Thursday, August 31, 2017

SEDIKIT NOSTALGIA TENTANG BENDERA DAN MERDEKA...tak supo dulu

Sejak era paklah dan kini disambung najib aku kehilangan roh, semangat dan aura menyambut kemerdekaan.

Tiada lagi bendera ku kibarkan di depan rumah atau dikereta, tiada lagi perbarisan yang disertai malah perumahan ini pun sunyi sepi dengan bendera. 

Kalau dulu bergotong royong kami naikkan bendera atau rentang di pagar dewan dan balai raya, macam pesta. Anak² muda dikerah berbasikal dan bermotor membawa dan mengarak bendera pusing taman dan kampung..

Mana semua itu sekarang..

Pandanglah diri anda, sekitar anda dan jujurlah dalam komen.

Wednesday, August 30, 2017

MERDEKA 1957 MERDEKA 2017

Salam kemerdekaan kepada semua pembaca..
Salam perjuangan mengisi kemerdekaan.. 
"Cuti cuti Malaysia" tukar kepada "Bantu Bantu Malaysia Bayar Hutang.."
Negara masih makmur, rakyat terus bahagia.. Shopping complex kena serbu, highway jem sesak, nasi kandar beratur panjang..
Ramai yang mampu..majoriti mampu pandang.



Sayangi pemimpin anda..
Saban tahun, tambah kereta tambah bini, tambah gelang tambah cincin...semoga tahun ini GST naik lagi..

PRU entah ada entah tiada..
Tukang 




Lebai azan lebai ratib lebai kutbah sedia beri alasan..
Kalau ada, beraya sakan, paling mewah paling lumayan..
Kain pelikat, blender, periuk belanga gerenti dapat..
Pakat pakat dapat, undi jangan lupa pakat pakatan..


Katanya dunia sedang tertawakan kita..
Apa kesah dipersenda..asal arab memuji kita
Harith Iskandar pun diketawakan..
Juara lawak dunia..

Selamatkan Malaysia
Dengan bahasa anda
Bukan maki tapi meraikan..

Selalunya tengok bini saja
Sekarang hadap xi hadap trump
Kita sudah merdeka !!!




PUJI DAN KEJI ADAT POLITIK, KENA TERIMA KEDUA DUANYA, BERLAPANG DADA..

TS Sanusi Junid 












# Jangan buat bisnes politik dalam sukan..



Tuesday, August 29, 2017

KOTORAN YANG SUDAH SUKAR DICUCI LAGI




# Yang bercakap tentang Najib bukan sekadar Tun yang difitnah berkepentingan diri tetapi dari pelbagai pihak  mewakili status dan hiraki serta kumpulan masing². 

Cubaan dan pembelaan membersihkan diri dengan cara memburukan mereka sudah sampai ke had tidak berjaya lebih lebih lagi dari penulis atau pihak² yang sudah tidak bermoral.

Mahkamah dunia,  mahkamah rakyat adalah saluran terbaik membersihkan diri,  hukum karma (perbuatan jahat) pasti tidak terlepas,  kadangkala tunai. 





PERMAINAN KASAR, AKHIRNYA KALAH..

Kekalahan malaysia kepada thailand dalam finale bolasepak seagames sangat mengecewakan,  bukan sahaja kerana kegagalan penjaga gol menepis bola dengan kemas tetapi juga kerana menunjukan permainan kotor dan keras kepada pemain thailand. 

Walaupun disaksikan di hadapan lebih tiga juta penonton dan bermain secara kasar, kemenangan tetap tidak berpihak. 

Jadikan satu pengajaran. 

PUNCA AZMIN JUMPA PAS: CETEK BENAR SANGKAAN POLITIK MEREKA TERHADAP AZMIN


Monday, August 28, 2017

JIKA MISSINYA MASIH SINGKIRKAN NAJIB, ERTINYA TIADA PERPECAHAN....HYE HYE BYE BYE KEPADA PAS...

Apabila ada berlaku sedikit perselisihan dan perbezaan pendapat antara Rafizi dan Azmin,  ia bukan sesuatu yang sangat besar kerana keduanya mempunyai kelebihan masing².

Rafizi ada kekuatan kepada angka
dan Azmin lebih kepada sepak terajang politik dan sedikit kuasa. Satu resipi yang hebat. 


Kekuatan ini boleh bergabung tetapi bukan dalam acuan yang sama,  cuma perlu oven yang berbeza tetapi masih di tangan chef yang sama. 

Isu mereka akan ditangani sebaik mungkin jika masih dalam missi yang sama,  singkirkan Najib dan partinya. 

DALAM PERKEMBANGAN TERKINI MAJLIS PRESIDEN YANG TELAH BERMESYUARAT 29082017 MEMBUAT KETETAPAN:


6ANGKA