur?  Mereka menggunakan akhlak orang kapir untuk dijadikan contoh menghalalkan tindakan mereka (?)
Banyak lagi contoh contoh yang lain orang Islam sendiri menghina dan memalukan Islam dengan akhlak dan perbuata mereka. 

Golongan inilah yang patut disingkirkan lebih awal dan bukannya terpekik terlolong terhadap sekor dua lahanat kapir yang memang sejak azali memusuhi Islam. 

Akhlak dan perbuatan orang Islam itu sendiri yang menjadikan nilai Islam dipandang rendah dan mudah diperlekehkan oleh orang bukan Islam. 

Penghinaan orang bukan Islam pula terhadap Islam agak ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini kerana penguatkuasaan undang² yang lemah dan kemungkinan hukuman yang agak ringan.

Kalau akhlak Pemimpin Islam berada pada status yang paling wahid dalam menguruskan negara berlandaskan Al Quran dan Hadith, agak-agak ada ke pemimpin bukan Islam yang berani dan sewenang wenangnya menghina Islam (?)


Tuesday, March 14, 2017

PERLANCARAN SEBENARNYA. MY



Hari SELASA yang kita tunggu,  lain yang ditunggu lain yang tiba.

Hari SELASA,  kata nak saman WSJ atau ada pihak yang nak saman SR atau Husam,  pun elek..

Itu berita (nak saman)  bukan cerita rekaan,  bukan fitnah,  bukan keluar dari mulut pecacai atau pemimpin bawahan seperti Nazri atau Rahman Dahlan.

Itu sebenar-benarnya dari mulut Presiden dan Presideng!!!

Selasa,  yang ada, hari ini  Perlancaran SEBENARNYA MY, Tidak Pasti Jangan Kongsi dilancarkan oleh Menteri.

Kita alu alukan langkah tersebut,  langkah berani mati.  Selepas segala integriti tercalar teruk diharap SEBENARNYA.MY mampu jadi bahan rujukan rakyat Malaysia mencari kebenaran.

SEBENARNYA. MY juga sekaligus mengesahkan berita berita di media utama kerajaan atau pembangkang selama ini adalah diragukan (?)

Atas nama kebaikan,  wajar disokong.


DURI DALAM DAGING DAP SUDAH KELUAR

KEMASKINI

BERSATU UMUM SERTAI PAKATAN HARAPAN DENGAN BEBERAPA PENAMBAIKAN,  DIUMUMKAN OLEH PENGERUSI,  DIHADHIRI PRESIDEN DAN TIMBALAN.


Empat wakil rakyat dari Melaka yang keluar dari DAP  dan dikatakan 182 ahli akan ikut serta merupakan satu petanda inilah golongan pelampau dalam DAP.

Mereka ini antara yang tidak setuju DAP bersederhana dan bekerjasama dengan BERSATU.

Ada segelintir lagi dari Penang senada dengan mereka turut keluar parti,  sudah tentu jumlah yang sekitar dua ratus ahli ini tidak langsung memberi kesan kepada DAP malah melegakan.

Jumlah keluar ini sangat kecil kecil berbanding AMANAH serpihan PAS dan BERSATU alternatif baru selain umno




Jawapan lim kit siang yang mantap tentang fitnah terhadapnya berhubung jawatan PM dan TPM sangat logik. 

Begitu juga tentang pendiriannya bahawa dalam politik pembangkang  tidak siapa memperalatkan siapa. 

Apapun tujuan dan hasrat untuk melaga dan memecahbelahkan pemimpin pembangkang setakat ini belum berhasil

Pendaftaran mengundi yang mendapat sambungan masyarakat Cina satu lagi petanda semua calon DAP bakal menang dan DAP kekal parti yang paling stabil berbanding dengan semua parti politik lain. 



Monday, March 13, 2017

MAMPU KE TIPS JAWAPAN INI MEMUKAU PENGUNDI

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*STRATEGI SAHABAT MEDIA SOSIAL DAN PROPAGANDA UMNO DALAM MENANGANI ISU-ISU DS MOHD NAJIB DAN PENGUKUHAN UNDI MELAYU KEPADA BN*

Di sini disediakan *Skrip Jawapan* dan *Helah* untuk memenangi isu..

Mohon untuk saudara/saudari segera alihkan isu-isu yang dibangkitkan kepada 4 skop utama yang berikut :-

*#1. Pengaruh Cina DAP*
*#2. Sentuh Sentiviti Melayu/Islam*
*#3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu*
*#4. Hak Samarata Semua Kaum*

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab isu 1MDB.*

1. 1MDB adalah utk luaskan pengaruh pegangan kuasa Melayu dlm perniagaan.
2. Hutang : Rakyat tak perlu risau kerana hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.
3. 1MDB berjaya lahirkan ramai jutawan Melayu dalam senyap.
4. 1MDB menaja Imam-imam ke Mekah dan membantu mangsa banjir..
5. Kertas siasatan 1MDB dibocorkan oleh Orang Dalam sendiri. Inilah pengkhianat.
6. Duit 1MDB disimpan di Cayman Island : tempat yang paling selamat untuk simpan aset negara secara rahsia dan bebas campur tangan barat.
7. Aset-aset 1MDB tak boleh didedahkan kpd umum kerana ia melibatkan rahsia dan operasi strategik kerajaan.
8. Polis serbu pejabat 1MDB tapi belum ada yang disabitkan bersalah.
8. Isu Jho Low : Mahathir lagi banyak kroni, iaitu Vincent Tan, Yeo Teng Lee (YTL), Genting Sanyen, Ananda Krishnan, Daim Zainudin, Kadir Jasin dan ramai lagi..

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab isu  Wall Street Journal (WSJ)*

1. *WSJ* adalah lidah jahat *CIA* dan Yahudi Amerika.
2. Tun Dr Mahathir bayar WSJ untuk burukkan PM.
3. Anwar Ibrahim pun barua Amerika dan baik dengan Amerika sejak zaman Clinton.
4. Peguam PM dah hantar surat amaran kpd WSJ.
5. Polis sahkan pembunuhan Ambank tiada kaitan kes ini.
6. Pembangkang nak mengadap YDP Agong isu dana PM : kali ini pandai pula pembangkang hormat istana. Selama ini mereka lawan.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Serangan Tun Mahathir.*

1. Perlu diingat beliau bukan darah Melayu sejati (Melayu + Mamak).
2. Beliau sebenarnya marah sebab projek jambatan bengkok dibatalkan.
3. Jaga kepentingan anak dan kroni tak dipenuhi.
4. Duit Petronas yang Tun M jaga tidak pernah diaudit.
5. Anak Tun M ada syarikat arak San Miguel.
6. Kerajaan bayar sewa untuk bangunan2 kerajaan di Putrajaya kepada kroni Tun M.
7. Anak-anak Tun M maha kaya, aset beratus juta malah Tun M sendiri kumpul harta sehingga berbilion RM di luar negara?

*Kesilapan silam Tun Mahathir.*

1. Membunuh orang tak bersalah dalam kes Memali.
2. Menghapus tulisan jawi dan cuti hari jumaat.
3. Swastakan badan kerajaan seperti elektrik, air, pos sehingga menekan dan membebankan rakyat.
4. Mengubah akta tanah negara yang menyebabkan 80% tanah rezab Melayu tergadai.
5. Menghapus kuasa Sultan dan meminda undang2 Sultan boleh didakwa di mahkamah.
6. Sebanyak RM22 bilion lesap tanpa dikesan sepanjang pemerintahan Tun M.
7. Menghapus musuh politik Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Ghazali Shafie.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Serangan ke atas DS Rosmah (DSRM).*

1. Ada pihak cemburu dan sengaja hina dan serang peribadi DSRM.
2 DSRM sebenarnya baik hati dan pemurah.
3. DSRM naungi beberapa NGO kebajikan. Sedang orang yang sering mengkeji DSRM, berapa banyak sumbangnya untuk kebajikan?
4. DSRM pandai mengaji dan beberapa kali telah ke Mekah. Peribadi yang baik, cuma ramai orang tak kenal dengan lebih dekat.
5. Dosa hina dan cerita peribadi orang lain.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Isu kejatuhan nilai Ringgit.*

1. Puncanya ialah serangan Tun M memburukkan kerajaan di luar negara.
2. DAP tak bagi jalan pelaburan masuk ke Pulau Pinang.
3. Nilai Ringgit yang  rendah, sangat  baik untuk tarikan pelancongan.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Isu Saham Felda.*

1. Pembangkang tidak akan berhenti burukkan Felda.
2. Felda masih lagi milik peneroka, jangan dengar cakap orang bahawa tanah Felda tergadai.
3. Apa yang berlaku pada Felda adalah takdir Allah Yang Maha Esa. Kita hendaklah bersyukur dan sentiasa redha.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Isu Keselamatan Negara.*

1. Jenayah di Malaysia masih terkawal. Polis Malaysia antara yang  terbaik di dunia.
2. Pendatang asing : tidak seteruk di Indonesia dan Thailand.
3. Keselamatan perairan Sabah : Esscom telah ditubuhkan untuk jaga keselamatan perairan Sabah.

*Jawapan yang perlu diberikan untuk menjawab Simpati orang pada Anwar Ibrahim.*

1. Berani buat salah kena berani tanggung.
2. Anwar tak berani bersumpah laknat.
4. Kalau Anwar di luar, negara lagi huru hara.
5. Hidup Saiful kini sudah tenang dan bahagia, keadilan rakyat yang sebenarnya dapat ditegakkan.

*Lain-Lain Isu :*

*Hutang Negara RM700 Bilion* : Tidak membimbangkan kerana Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampan.

*Kenyataan Nazir Razak (Adik PM) Tentang Isu Ekonomi:* 

Hanya bersifat teguran dan tidak membimbangkan. Kerisauan beliau hanya pandangan peribadi.

*Isu Kemiskinan :* Belum ada orang yang mati tak makan di Malaysia. Ramai rakyat mati kerana terlebih makan..

*Isu MARA Terlebih Bayar Pada Aset di Australia :* 

Itu kes terpencil dan berlaku di luar negara. Rakyat tak perlu pandai-pandai menuduh sesuatu yang tidak berlaku depan mata sehingga kebenaran terbukti.

*Duit Tabung Haji :*

Kerajaan dan 1MDB sedang cuba cari pembeli baru untuk beli tanah Tun Razak Exchange. Sebaliknya pembangkang terus menerus memburukkan keadaan.

*Duit Kumpulan Wang Amanah Pencen :* 

1MDB gunakan untuk pelaburan yang strategik.

*Harga Tol Akan Naik :*

Kerajaan terpaksa membayar pampasan yang besar kepada syarikat konsesi. Ini akan merugikan kerajaan.

*Harga Barang Naik :*

Peniaga tamak, permainan pembekal dan vendor cina DAP manipulasi harga.

*GST :* Kerajaan akan pastikan kadar GST kekal 6% dan tidak naik mendadak keterlaluan.

*Isu Beg Tangan DS Rosmah :* 

Ada pihak cemburu yang nak ambil kesempatan hina peribadi PM dan keluarga.

*Isu Perbelanjaan Perkahwinan anak PM, kos penerbangan ke Kazakhstan, hadiah dan kos perbelanjaan :* 

Tak kan lah anak PM nak bersanding cincai, bukankah itu satu imej negara.

*Pencapaian pentadbiran DS Najib.*

1. Pertumbuhan ekonomi naik memberangsangkan dalam beberapa tahun berturut-turut.

2. Malaysia antara negara termaju. Sebab itu warga asing spt Bangladesh berebut utk kerja di Malaysia.

3. Indeks rasuah tidak membimbangkan
Kejayaan pemberian BRIM tidak pernah dilakukan mana2 PM dan negara lain.

4. Memberi para peneroka duit insentif Hari Raya.

_# Sila ambil perhatian bahawa hujah yang ditengahkan mesti *membawa kepada 4 skop yang pusatkan di atas tadi.* Ini kerana ia adalah isu yang mudah untuk diolah kepada pecahan-pecahan seperti dibawah :_

*Serangan kepada DAP mesti  membawa kepada :*

- DAP ialah adik PAP Singapura.
- DAP ialah fahaman komunis (PKM) moden masa kini.
- DAP nak hapuskan Islam di Malaysia.
- DAP nak hapuskan Sistem Beraja dan memberi hak sama rata semua kaum.

*Serangan kepada Anwar Ibrahim mesti  membawa kepada :*

- Anwar barua Amerika.
- Anwar barua Yahudi dan Israel.
- Anwar barua Cina.
- Anwar barua fahaman Liveralisme dan Pluralisma. Terpesong dari ajaran Islam. Isteri dan anaknya  juga sokong fahaman ini.
- Anwar berangan nak sangat jadi Perdana Menteri.
- Anwar terlalu berani dengan Kerajaan Malaysia.
- Anwar berani biadap dengan Sultan.
- Anwar ada dendam dengan Umno. Dia pernah pijak bendera Umno.

*"JANGAN PUTUS HUJAH, JANGAN SESEKALI MENGALAH, KITA PERTAHAN SEHINGGA KE AYAT YANG TERAKHIR"*

*Demi Agama - Bangsa - Tanahair.*

Edited by NBI


# INILAH TIPS YANG DIVIRALKAN KEPADA BAHAGIAN DAN CAWANGAN
 JAWAPAN SEKADAR GUNA AIR LIOR, TERGESA GESA,  DESPERATE,  TANGKAP MUAT SEKALIGUS MEMANDANG RENDAH KEUPAYAAN AHLI UMNO BAHAHIAN  UNTUK MENGANALISA DAN BERFIKIR.

ADA UNSUR FITNAH YANG KINI SUDAH JADI BUDAYA DAN AMALAN DALAM  MENANGKIS KEBENARAN... 
AGAK AGAK LAKU TAK,  AKAR UMBI UMNO SENDIRI TENTUNYA KIKIKIKI

RIBUT DI JOHOR









Hospital kulai truk terbabit..
Doakn semoga semuanya slmt...

Yea DILARANG DATANG Ke Kulai ... sape2 berhajat turun Kulai malam ni batalkan dulu... Jammmed Gilerrrrrr pokok tumbang sana sini area AEON Bdr Putra dan Indahpura

elakkan jalan utama depan aeon hala jpo....byk signboard merentang jalan...tiang lampu dan traffic patah swrta pokok2 besar tumbang....jalan byk yg sangkut....angin kuat yg luar biasa....

Flyover nak ke bandar putra dan indahpura dari jalan besar....dua2 flyover kena yg dari jb dan kulai

Hujan petir angin pusing habis zing terbang

laluan dr hosp kulai naik ke BP serta dr BP susur ke jb x bole lalu pokok tumbang

6ANGKA