Wednesday, March 15, 2017

JAGA JANGAN SAMPAI YANG KERAMAT JADI PUAKA

Masa Tun nasihat cara elok,  cara anak beranak,  cara berbisik. MEREKA TAK DENGAR KATA.

Masa mula mula Tun tegur Najib secara terbuka.  Apa mereka kata?

Masa Tun kata 1mdb satu skandal dan penyelewengan,  apa kata mereka (?)\

Masa mula-mula Tun keluar umno dulu.  Apa mereka kata?

Masa Tun tumpang berceramah di pentas pembangkang,  Apa kata mereka?

Semasa Tun tubuhkan BERSATU.  apa kata mereka (?)

Semasa Tun berjabat tangan dan bekerjasama dengan DAP, apa mereka kata (?)

Semasa BERSATU belum bersetuju untuk menjadi sebahagian Pakatan Harapan, apa mereka kata (?)

Apabila Tun berjumpa dengan Anwar,  apa yang mereka tak kata (?)

Dan sekarang BERSATU bersetuju bersama Pakatan Harapan dengan beberapa cadangan pembaikan,  mereka kata lagi..

Dari awal lagi Tun telah menunjukkan pembangunan sebuah parti politik baru BERSATU dan kini sebaris dengan parti pembangkang dan tidak ada sebab jika penyatuan dan kerjasama ini diteruskan, kemenangan sudah hampir.

Bukan soal BERSATU baru dan kecil tetapi peranan dan pengalaman Tun memperteguhkan parti komponen Pakatan sudah menjadi racun kepada umno.. Sepak terajang hingusan budak umno tak siapa peduli..




MO










41 comments:

  1. Sama2 kita doakan semuga perjuangan murni Tun dan kita semua diberkati ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi kemenangan kepada Tun untuk membasmi Penipu dan pemakan harta Negara/Rakyat!!!

    ReplyDelete
  3. untuk pru akan datang...hhmmmmm....rasanya macam nak pilih ph untuk diundi tapi.....
    1. siapa akan jadi bos dlm ph, kit siang ke tun?
    2. berjayakah tun meletakkan ideanya dan dapat diterima oleh kit siang yang memang diktator?
    3. bolehkah ph letkakan satu lambang seperti bn agar mudah rakyat memilih salah satu daripada dua parti untuk diundi?
    4. bagaimanakah corak pembahagian kerusi yang bersatu boleh dapat sedangkan semua kerusi telah dibahagi sama rata antara pkr, dap? amanah mungkin akan menentang pas.
    5. tidak bercakarankah nanti bilamana presiden2 pkr, amanah dan bersatu bersama setiausaha agung dap masing2 ingin mengetengahkan calon masing2. siapa yang ingin mengalah? dap nak mengalah kpd bersatu? pkr akan mengalah kpd bersatu? nak jawab karang ada yang maki pulak....

    akhirnya sempai ketika ini masih belum buat keputusan. tengok isulah nanti. kalau ada isu dan ianya sesuai dengan cita rasa maka dapatlah undi ph. kalau lempang lempung lempang lempung berebut jawatan berebut kerusi berebut ntah apa2, baik duduk tepi kolam memancing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm soalan dlm blog shahbudin. Cuma tak berbunga bunga. Mungkin org yg kata kuala ketil kat sabah.

      Delete
    2. 1mdb , hutang cicit dan lelongam aset Nanyang bukan lempung lempang lagi?
      Benak perlu bersih, baru komen.

      Delete
    3. Bukankah yang berbunga2 itu cap bunga?

      Delete
    4. wey bro pomen, tak de keta nak repair ke rini?
      bnyk masa leh baca blog kd, blog budin.....hmmmm mcm2 blog lg. kang ada yg hamuk kang, keta x siap2 gi keje naik bas....huhuhu


      aku? sambil mancing tunggu ikan boleh la bukak blog. ke lu sambil repair keta bukak blog... huhuhu hrp lu jenis leh gurau bro...

      Delete
    5. Cap bunga tak pe, jgn cakap berbunga bunga. Mcm poyo la. Cap bunga cakap politik matang. Mat cakap bunga cakap benda sama. Yg dah keluar kat tv3. DAP, tapi kawan cina Komunis, baruah singapura. Tapi jual tanjung pagar. Gst tak sebut. Kembung $20 sekilo tak sebut. Jo lo jgn tanye.

      Delete
    6. Saya usahkan bengkel. Ada 2 pekerja. Lagi saye repair prime mover. Kereta kasi org lain la. Ramai sgt melayu buat. Kite kena bersaing dgn bangsa lain. Lori tak ramai melayu buat. Baru boleh maju. Kata tak suka cina. Bila org melayu nak bersaing dgn cina, nak kondem plak. Tak kerja ke. Siang khamis plak tu. Kalau ahad logik la. Ooo lupa. Tak pe, sendiri paham.

      Delete
    7. Nak hantar lori ke. Dtg telok gong. Ada 2 bengkel lori yg melayu punya. Satu amir. Satu lagi mon. Cari yg doraemon punya. Ha, tu saya la.

      Delete
    8. telok gong kat mana tu bro?insyaallah kalau ada kesempatan nak jugak singgah sana jap.

      Delete
    9. Dekat situ ada kedai makan. Norshidah nama kedai tu. Tanya dia ada Pomen melayu, muka macam cina, pakai seluar pendek. Tapi pakai kasut. Suka oder oren sunquik. Dia tau saya kat mana.

      Delete
  4. Diberitahu Arab Saudi dan negara China menandatangi MOU bernilai RM289 billion. Adakah ini bermakna China telah mencampuri urusan dalaman Arab Saudi dan Arab Saudi mengikut telunjuk China.
    Tolong jawabkan KD, bila China melabur di Malaysia sibuk sangat.

    ReplyDelete
  5. Panaskan kawah nak rebus lembu...😁😁😁

    ReplyDelete
  6. Kalau ya kecewa dengan umno... jauhi dap. Melayu dan umno tak dapat dipisahkan. Pasti tak lupa pernah berjuang bersama umno. Elok berbaik2 demi bangsa agama. Ambil iktibar. Kalau pembangkang menang... dap beri laluan mudah tun bersuara? Bukankah mereka dulu kata tun bukan2? Elak terpedaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde yg kekal dalam politik. Pas dulu ape umno tak kata.. la ni. Bukan dap buat cukai baru. Bukan dap jual tanah negara. Bukan dap tukar status tanah di johor. Tapi kat pp boleh 2 penggal menang. Jadi cukup la.50 tahun melayu.terperdaya.

      Delete
    2. orang marah ni bro, selalu lupa walau dah termasuk dalam lubang jamban berkali-kali. elok kau pesan yang baik2, ada jugak yang akan komen kau benda tak elok. siap ada yang maki lagi kot nanti. marah ni api, setan tu pulak dari api. paham2 ajelah....

      Delete
    3. Memperjalankan di waktu malam (Al-'Isrā'):53 - Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.


      (23:97)   Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

      (23:98)   Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku".

      Delete
  7. Setuju dg Anon 12.29 AM.

    ReplyDelete
  8. Pomen. Awak ni dah la hensem bijak pandai, baik pulak tu. Untung sape kawin dgn awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro pomen, keta aku bila nak siap daaaa...
      asyik main tenet je ni....

      Delete
    2. Ooo. Yg 3 tahun lepas dah siap tapi tak ambik lagi ke. Dtg la. Ada satu ni. Tak mahal $100 je. Dah nak reput ni. Banyak org hutang tak bayar. Jadi tak bayar tak boleh ambik. Tu la masaalah org melayu. Dgn cina dia tak buat. Dgn melayu dia berani buat. Penah kena dulu. Tu pasal malas nak buat kereta lagi. Ada buat. Kereta sendiri dgn adik beradik. Jiran dekat. Lain , malas. Lori senang, payments sebulan sekali. Tak bayar lepas 3 bulan. Tahan lori. Tu cina ajar. Cuma sekarang slow. Dari raya cina hari tu. Semua tempat. Dpt masuk 3 4 bijik sehari pun dah ok. Lepas sewa, gaji org dgn kita sendiri. Tapi tK dpt la nak pegi memancing Siang2 hari. Time keje pulak tu. Mlm minggu, ahad jom. Pulau ketam. Tanjung gile. Kolam saya tak layan. Rugi. Ikan belum tentu dpt. Umpan je dah nak.$20. Udang dgn belanak lagi.

      Delete
  9. Kakitangan kerajaan pergi kursus pun Kena bayar sendiri tidak seperti sebelumnya di mana makanan disediakan sebanyak 3 kali jika kursus diadakan sehari. Zaman Tun M, kursus tetap diteruskan di seluruh Malaysia walaupun menghadapi kegawatan ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang lepas tu macai jugak ckp kerajaan membazir..kakitangan awam berlebihan lepas tu membazir.. putar alam punya skrip!

      Delete
    2. Itulah makan dedak banyak sangat, kursus dapat diadakan kerana pengurusan kewangan yg cekap bukan macam Najib,... Kakitangan pun susah nak klaim elaun perjalanan

      Delete
    3. Masa saya kerja dgn mirzan mahathir dekat diperdana kontena, 2 kali pergi kursus. Volvo shah alam. Memang kena naik motor sendiri, tapi boleh claim, 1km 30sen. Tahun 99. Minyak tengah murah.

      Delete
  10. Sangka aku BOBOI yang cuba diprojectkan.. rupanya MamakGila Tua ni yg kemaruk kuasa..

    Selamatlah PAS dan UMNO..akhirnya mereka chap bonga menjadi barua DAPiG. Senang lah nk berlawan dan tak perlu ragu-ragu lagi madey memang PENGKHIANAT!.

    MadeyThaik bukan tegur UMNO.. dia mau Najib ikut cakapnya aturkan boboi bodoh tu naik takhta dengan karpet merah.. itu BANGANG namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila DEDAK campur bijaN , bangang betul komen2 DEDAKMAN penyamun BUGIS

      Delete
    2. Lobai2 Malyu Kingcin ala Arebikeh dh feeneen lalat.
      Kita fakat2 berdoa janggan la fulak ada tambaa wufacara saferti ,bai'ah kena maso teko raksasa yg suci sebagaynya...mashaaalaaa, kacau la.

      Iklas,
      Abdul Salman
      Alumininum Packing Kurma Factory
      Oldcastle, Eden
      Yaman

      Delete
  11. Raja Salman duduk di Bali 8 hari TAMBAH 3 hari lagi.
    Di MALAYSIA - cuma 2-3 hari, tu pun setelah Najib pujuk ajak
    datang ke Malaysia. Bangga gila - Penjaga kota suci melawat Malaysia
    time Najib, bukan time TUN MAHADIR!!!!!!!!
    HAHAHAHA.

    GLOBAL Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al Saud dianggar membelanjakan AS$22 juta dalam percutian lapan harinya ke Bali, Indonesia.

    Ini setelah Penjaga Dua Tanah Suci itu dikatakan membawa 1,500 orang rombongan, melibatkan 25 orang putera dan 14 menterinya.

    Rombongan itu telah menempah lima hotel dan resort mewah di pelbagai kawasan di pulau pelancongan itu, lapor Jakarta Globe.

    Percutian itu juga ditambah lagi tiga hari.

    Pihak berkuasa bali berkata rombongan diraja itu meninggalkan Bali dengan membawa 16.6 tan beg, termasuk 6 tan yang dibeli di situ.

    “Kami anggarkan sebanyak Rp300 bilion (RM98 juta) wang dibelanjakan semasa percutian mereka,” kata ketua Agensi Pelancongan Bali Anak Agung Gede Yuniartha, Isnin lalu.

    Rombongan Raja Salman juga dilaporkan menyewa kereta mewah, melancong ke tempat-tempat tumpuan dan membeli-belah.

    “Kita lihat kesan ekonomi yang positif daripada lawatan raja ini. Dia beli banyak kraftangan tradisional Bali,” kata Yuniartha.
    Rate

    ReplyDelete
  12. Dulu aku sokong BN Umno... sebab hidup senang... nak belajar pon senang. Kegawatan ekonomi tak terasa pon walaupon negara serantau teruk. Pemimpin bijak. Anak2 nak pi belajar pon senang.

    Sekarang nak sokong BN tak ada faedah langsung. Yg kaya raya dan senang lenang yang jadi pemimpin aje. Kita yang jadi rakyat susah... harga barang melambung sedangkan kegawatan ekonomi negara lain tak teruk mana pon. Anak2 nak belajar pon susah..belanja melambung naik. Pemimpin asyik nak menipu rakyat aje.. rakyat bukan bodoh dan buta.

    Tak sabar aku nak tunggu pru 14. Nak tukar pemimpin. Nak tengok pemimpin lain pulak.. sekurang2nya ada possibility nak jadi lebih baik. Kalau sekarang dah tentu teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun dulu penyokong dan pengundi BN setiap PRU diadakan, sekarang aku akan undi PH dan akan menggesa ibu ku yg juga penyokong BN mengundi PH. Tinggal lah macai tak sampai 7%undi BN

      Delete
  13. Baru balik kerja tadi. Depan flat sri perantau, port klang ada ceramah pas. Situ ada port dia org. Singgah kejap. Tapi tak lama. Pasal pakai seluar pendek. Tau la org berjubah berserban..pandang semacam. Awak tgh kotor gile. Kalau org tak kenal memang dia cakap mat pet je. Memang terlalu sikit org. Budak2 ramai la. Tu pun pasal ada makan. Dia org tengah makan tadi. Yg berceramah tak kenal. Tapi halimah ali ada.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...