Friday, March 17, 2017

PEMBANGKANG MASIH ADA MASA SUSUN STRATEGI KETIKA UMNO MASIH RAGU RAGU KEKUATANNYA

Persekitaran dan suasana pilihanraya masih jauh. 


BELUM KETARA TANDA TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA:

1. Akan munculnya makhluk yg datang nya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti dipasar borong, pasar malam dan ada yanh datang kerumah rumah.

2. Menteri-menteri mula  menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-maxing  di kawasan pendalaman dan ada yg memikul kampit beras dan hamper.

3. Jalan-jalan kampung yang pantang berlopak mula diturap dengan tar.

4. Upacara pecah tanah disana sini utk pembinaan bangunan srperti klinik, hospital dan sekolah.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kpd orang-orang kampong.

6. Menteri Menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter

8 Menteri-Menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana sini.

9. Menteri akan rajin asah sabit cuci longkang , noreh getah kait kelapa sawit.

10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warong x payah bayor, selalu je ada si polan bin si polan tukang bayar

11. Aircond kereta rosak x baiki, cermin  kete sentiasa dbuka utk melambai tangan, mesra rakyat. 

12. Longkang tersumbat di perumahan rakyat dah 17 kali wakil rakyat datang melawat dalam tempoh tiga minggu. 


Begitu juga ungkapan ungkapan popular dah mula kedengaran tetapi belum bertalu talu,  kalau siang malam disebut hingga ke kutbah Jumaat,  petanda terlalu dekat sangat. 

Usah gadaikan negara semata ingin bertukar.

Beri peluang kami perbetulkan masalah untuk tempoh 5 tahun lagi.

DAP cuba rampas hak keistimewaan melayu.

Pembangkang cuba hapuskan sistem Raja Berpelembagaan.

Pembangkang cuba hapuskan Islam di Malaysia.

Pemimpin Melayu akan jadi boneka DAP. 

TunbDr Mahathir masih gila kuasa. 



SEMUA YANG TERJADI MENGUNTUNGKAN UMNO TAPI MELALAK MACAM ORANG TAKUT HANTU

TUBUH PARTI BARU MEMBUKTIKAN EZAM DAN KHAIRUDDIN HANYA FIKIR TENTANG TEMOLOK SENDIRI
Oleh Dato' Lokman Adam
Presiden
Suara Generasi Terbilang



Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan dua manusia ini iaitu Ezam dan Khairuddin adalah manusia yang berjuang hanya untuk temolok sendiri.  Mereka berdua sudahpun menyertai PPBM sebelum ini, namun apabila gagal mendapat tempat atau peranan penting dalam PPBM, mereka meninggalkan parti tersebut.

Daripada maklumat dalaman yang saya terima, Khairuddin akan bertanding di kerusi Titiwangsa, manakala Ezam pula apabila gagal mendapatkan kerusi Shah Alam yang beliau inginkan, beliau akan bertanding menentang YAB Perdana Menteri kita di Pekan bagi melonjakkan semula populariti beliau yang sudah semakin malap kini.

Bagi saya, sebarang usaha untuk mewujudkan parti baru dikalangan pembangkang akan menguntungkan BN.  Sebelum PRU 1999, kerusi Melayu ditandingi oleh PAS mewakili pembangkang.  Manakala bagi kerusi Kawasan Cina dan India ditandingi oleh DAP.  Walaubagaimanapun, pada tahun 1999, PAS dan DAP telah mengalah dan memberikan sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi kepada PKR.  Ini adalah kerana, PKR perlu diberikan lebih kerusi berbanding PAS dan DAP untuk membuktikan PKR mengepalai pakatan ini dan Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan.

Untuk PRU 14, PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan.  Ini bererti, PAS sudah pasti akan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah mereka tandingi sebelum diserahkan kepada PKR tahun 1999.  Begitu juga dengan PAN, sudah pasti mereka mahu meletakkan calon dikerusi yang PAS tandingi.  Persoalannya sekarang, dimanakah kerusi yang bakal PPBM tandingi?  Jika nak serahkan separuh dari kerusi PKR kepada PPBM pun hampir mustahil akan berlaku, bagaimana mungkin PPBM mahu mendabik dada bahawa parti mereka bakal melahirkan calon Perdana Menteri?  Kalau parti bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah 22 tahunpun belum tentu akan diberi laluan oleh PKR dan PAN, hampir pasti parti baru Ezam dan Khairuddin ini boleh kita anggap seperti Parti Dua Butir yang mungkin akan bertanding dihanya dua kerusi parlimen.

Senario paling baik yang mungkin akan dinikmati Pakatan Harapan selepas acara bertikam lidah dan ugut mengugut semasa Mesyuarat Pengagihan Kerusi, hanyalah kejayaan mereka meletakkan 1 calon dari Pakatan Harapan untuk menentang calon BN.  Namun, mereka hampir pasti akan gagal memberikan saingan kepada BN kerana PAS kini sudah bebas untuk bertanding dimana jua tanpa terikat dengan keputusan BN mahupun Pakatan Harapan.  Pertandingan tiga penjuru dan mungkin empat penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Ini akan membolehkan BN menang besar pada PRU14 dan Ezam mungkin akan membuat keputusan melakukan pusingan U dan kembali kepada UMNO.  Persoalannya, patutkan kita membiarkan diri kita diperdaya beliau lagi?

Thursday, March 16, 2017

NAZRI SEWAJARNYA SERTAI PARTI PEMBANGKANG

Naxri sewajarnya mengambil langkah lebih berani dengan menyertai mana mana parti pembangkang (itupun jika diterima) khususnya menyertai parti sahabst karibnya,  lim guan eng.

Tindakan itu sesuai kerana persetujuannya untuk berdebat mendapat tamparan hebat dari rakan sekerja dan partinya, dia tifak diiktiraf mewakili kerajaan dan parti. Sudah tentu mereka bercakap atas restu pihak kepresidenan.

Adalah memalukan apabila selama ini suara Nazri merupakan yang paling lantang mempertahankan tubuh badan najib,  parti dan kerajaan tetapi gara gara mencari nahas untuk betbahas dengan Tun,  dia dengan mudah dipinggir dan diperlekeh.

Dalam keadaan demorolise sudah tentu Nazri akan kepanasan sendiri jika Tun dengan sinis mempersoalkan statusnya di atas pentas,  di depan penyokongnya.

Lagipun semua orang tahu Nazri akan bersara di PRU Padang Rengas dan sudah tidak layak untuk mewakili mereka.

Kelak Padang Rengas jadi Padang Belengas buat Nazri.



# Kesian sungguh pada Naxri,  dihujung karier politiknya,  dia di perbudakan.

MUHYIDIN


Dalam keadaan sekarang,  apa pun boleh berlaku,  politik sentiasa ada pull and push factors,  berlapang dada,  niat baik,  buat baik,  dapat baik.. 




# Apabila mendapat sesuatu berita,  langkah pertama tenang. 
Jangan ikut rentak pemaki..



Wednesday, March 15, 2017

JAGA JANGAN SAMPAI YANG KERAMAT JADI PUAKA

Masa Tun nasihat cara elok,  cara anak beranak,  cara berbisik. MEREKA TAK DENGAR KATA.

Masa mula mula Tun tegur Najib secara terbuka.  Apa mereka kata?

Masa Tun kata 1mdb satu skandal dan penyelewengan,  apa kata mereka (?)\

Masa mula-mula Tun keluar umno dulu.  Apa mereka kata?

Masa Tun tumpang berceramah di pentas pembangkang,  Apa kata mereka?

Semasa Tun tubuhkan BERSATU.  apa kata mereka (?)

Semasa Tun berjabat tangan dan bekerjasama dengan DAP, apa mereka kata (?)

Semasa BERSATU belum bersetuju untuk menjadi sebahagian Pakatan Harapan, apa mereka kata (?)

Apabila Tun berjumpa dengan Anwar,  apa yang mereka tak kata (?)

Dan sekarang BERSATU bersetuju bersama Pakatan Harapan dengan beberapa cadangan pembaikan,  mereka kata lagi..

Dari awal lagi Tun telah menunjukkan pembangunan sebuah parti politik baru BERSATU dan kini sebaris dengan parti pembangkang dan tidak ada sebab jika penyatuan dan kerjasama ini diteruskan, kemenangan sudah hampir.

Bukan soal BERSATU baru dan kecil tetapi peranan dan pengalaman Tun memperteguhkan parti komponen Pakatan sudah menjadi racun kepada umno.. Sepak terajang hingusan budak umno tak siapa peduli..




MO










NILAI SEMULA AKHLAK KITA

Aku bila terjumpa si pulan atau kumpulan tertentu yang bukan Islam menghina Islam dengan pelbagai cara jarang sangat membaca dengan detail atau ambik pot serius. 

Pertamanya aku rasa itu memang normal berlaku tindakbalas segelintir non Muslim.
Keduanya, sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik. 

Saolan yang ingin aku tanya (?)
Pertama,  pernah tak segelintir orang Melayu atau orang Islam menghina ugama dan bangsa lain (?) Apakah kita setuju dan sokong (?)

Keduanya. Mana yang lebih teruk,  orang bukan Islam yang menghina sekali sekala atau orang Islam yang menghina Islam setiap hari atau secara terangan dan mega (?)

Perhatikan akhlak orang Islam (?)
Perhatikan siapa yang melakukan rasuah dan penyelewengan secara besar²an dan menjadi tajuk utama (?)
Dan hari ini berapa pemimpin Melayu dan Islam yang dikaitkan dengan pelbagai skandal masih terus memegang jawatan tanpa rasa malu (?)
Apabila mereka diminta berundur,  boleh pula mereka mengambil contoh bahawa si kapir juga tidak berundur?  Mereka menggunakan akhlak orang kapir untuk dijadikan contoh menghalalkan tindakan mereka (?)
Banyak lagi contoh contoh yang lain orang Islam sendiri menghina dan memalukan Islam dengan akhlak dan perbuata mereka. 

Golongan inilah yang patut disingkirkan lebih awal dan bukannya terpekik terlolong terhadap sekor dua lahanat kapir yang memang sejak azali memusuhi Islam. 

Akhlak dan perbuatan orang Islam itu sendiri yang menjadikan nilai Islam dipandang rendah dan mudah diperlekehkan oleh orang bukan Islam. 

Penghinaan orang bukan Islam pula terhadap Islam agak ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini kerana penguatkuasaan undang² yang lemah dan kemungkinan hukuman yang agak ringan.

Kalau akhlak Pemimpin Islam berada pada status yang paling wahid dalam menguruskan negara berlandaskan Al Quran dan Hadith, agak-agak ada ke pemimpin bukan Islam yang berani dan sewenang wenangnya menghina Islam (?)


Tuesday, March 14, 2017

PERLANCARAN SEBENARNYA. MY



Hari SELASA yang kita tunggu,  lain yang ditunggu lain yang tiba.

Hari SELASA,  kata nak saman WSJ atau ada pihak yang nak saman SR atau Husam,  pun elek..

Itu berita (nak saman)  bukan cerita rekaan,  bukan fitnah,  bukan keluar dari mulut pecacai atau pemimpin bawahan seperti Nazri atau Rahman Dahlan.

Itu sebenar-benarnya dari mulut Presiden dan Presideng!!!

Selasa,  yang ada, hari ini  Perlancaran SEBENARNYA MY, Tidak Pasti Jangan Kongsi dilancarkan oleh Menteri.

Kita alu alukan langkah tersebut,  langkah berani mati.  Selepas segala integriti tercalar teruk diharap SEBENARNYA.MY mampu jadi bahan rujukan rakyat Malaysia mencari kebenaran.

SEBENARNYA. MY juga sekaligus mengesahkan berita berita di media utama kerajaan atau pembangkang selama ini adalah diragukan (?)

Atas nama kebaikan,  wajar disokong.


6ANGKA