Tuesday, September 5, 2017

MOHON PENCERAHAN


Bukan satu yang rahsia lagi, Tun secara terbuka menuduh PM sebagai pencuri, penyamun, penyangak, lanun.. Dan kita juga biasa dengar dari mulut beberapa pemimpin lain.

Atas usia Tun dan kewarasannya, kita percaya Tun mempunyai asas dan maklumat sehingga begitu berani dan terbuka untuk mendakwa dan mengetahui risiko tersebut.

Kita juga tahu ada beberapa pemimpin umno bertaraf Menteri sendiri mengesahkan MO1 yang disebut oleh DOJ adalah PM.

Kita juga pernah mendengar beberapa keburukan Rosmah secara langsung dan tidak langsung seperti yang diucapkan oleh beberapa pemimpin.

Kita juga pernah terdengar Rosmah akan saman pihak yang terbabit.

Kita boleh terima jika Najib menafikannya sendiri dengan maklumat yang kukuh dan menjawab dengan jelas beberapa persaolan 
seperti transaksi kewangan 2.6b yang masuk ke dalam akaunnya.

Kita boleh terima jika Najib mengambil tindakan saman peribadi kepada pihak yang menuduhnya terrmasuk SR atau mengarahkan PDRM siasat, tangkap, dakwa Tun atas tuduhan fitnah.

Kita juga boleh terima jika Rosmah mengambil tindakan yang sama (saman mereka) secara peribadi untuk membersihkan segala tuduhan.

KENAPA SEMUA ITU TIDAK DILAKUKAN, ITU YANG KITA TIDAK FAHAM...

Walaupun beberapa siasatan dan perakuan telah dibuat tetapi kita berpendapat ia kurang telus dan pengakuan ada unsur tekanan dan paksaan. 
Kita juga ragu ragu apabila laporan odit negara 1mdb di OSA kan dan beberapa pegawai kerajaan dihentikan, ditukarkan secara tiba tiba.

Tetapi kita boleh terima sekurang kurangnya jika ianya dirujuk dan dibawa ke mahkamah untuk diadili dan diputuskan.

Kita rasa pelik siasatan 1mdb oleh pdrm belum ada penyelesaian walaupun kpn sudah bertukar tangan.


Kita juga rasa pelik motif RCI ditubuhkan untuk kerugian urusniaga Forex BNM 30 tahun yang lalu (sudah ada kertas putih) tetapi tiada RCI untuk isu 1mdb yang panas dan meletup dalam dan luar negara.

Mohon pencerahan.




SPRM AKAN BERTINDAK KE ATAS LGE


Setiap masa dan di mana sahaja jika ianya bukan motif politif, tanpa pilih kasih atau lain lain motif peribadi dan agenda pihak lain, rakyat akan


sentiasa menyokong dan mengangkat integriti SPRM.

Tidak perlu sangat berperingatan, berlengah sebaliknya segera dan menepati kehendak undang² tanpa gentar.

# Tetapi apa khabar agak²nya kes terdahulu, bertahun, berbulan..siasat gah..dakwa elek, bagi info sikit.
Tersangkut di meja ag?

TIADA TEMPAT BAGI HUJAH BOHONG DANGKAL UNTUK MENEGAK BENANG BASAH

Oleh kerana terlalu banyak tuduhan sembrono sesama sendiri hingga menjejaskan akidah, dakwaan tanpa asas dan maki hamun, blog ini akan menapis komen, suka masuk, tak suka no komen.



Bukan motif blog ini untuk mengembangkan pandangan dangkal, biadab dan tidak berakhlak.

Akan ada satu lagi tajuk terakhir sebagai penilaian.

Monday, September 4, 2017

BAKAL MB SELANGOR MENGAMUK



Selepas namanya tenggelam dan hilang dimedia beberapa lama, muncul kembali..
Setakat ini belum pasti namanya tercalon untuk PRU14.. Jangan sampai kempunan...
Kenapa melepaskan geram setakat korup pada mesin judi tidak kepada kecurian wang rakyat?

UMNO SUDAH MULA MASUK KE FASA GAGAL APABILA DAP SUDAH MULA DITERIMA MELAYU MELALUI PAKATAN HARAPAN..

Apa sudah jadi dengan kempen umno menakutkan 
Melayu dengan DAP (?)


Kenapa sudah tidak berkesan, kenapa sudah ditolak (?)

Pemimpin umno kena tahu, kena cari puncanya, kena cermin diri berkali kali...


Adalah pelik seorang Menteri Kabinet seperti Salleh Keruak bercakap dengan nada perkauman sedangkan hakikatnya dia perlu menjadi Menteri pada semua bangsa dan ugama.

Bercakap demi Melayu dan Islam secara tidak rasional di ambang PRU sangat jelik...lebih lebih lagi cuba mempertahankan dan bersekongkol dengan kemungkaran.



JANGAN PERASAN SOKONGAN RAKYAT SEPERTI PRU13

Ada dua asas simple yang perlu dihadam setiap penyokong.

2. Najib menang pru lepas tanpa 2/3 majoriti ketika 1mdb dan gst belum ujud sebagai isu serta Tun masih ahli umno dan sokong Najib.
Sekarang, ia sudah berbeza.

3. Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menguasai 3 negeri adalah semasa PKR, DAP dan PAS berada dalam satu pakatan, jika tidak ada tikam belakang, lebih banyak kerusi akan di menangi.
Situasi sekarang berbeza..

4. PAS pecah kepada AMANAH, umno pecah kepada BERSATU, Anwar masih dipenjara tetapi gantinya Tun mengetuai.
Dijangka pendaftaran PAKATAN HARAPAN tidak diluluskan.

5. Banyak juga faktor² lain yang berubah seperti ujudnya sentimen kenegerian di Sabah, Sarawak dan Johor.
Kempen Shafie Apdal di Sabah harus diambilkira.
Umno juga dulunya dibantu Muhyiddin kini sudah berada di pembangkang dan tempatnya diambilalih oleh Zahid.

6. Setakat mana keserasian dan lancarnya kerjasama umno pas sangat sangat penting.

7. Kesepakatan yang jitu antara parti dalam PH sangat perlu untu menumbangkan BN+PAS.

8. Siapa yang gagal di 6 dan 7, risikonya sangat tinggi.

9. JASA anggap PAN dan BERSATU sekadar parti tumpang semangkuk tetapi lupa umno sendiri mengkuk hayun.

10. Perbezaan² ini akan banyak mempengaruhi keputusan PRU14 dan tidak sesiapapun boleh mendabik dada rakyat sokong mereka seperti sebelum ini.

11. Hanya parlimen dibubarkan dan PRU14 di adakan dapat mengukur sejauh mana kekuatan masing².





# Singkirkan dari minda anda umno itu melayu, pas itu Islam, SUDAH TAK BOLEH PAKAI.

Sunday, September 3, 2017

AMANAH DIUJI WANG DAN WANITA

3hb September 2017
CHERAS

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras. Disebabkan takut jem. Aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika. Ada sebuah dompet besar betul2 terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah,  tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim,  betulkah rumah ni?"

"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku.

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi ada bawa apa2 waktu pegi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya kearah saya penuh dengan tandatanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya, ya. yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."

Tanpa banyak bicara,  aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia tentang rancangan Tuan Haji ni."

Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada nombor handphonenya?"

Aku mengangguk lesu. Malu tapi mau. Mana tak maunya. Anak dia punyala cun. Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.

Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku. Katanya isteri ku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiranku. Apalah aku nak jawab.

Bagaikan halilintar membelah bumi. Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat.

Bang, bang. Abangggg bangun. Dah masuk maghrib ni.

Hari2 cerita politik pun boring gak.
😂😂😂😂😂😂😂😂

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

6ANGKA