Istilah "Kalau Tak Salah Kenapa Takut" nampaknya cukup laku dipergunakan untuk
menghalalkan cara kepada Yang Berbahagia Negarawan Negara Tun Dr Mahathir bin Mohamad untuk menubuhkan RCI melibatkan Forex BNM.
Ia ditubuhkan sebagai balasan bagi mengenakan Tun kerana memperhebatkan isu 1MDB ke seleruh negara.
Walaupun sedar RCI tidak akan dapat mengaitkan Tun secara langsung tetapi motif untuk memburukan dan mengaitkan dengan kerugian urusniaga tersebut mungkin berjaya bagi merasuk dan menghasut netizen yang buta.
Beza era Tun dan Nazib ialah kerugian dalam urusniaga dnn kecurian dana adalah dua perkara yang berbeza, macam langit dengan bumi.
# Yang makan dedak memang fakta ini tak masuk dalam kepala mereka, jadi jangan layan sangat atas komen bangang mereka.
Yang terbaru, PAS tersasul dengan skrip umno mencadangkan RCI untuk Memali 1985 yang sudah pasti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
Sudahkah Tuan Ibrahim Tuan Man sedia menghantar Hadi Awang ke penjara jika disabitkan kelak atau adakah ini cara halus PAS membunuh hayat Presidennya.
Istilah ini tidak trpakai dan dipergunakan pula kepada Najib dan gerombolannya. Istilah yang mungkin diguna "Kalau Salah Sembunyi Sembunyikanlah" atau boleh juga disambut oleh pembangkang dengan istilah bolehlah dilengah lengahkan sementara berkuasa.
Lambat laun RCI untuk 1MDB dan yang berkait dengannya tidak dapat tidak akan berhadapan dengan RCI dan mahkamah, walaupun mungkin 100 tahun lagi dan paling cepat 2018, tak lama dah..
Pemimpin umno kena kerah dan perah akar umbi, balaci, pecacai dan suku sakatnya untuk kerja kuat, kerja separuh mati, by hook by crook, hidup atau mati untuk
pastikan umno menang di PRU14 kalau tidak mahu segala bala petaka turun kepada mereka termauk RCI dan Mahkamah.
Tetapi janganlah meroyan awal pula, kalau tak salah apa sangat nak terjerit terlolong menafikan...relax ler cai