Thursday, November 2, 2017

BAJET 2018, APA YANG KERAJAAN NAK BAGI MACAM BERSUNGGUH SUNGGUH, MACAM IKHLAS, AMBIK SAHAJA LAH...

Tapi undi bagi pada PH..

Tengok sampai habis, orang cerdik berhujah..
Muliakan hari Jumaat...sunat dengar ucapan yang bagus-bagus,  muhasabah diri..



Hasil kerajaan majoriti datangnya dari cukai, duit rakyat, bukan duit poket Menteri...
Bajet Defisit...belanja lebih dari pendapatan..tak cukup kenalah berhutang.. Rakyat yang akan bayar... Macamana? Tambah cukai...






KALAU TAK BAGI TAK TERIMA RELAX LE...




Masih menekan ambiga untuk memberi lebih maklumat, maklumat apa? Kalau tiada yang menghulur dan tiada yang menyambut, kenapa perlu sawan dengan ambiga...

Zahid perlu tanya najib, adakah ini berlaku?
Jika ada, siapa yang berkemungkinan pecah lubang..

PAS juga tidak perlu sawan..
Saman je Husam untuk tahu lebih cepat siapa sumber mereka..


Semasa soalan 1MDB dikenukakan ke parlimen, Speaker nenegaskan ia tidak boleh dibincang kerana prejudice terhadap mahkamah di amerika ketika DOJ sedang menjalankan pendakwaan sivil..

Apakah ada puak ingin mendahului mahkamah london pula!!!!

Kalau nak cepat tahu, jalan terbaeekk ialah adakan pilihanraya segera, bukan setakat ambiga, ramai lagi yang nak buka cerita...

( ambiga bukanlah sembunyi tangan tetapi siapa yang memberi siapa yang menerima tanpa mengaku - merekalah sembunyi tangan) - tunggulah kalau kalau ambiga berbohong)

# bukankah puak ini selalu berkiblat kepada RPK untuk sumber maklumat.





Wednesday, November 1, 2017

SOMEONE MORALLY CORRUPTED

Soal etika dan maruah, apabila undang² dan keadilan tidak boleh ditegakan dalam diri sendiri, pada diri sendiri, bagaimana mungkin mahu diluruskan kepada orang dan pihak yang lain.

Cakap tak serupa bikin.

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, hakikat dia sendiri berjalan mengiring.

Soal peribadi jangan dikaitkan dengan jabatan, kalau hitam tetap hitam.
Siapa yang sabotaj jabatan, siapa yang kotor dan cemarkan nama jabatan (?) 
Cukup ke beralasan dan  menuduh tanpa bukti ada pihak memberi tekanan hakikatnya diri sendiri tidak bersih.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kenapa anda rasa masih layak untuk berada di situ sedangkan tahu anda sendiri morally corrupted untuk menjaga sebuah jabatan yang bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih.





: Apalah malangnya nasib bangsa dan negaraku.



JADI HAMBA DUIT

Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya, 
Duit tidak dapat menghiburkan hati, 
Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak, 
Duit tidak boleh mengganti ketenangan.
Duit tidak boleh membeli semua orang,
Duit tidak boleh menjual semua temberang,
Duit tidak dapat membuat semua orang sayang,
Duit tidak dapat meninggi integriti,
Duit tidak dapat meninggi harga diri,
Duit tidak dapat memaksa penghargaan,
Duit tidak dapat memaksa kepercayaan,
Duit tidak dapat memanggil penghormatan,

Akhirnya duit menjerumus kehinaan,
Rezeki bukan semata duit,
Taqwa bukan atas banyak duit,
Berbohong kerana duit,
Menipu kerana duit,
Melanun kerana duit,
Buruk akhlak kerana duit,
Pecah amanah gelap mata tengok duit,
Tamak haloba macam tak pernah tengok duit,
Akhirnya jadi hamba duit.

Mati pun kerana duit.

Tuesday, October 31, 2017

NAJIB ADA HISHAMUDDIN, ADA ZAHID, ADA KJ, ADA PANDI, ADA RPK, ADA BAJET TAKKANLAH TAKUT LAGI...



Ada rahman dahlan, salleh kruak, shahril, nazeri, annuar musa, tokpa, kunan, matmaselan, jamal jamban, noh udang, hadi awang, ada wang... Ada yang berani mati mempertahan najib..


AWAL PAGI MEMBUATKAN AKU KETAWA TERGULING GULING


You all baca lah dulu, nanti aku sambung tulis, nak ketawa dulu....
Ulasan dari seorang menteri apabila SR dedahkan siapa sumber mereka dalan kes Hadi vs SR. 

.......

1) Kes SR vs Hadi, Ambiga didedahkan sebagai sumber maklumat.

2) Antara Rahman Dahlan dengan Ambiga, siapa yang lebih bermaklumat?

3) Ini adalah kes SR vs Hadi berkaitan 90 juta. Ada tak umno atau Najib nafikan (?)

3) Ini kes SR vs Hadi, apa kaitan dengan 1MDB. Tak ada siapa pun kaitkan, kenapa Rahman Dahlan merujuk kepada 1MDB, kan dah kantoi...

4) Kenapa Rahman tergesa minta maklumat dari ambiga, bukankah itu mengganggu saksi dan menghina mahkamah.

5) Melengkspkan siasatan (???) Ini kerja polis, bukan kerja Rahman Dahlan.

Nasihat pada Menteri, janganlah hipokrik seolah tidak tahu perkara sebenar tentang 1MDB.

Jika PH berkuasa, mereka hanya memerlukan 100 hari untuk siasatan lengkap.

# Lain ditanya lain pula jawapan si lebai..



6ANGKA