Blog ini sudah tidak sekerap dulu mengkritik lim guan eng atau dap. Tetapi aku setuju jika segala silap salah kemungkarannya dibongkar, tidak ada pengecualian. Samada fitnah atau gembar gembur politik, terpulanglah kepada mereka.
Kerajaan mempunyai segala kuasa untuk mengheret lim guan dan pemimpin dap fan pembangkang ke mahkamah tetapi setakat ini hanya satu kes untuk lim guan eng, yang lain belum atau tin kosong.
Segala kemungkaran lim guan eng setakat pulau pinang, setakat negeri.. Ia tidak memberi kesan langsung pada negeri lain, misalnya johor tidak akan terjejas jika ada kemungkaran di pulau pinang.
Berbeza dengan skandal 1mdb, gst, atau hutang tinggi, memberi kesan kepada rakyat hatta sampai kepada bayi dalam kandungan.
Begitu juga kurang kritikan kepada dap apabila dikesan umno lebih teruk dari dap, kerajaan yang ditunjangi umno membawa negara ke arah bahaya, hutang yang tinggi, cukai yang membebankan, pengangguran meningkat, rasuah, kronisme, kelepek, salahguna kuasa makin menjadi jadi disamping itu keselamatan yang goyah.
Tetapi setakat analisa rambang, BN sukar menggugat pembangkang di selangor mahupun PP.
JANGAN TAKBUR/BONGKAK/TAKSUB/BUAT ANALISI DAN BUAT KESIMPULAN MEMBABI BUTA. SIAPA BLOGER "KELUANG DIOMOND" JANGAN JANGAN JADI BLOGER "KACA".
ReplyDelete100 % setuju.. DAP jahanamkan umat .
ReplyDeleteSetuju dg Anon 4:31 PM dan Anon 4:39 PM. Terlalu taksub dg Dr M, blog ini hilang pertimbangan rasional. Yang tak baik di gunung gunung kan. Yang baik baik di campak ke laut.
ReplyDeleteKenapa di OSA laporan PAC dan Audit 1MDB, Kalau tiada kesalahan. Biar setiap rakyat Malaysia tahu siapa benar siapa yang menipu. Berani kerana benar tak perlu nak spin berterus terang.
ReplyDeleteHIDUP LIM GUAN ENG..HIDUP MAT SABU...
ReplyDeleteHidup Tan Seng Giaw!!!!!
ReplyDeleteYg jadi ag, polis, sprm semuanya bawah kawalan orang besar di kl. Guan eng km pp tak terlibat dalam melobi mereka utk jadi ketua. Sila dakwa segera semua pemimpin pakatan dari dap, pkr termasuk parti bunga jika melakukan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Semoga pakatan bebas pemimpin begini selepas pru14. Jangan cakap kosong air liur basi tanpa fakta. Buat seperti doj, siap keterangan, waktu, nama, tempat lagi. Belajar utk cipta fakta macam doj dan sr. Bukan macam mt, guna fakta kepala lutut. Biar kita penyokong pakatan berfikir boleh masuk akal atau ditolak. Guna air liur, memang la kena tolak pasal hujah tak masuk akal.
ReplyDeletePemimpin jangan sampai berlaku curang dan menipu rakyat, karena akibatnya sangat berat. Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda:
ReplyDeleteمَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Tidak ada seorang hamba yang Allah memberikan kekuasaan kepadanya mengurusi rakyat, pada hari dia mati itu dia menipu rakyatnya, kecuali Allah haramkan surga atasnya. (HR. Muslim, no. 142).
Fikir fikirkan lah.....baik pembangkang mahupun kerajaan. Semoga Allah membantu rakyat Malaysia.