Sunday, September 3, 2017

AMANAH DIUJI WANG DAN WANITA

3hb September 2017
CHERAS

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras. Disebabkan takut jem. Aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika. Ada sebuah dompet besar betul2 terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah,  tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim,  betulkah rumah ni?"

"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku.

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi ada bawa apa2 waktu pegi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya kearah saya penuh dengan tandatanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya, ya. yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."

Tanpa banyak bicara,  aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia tentang rancangan Tuan Haji ni."

Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada nombor handphonenya?"

Aku mengangguk lesu. Malu tapi mau. Mana tak maunya. Anak dia punyala cun. Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.

Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku. Katanya isteri ku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiranku. Apalah aku nak jawab.

Bagaikan halilintar membelah bumi. Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat.

Bang, bang. Abangggg bangun. Dah masuk maghrib ni.

Hari2 cerita politik pun boring gak.
😂😂😂😂😂😂😂😂

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

11 comments:

  1. kah×3 sakit perut aku yang boroi ni siot...

    ReplyDelete
  2. Ok..😍😍😍😘😡😡😜😝😜😝😜😝

    ReplyDelete
  3. Tp mmg la x amanah kalo bini kwn pun sapu ..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhh...itu cerita lama hang jgn dok ungkit lagi, nanti kecik ati bini tua aku.

      Delete
    2. hulog la bini tua dgn pink diamond ke atau busuk2 pun q7 ke gerenti ok la tu.

      Delete
    3. Hulog pala butuh apa, belanja aku pi menikah di siam pun aku pinjam dgn bini tua, aku kelentong kata nak tukaq timing belt keta.

      Delete
    4. Bila masa pulak aziz dan najib jadik kawan

      Delete
    5. apa!kelentong bini tua...la takot bini rupanya.hehehe..

      Delete
  4. Lega /darah tinggi pun stabil bila baca kisah2 sprti ni.

    ReplyDelete
  5. You got me there KD but, smile I did. Cheers dude!

    ReplyDelete
  6. Ni kenyataan racis...aku benci melayu! Saat aku tension kauorg buat lawak. Punya la aku baca,kantoi la pulak....HAHAHA
    Anyway tahniah bro!! Hidup tetap grand,jika tidak MENIPU DAN MAKAN RASUAH!

    ReplyDelete

6ANGKA