Saturday, June 17, 2017

ROSMAH KENA TUNJUK KEPIMPINAN.. BERTINDAK

Masa bercakap dan menafikan tanpa modal (dengan air lior sahaja) sudah tamat. Masa untuk buktikan dengan bertindak... 





Apapun komen Tuan Ibrahim sebagai tugasnya menasihati kerajaan sangat berbaloi dan berketepatan.. 
Masa untuk pihak berkuasa bertindak berani mencari kebenaran.. 

Saranan itu bukan baru,  dah berbueh mulut rakyat mahu PDRM,  BNM,  SPRM,  LHDN dan AG menjalankan tugas secara telus dan berani.. 

Friday, June 16, 2017

KALAU FITNAH, BERTINDAKLAH..

DOJ bukan setakat menuduh dan mendakwa tetapi membogelkan satu persatu..

Apakah sekeping surat dari AG menafikan secara dangkal boleh menyelamatkan maruah bangsa,  ugama, rakyat dan negara.

Boleh kah sekeping kertas itu dapat menutup beberapa muka yang disabitkan dan bersubahat.

Kalau tidak boleh bertindak,  biarlah rakyat percaya tuduhan itu 100% benar.

Apakah kerajaan berdoa siang dan malam mengharap rakyat ini supaya bodoh dan bangang untuk memahami dan menilai yang mana satu betul yang mana satu satu palsu.




# Hentikanlah isu isu remeh lain yang sengaja direka dan dibentuk,  isu penamaan calon PM Pakatan Harapan,  isu ahli keluar bersatu,  isu budak mentah armada,  isu dap perkudakan muhyiddin,  isu FGV,  isu seleweng kerajaan PP dan Selangor... Semua ini tidak mampu menutup skandal 1mdb dan rentetannya.

Thursday, June 15, 2017

PENEROKA FELDA KINI BOLEH LEGAAAA..

Zakaria diberi tempoh 7 hari menjawab. 

SPRM masih tunggang terbalik semak dokumen.

Shahrir baru jumpa najib. 

IDRIS JALA DAH SIAP LAPORAN.




SETAKAT MANA ZAKARIA BOLEH BERTAHAN

Keenganan Zakaria menerima surat tunjuk sebab dan memulangkan semula ke setiausaha syarikat seperti yang diberita menjadikan penyelesaian FGV sebelum aidilfitri seperti harapan najib tidak semudah itu.


Kedegilan zakaria bertempat kerana dia bukanlah ceo atau ketua syarikat anak beranak atau syarikat cap ayam.  Dia di amanahkan mewakili peneroka felda yang bergantung harap sangat kepentingan mereka dijaga.

Salah atau tidak zakaria,  seharusnya dia bukan diadili oleh sekadar seorang dua yang bermain politik tetapi biarlah dipihak yang lebih bebas dan tertinggi,  mahkamah atau keputusan mesyuarat agung atau pemegang2 saham. 

Kemungkinan besar,  selepas 7 hari,  zakaria akan dipecat dan isu akan diseret ke mahkamah oleh zakaria dan dalam masa yang sama diharap siasatan SPRM menyebelahinya. 

Semua kemungkinan itu juga mungkin tidak terjadi jika ada tangan ghaib yang memenangkan semua pihak kerana ada kepentingan lain yang perlu dijaga dari terdedah. 



# Adakah sekadar seperti Nazri yang pada awalnya mengaku samseng dan anak jantan akhirnya lari dari wartawan. 




Wednesday, June 14, 2017

PASAR RAMADHAN KLUANG DALANGNYA MCA, BUKAN DAP: Apa komen jais sarday (?)

# Ini bukan laporan dari SR tetapi pengesahan dari bekas senator mca,  gan ping sieu, permohonan mca 2007 pemindahan baazar ramadhan.



# gelagat dua mamat termasuk imam yang berkeliaran di pasar ramadhan,  sangat memalukan - kenapa lah jais sarday salah langkah dalam menyokong dan membela mereka hingga integritinya dan "berbohong" mula diviralkan.

Tuesday, June 13, 2017

KALAU POKOK BERGOYANG, KALAU TAK ANGIN, TENTU ADA MONYET..



Sebenarnya rakyat Malaysia pun tak percaya sangat kepada SR tetapi sikap pemimpin kerajaan Malaysia sendiri MEMAKSA untuk rakyat percaya. 

Tuduhan bertalu SR tidak dibalas dengan jawapan,  sunyi sepi, dan janji nak saman pun habuk tak ada,  bagaimana tak percaya?? 

Dan kalau diminta buat pilihan,  antara salleh dengan SR,  siapa yang lebih boleh dipercayai.. (?) 

Kalau debat pun asyik lari,  asyik sembunyi.. Rakyat nak percaya siapa? 


Monday, June 12, 2017

KENA JENTIK SIKIT PUN DAH BESAR KEPALA

Sedih dan simpati tengok menteri kanan, otai kena jolok kiri kanan atas bawah oleh kawan dan penyokong sendiri. 

Hatta pemuda bn sarawak setahun jagung pun memperlekehkannya. 

Blogger bangang yang patut fokus dan bantai pembangkang turut tembak kaki nazri hingga tempang. 

Namun aku percaya,  sikit pun tak jadi kudis pada Nazri,  semua itu fitnah. Menteri yang bekerja dengan baik dan ikhlas memang diirihati oleh kawan sekeliling. Kena jentik sikit sudah dikata biadab,  low class mentallity. 


Nazri kena belajar dengan bossnya,   walau difitnah bertubi tubi hingga tidak terjawab,  tetapi masih boleh bermuka selamba rock. 

Jangan takut pada hilang undi,  marah mereka tak lama,  akhirnya kembali mengundi kerajaan,  umno terbaik. 


Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...