Thursday, June 15, 2017

SETAKAT MANA ZAKARIA BOLEH BERTAHAN

Keenganan Zakaria menerima surat tunjuk sebab dan memulangkan semula ke setiausaha syarikat seperti yang diberita menjadikan penyelesaian FGV sebelum aidilfitri seperti harapan najib tidak semudah itu.


Kedegilan zakaria bertempat kerana dia bukanlah ceo atau ketua syarikat anak beranak atau syarikat cap ayam.  Dia di amanahkan mewakili peneroka felda yang bergantung harap sangat kepentingan mereka dijaga.

Salah atau tidak zakaria,  seharusnya dia bukan diadili oleh sekadar seorang dua yang bermain politik tetapi biarlah dipihak yang lebih bebas dan tertinggi,  mahkamah atau keputusan mesyuarat agung atau pemegang2 saham. 

Kemungkinan besar,  selepas 7 hari,  zakaria akan dipecat dan isu akan diseret ke mahkamah oleh zakaria dan dalam masa yang sama diharap siasatan SPRM menyebelahinya. 

Semua kemungkinan itu juga mungkin tidak terjadi jika ada tangan ghaib yang memenangkan semua pihak kerana ada kepentingan lain yang perlu dijaga dari terdedah. 



# Adakah sekadar seperti Nazri yang pada awalnya mengaku samseng dan anak jantan akhirnya lari dari wartawan. 




2 comments:

  1. Wang besar, wang besar, kita pusing lagi bro. Wang besar, wang besar. Kita lihat di mana roda berhenti pusing. Zakaria boleh ucap wang besar wang besar atau lubang besar lubang besar. Agaknya mana satu pilihan hati?

    ReplyDelete
  2. Moga yg disangka Kambing ,
    Menjadi seladang garang.
    Biar terburai dirodok petualang2 sebenar.

    ReplyDelete

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG