Thursday, June 29, 2017

ISU ISU DI PENANG.. SEGERA HERET LIM GUAN ENG

Blog ini sudah tidak sekerap dulu mengkritik lim guan eng atau dap. Tetapi aku setuju jika segala silap salah kemungkarannya dibongkar,  tidak ada pengecualian. Samada fitnah atau gembar gembur politik,  terpulanglah kepada mereka. 

Kerajaan mempunyai segala kuasa untuk mengheret lim guan dan pemimpin dap fan pembangkang ke mahkamah tetapi setakat ini hanya satu kes untuk lim guan eng,  yang lain belum atau tin kosong. 

Segala kemungkaran lim guan eng setakat pulau pinang,  setakat negeri.. Ia tidak memberi kesan langsung pada negeri lain,  misalnya johor tidak akan terjejas jika ada kemungkaran di pulau pinang. 
Berbeza dengan skandal 1mdb, gst,  atau hutang tinggi,  memberi kesan kepada rakyat hatta sampai kepada bayi dalam kandungan. 

Begitu juga kurang kritikan kepada dap apabila dikesan umno lebih teruk dari dap, kerajaan yang ditunjangi umno membawa negara ke arah bahaya,  hutang yang tinggi, cukai yang membebankan,  pengangguran meningkat,  rasuah, kronisme,  kelepek,  salahguna kuasa makin menjadi jadi disamping itu keselamatan yang goyah.

Tetapi setakat analisa rambang,  BN sukar menggugat pembangkang di selangor mahupun PP. 

ALASAN SEMAKIN TIPIS, JALAN SEMAKIN BUNTU..

Isu 1mdb pada peringkat awal adalah isu peribadi atas sikap dan keputusan Najib yang dipertikaikan oleh Tun dan minta dia berundur.

Kebijaksanaan Najib,  isu itu dinegarakan, di peringkat awal ramai benar terpengaruh untuk mati syahid mempertahankannya seperi matmaselan dan akhirnya satu demi satu sedar mereka menipu diri sendiri, akan mati dalam kufur munafik dan berbohong kepada rakyat. 

Semakin ramai yang sudah playsafe,  berhati hati dan ada yang sudah menjauhi kerana 1mdb yang dikatakan skandal atau jenayah makin hampir menjadi kenyataan dan sesiapa yang  mempertahankan boleh membawa maksud bersubahat.

Kalau jenayah subahat dipenjarakan, di padang masyar subahat dinerakakan, kalau mati subahat mati katak... 

Lantang lagikah Zahid,  Kj, Hisham,  Wanita,  Puteri, MB,  kunan, Majlis Tertinggi bersuara mempertahankan????????  Dan aku yakin Nazeri sendiri akan lari jauh jauh dari memperkatakan isu ini lagi,  sebagai samseng,  dia lebih bermaklumat. 

Suara yang tinggal adalah blogger2 cabok cari makan, suara sehala,  ruang komen ditutup atau tidak disiarkan kerana mereka juga sedar,  apa yang mereka cakap sekadar tin kosong, sudah tidak ada stand,  sudah tidak laku, sudah kencing,  sudah merapu, sudah goyang... Mereka akan pecahkan cermin setiap kali melihat diri mereka.. 

Perhatikan betul², siapa sekarang benteng terakhir.. Yang sudah meletakan sebelah kaki
ke sungai buluh!!! 

Apabila dinegarakan, Malaysia makin popular dengan istilah "Apa sudah jadi???? " di peringkat antarabangsa yang membawa kemaluan besar seolah korup kini amalan ruji rakyat Malaysia????
Ia mampu dikongsikan oleh 22juta pengguna FB di Malaysia, lebih 100 juta pengguna FB di Indonesia dan 2billion pengguna FB seluruh dunia... 
Kalaulah lah pembangkang pun diam dan dungu,  kita lebih teruk dari amazon. 

Apakah masih ada yang percaya 1mdb bukan skandal dan Najib tidak bersalah dari segi moral dan tanggungjawab. 
Sudah lebih dua tahun isu ini diperkatakan dan jika semua itu fitnah semata dan rekaan pembangkang dan antarabangsa, kenapa sampai sekarang isu terus berkembang sebagai relevan unsur jenayah... 

Mahathir,  Muhyiddin dan Mukhriz adalah individu paling rapat dengan umno dan kerajaan secara langsung dan hari ini,  apa yang tak keluar dari mulut mereka terhadap Najib dan Rosmah... (???)
Kenapa Najib dan Rosmah tidak saman... 
Kalau sudah kenegaraan.. Kenapa AG tidak dakwa mereka.. 
PDRM berapa lama hendak siasat 1mdb atau sebenarnya semua sudah tersangkut di meja AG (?)...

Mati hidup najib dan umno kini bergantung kepada talian hayat dari pas dengan syarat setakat mana atau semaksima mana mereka boleh memperalat dan mengkudakan pemimpin dan parti malang itu....

Wednesday, June 28, 2017

BERSIHKAN NAMA DARI ISU 90 JUTA TERLEBIH DAHULU SEBELUM CUBA NAK JADI PENASIHAT

Hadi dan pas perlu fokus kepada isu 90j seperti dakwaan SR,  bersihkan dulu diri sebelum berlagak suci dan menasihat pihak lain. 

Islam bukan milik pas atau lebai untuk bebas keluar masuk memetik firman Allah dan sabda Rasul sewenang wenangnya untuk menghalalkan pendirian pemimpin dan parti. 
Jangan plagiat,  copy paste hak milik Allah dan salahguna.

Khalifah Omar berendam airmata kerana ingat dan takut kepada Allah ketika memerintah dan bukannya lancang mulut mengeluarkan fatwa laba dunia. 

JANGAN RENDAHKAN MARTABAT JIKA SENDIRI PUN BLUR

Agamawan, penjawat awam atau swasta,   ilmuan termasuk mufti,  pensyarah yang sewaktunya yang politik bukan bidang pengkhususan mereka diharap tidak mengeluarkan kenyataan semborono berhubung saman sivil DOJ untuk merampas hartanah yang melibatkan aktiviti haram 1mdb oleh individu dan pihak tertentu.

Wajar tahu membezakan antara situasi campur tangan asing dengan hak DOJ mengikut undang² negara mereka, mereka mengikut tafsiran AG mereka sendiri dan tidak bergantung kepada tafsiran AG Malaysia atau negara lain.  Mereka tidak main politik murahan atau mengikut telunjuk.

Donald Trump sendiri tidak mengawal,  apatah lagi pihak lain,  jangan buat dakwaan luar biasa bodoh apabila mendakwa parti pembangkang setahun jagung mengawalnya.

Apa yang DOJ dakwa tidak semestinya betul dan yang disebut dalam saman tersebut jika perlu, wajar menggunakan saluran undang² untuk mempertahan diri.

Jika negara istilahkan campurtangan asing,  wisma putera perlu bertindak. Jika tiada,  janganlah pihak lain sekali lagi menunjukan kebodohan luar biasa.

Hari ini majoriti rakyat celik teknologi maklumat,  boleh menilai membanding palsu dan benar,  rakyat sudah tidak lagi telan bulat² atau bergantung atas apa yang pemimpin kata lebih² lagi mereka yang sudah hilang integriti,  tidak boleh dipercayai atau berbohong berkali kali.

Title ulama,  lebai,  tan sri,  pengerusi,  presiden,  ceo,  proff,  mufti dan sebagainya tidak lagi dijamin ada pengaruh dan nilai.

Rakyat sudah hampir menggunakan kuasa secara demokrasi melalui pilihanraya. Jika ada cubaan menafikan pilihanraya dengan berbagai helah merupakan risiko tinggi dan perlu difikirkan berkali kali,  jangan menambah petrol di api.

Adalah lebih wajar semua pihak memberi masa dan peluang kepada DOJ selesaikan tugas mereka.  Pembangkang seperti biasa akan mengambil peluang ini untuk berkempen dan memberi tekanan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sahut cabaran dengan telus,  berani jika tiada apa yang disembunyikan. Sebarang cubaan selain dari itu akan membawa kemudaratan kerana apa yang DOJ lakukan sekarang merupakan satu permulaan.


ANTARA ZAID DAN NIK ABDUH, BELUM TENTU SIAPA YANG MASUK SYURGA DULU..


Bukan main seronok puak pendedak tibai zaid ibrahim melampau dan berlebihan,  tentang isu doa pilot air asia. Sudah semestinya ia lebih advantage kepada zaid,  seperti biasa,  ketika ramai yang membenci, ramai pula yang bersetuju dengannya. 

Setuju atau tidak kena faham dulu fakta bukan semborono macam babi,  mengikut (dari istilah membabi buta,  semborono).  Komen zaid adalah berdasarkan posisi pilot tersebut dalam keadaan sebegitu genting.

Memberi maklumat apa yang sebenarnya berlaku,  langkah yang diambil,  memberi keyakinan,  semangat,  calm down adalah yang utama dan terakhir adalah doa. 

Selamat atau tidak bukan kerana pandai manusia,  ia bersandarkan qada dan qadar ketentuan Allah. 

Apapun, apa yang dilakukan oleh pilot tersebut,  terpuji dan 100% betul.  Begitu juga teguran zaid 98% betul... Yang kecoh lebih kepada politik. 

Pandangan zaid bersifat peribadi dari seseorang yang bukan pakar dalam ilmu ugama, tidak ada pengaruh dan tidak pula akan jadi ajaran sesat.. Yang kecoh lebih kepada politik.. 

Mereka sedang kesumbatan,  kepanikan dalam cuba meningkatkan baki sisa 6.3%.. Riuh sesama dia,  no harm. 

Dan yang lebih membuatkan aku senyum sinis adalah bertubi tubi mereka hentam zaid, saudara seIslam sekadar sedikit perbezaan pendapat tetapi dalam masa yang sama,  mendukung,  peluk cium si jolo kapir yang diiktiraf bukan setakat carribean,  tetapi lanun antarabangsa. 

Tuesday, June 27, 2017

WHY LONDON (2)

Sebagai pemumpin politik sepenuh masa atau serius,  mereka memerlukan masa peribadi dan masa bersama keluarga,  otak perlu berehat dari perkara yang sama buat seketika dan jauh dari perkara sekeliling yang sama. 

Itu antara sebab ramai pemimpin tertinggi mengambil peluang bercuti pada tempat dan masa yang sesuai,  ia tidak dirancang seminggu dua tetapi berbulan masanya,  malah tempat dan masa pun kekadang diberikan tugas dan perancangan kepada salah seorang ahli keluarga. 

Najib sendiri walaupun rasa seronok dengan 50 ribu pengunjung di Puterajaya tetapi raya ke dua sudah menghilangkan diri bercuti. 

Zahid yang pertama kali beraya sebagai TPM terlebih uja dan menyifatkan kehadiran itu sebagai sokongan kepada Najib,  ada betulnya mereka suka Najib tetapi jumlah tersebut sangat kecil berbanding status najib sebagai PM. 

Jauh lebih kecil berbanding Mahathir yang mendapat sokongan satu dunia dan bebas bergerak.  

Mungkin hanya zahid dan hisham yang perlu berada di tanah air kerana pengaruh mereka masih bergantung kepada kehadiran fizikal bersama dengan penyokong. 

Tun sendiri, sebagai simbolik, beraya di london.  Soal tidak molek beraya bukan di tanah air sendiri merupakan komen kumpulan desperado, ketadikaan yang tidak ada isu.
Lebih penting Tun tidak gunakan duit cukai..

Sesuatu yang seronok dan boleh dijangka,  Tun akan menjawab dengan spontan jika ditanya wartawan sekembalinya nanti. 
Lebih seronok jawapan itu membuatkan kumpulan desperado menggaru lagi. 




# Dengan menyewa 42 bilik mewah,  jumlah yang lebih besar dari ahli keluarganya,  sudah tentu agenda politik seterusnya merupakan sebahagian pakej percutian. 


Monday, June 26, 2017

CUTI NAJIB YANG SERBA SEDERHANA

Tidak seperti Tun yang berhari raya mewah di London bersama keluarga, Najib dengan rela hati hanya memilih negara jiran serba murah sederhana berhari raya. Sesuai dengan kemampuan. 

Inilah contoh terbaik PM Malaysia dalam sejak dua menjak ini. 




# Persepsi najib takut ke new york atau london sedang mempengaruhi rakyat. 

6ANGKA