Wednesday, November 22, 2017

KENA HALAU PUN DAH NANGIS, MACAMANA NAK JADI KERAJAAN.. ELOK BIARKAN JE PAS PERINTAH KELANTAN..

umno kelantan disaran bukan setakat boikot persidangan DUN akan datang tetapi boikot juga  pilihanraya, jangan bertanding.

Norzula yang menangis juga dianggap lakonan oleh Speaker mungkin ada kebenarannya.

Norzula dijangka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU akan datang kerana masalah kesihatannya.





Bila kena batang hidung bukan main rasa kejinya. Speaker Kelantan mungkin sekadar menjadikan Pandikar Amin idolanya.







Tuesday, November 21, 2017

BELAJAR DULU MERANGKAK SEBELUM BERLARI..

Dua cabaran utama Najib perlu tempoh sebelum dinobatkan pahlawan bugis...

1) Menang dua pertiga majoriti dalam PRU tanpa perlu salahkan tsunami cina atau bangsatkan melayu.

2) Menang jawatan Presiden parti dalam pertandingan dan bukanya atas laluan, ehsan atau alasan tidak mahu perpecahan.

Jika ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya, tak perlulah banding diri dengan Tun, umpama langit dengan bumi.

Orang bugis tak perlulah buat perhimpunan membantah, bukan setakat Tun, seluruh pelusuk dunia pun kenal dan tahu apa Najib buat.

Lebih baik gesa Najib membaiki diri supaya dunia tahu.





SUCI DAN BERSIHKAH HIDUP NAJIB DAN ROSMAH (?)


Sudah tentu yang hidup dengan dosa noda dan kotor adalah Tun Dr Mahathir (?)

Apakah itu mesej yang mahu disampaikan oleh pemimpin umno kepada rakyat (?)

Jawapannya:

Dan ini lah perbezaan yang akan dihitungkan oleh rakyat di PRU yang sedang ditunggu.

Ketika pendaftaran Pakatan Harapan dipersukarkan rupanya Najib sendiri dalam persukaran menentukan tarikh pihanraya.

Bagi pemimpin yang tidak amanah dan mengkhianati akhlak Rasullullah, kita doakan kemusnahan untuknya.

Aamiin.









Tidak siapapun percaya Tun Dr Mahathir mampu singkirkan Najib.







Tidak ada satu pun dalil dari Al Quran atau Hadis yang menyebut tentang situasi itu.












Kekuasaan tidak ada pada manusia.


# Syaitan dan iblis sendiri takut dan gentar ketika berhadapan dengan ayat suci Al Quran tetapi  manusia, mereka masih mampu ketawa dan persenda.




BUNGA² KEBENARAN PERJUANGAN PH MULA DIAKUI UMNO

Perancangan kerajaan memantau dan mengkaji semula harga petrol merupakan sebahagian dari perjuangan PH.

Malah kajian semula harga perol kepada yang lebih berpatutan memang sudah dijanjikan oleh PH dalam tempoh 100 hari jika menjadi kerajaan baru.

Terkesan dengan janji tersebut dan menyedari ia menjejaskan undi BN, kerajaan mula merancang tambahan subsidi.

Malangnya kerajaan hanya berbuat demikian jika paras petrol RM2.50 seliter berterusan 3 bulan..

Dalam ertikata lain paras harga tersebut sudah berada dalam perancangan untuk memeras dan mencekik rakyat sebelum kerajaan jadi prihatin menjelangnya PRU.

Dalam menghadapi kezaliman seperti ini sewajarnya NGO dan Persatuan Pengguna seperti PPIM merancang pemboikotan petrol di kalangan rakyat.

Persatuan pengguna wajar bergabung dengan suara  rakyat bagi menunjukan bantahan dan boikot secara besar²an.

Sudah sampai masanya PPIM membela pengguna dalam scale yang lebih besar.

Sudah tidak syak lagi gabungan parti dalam PH mempunyai perjuangan dan missi yang relevan dan  rapat dengan rakyat.


Tongas

Monday, November 20, 2017

PH KENA MUHASABAH DIRI

Walaupun dilaungkan pendaftaran PH belum diluluskan sebagai petanda Najub takut memang tidak diragukan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan ROS mempunyai sebab yang jelas untuk tIdak meluluskan.

Kekecewaan kerana Menteri Dalam Negeri tidak ada "di dalam" untuk ditemui dan kegagalan pihak ROS memberi jawapan awal kekurangan permohonan tersebut bukan patut dijadikan alasan, salahkan diri sendiri.

Semua pemimpin sebok "berpolitik" hingga lupa tugas tanggungjawab dan kerja yang perlu dibuat dan disempurnakan. 

Segala dan semuanya mahu bergantung kepada Tun hingga soal membuat susulan permohonan kepada ROS pun perlu tungu Tun. Apa tugas sekretariat dan setiausaha agung PH, goyang telor?

Begitu juga kegagalan PPBM mengujudkan cawangan, bahagian dan Mesyuarat Agung juga sangat mengecewakan. Kalaupun kecil dan tiada jutaan ahli itu bukan satu kelemahan.

Memang sudah ramai yang malas berparti tetapi sanggup memberi sokongan dalam bentuk lain.
Hatta perjuangan Tun sendirian melalui blog che det pun sudah mengoyangkan umno.

Apa Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung buat???
Apakah Muhyiddin dan Mukhriz masih "lembab" seperti di dalam umno dahulu..

Hakikatnya di PPBM sendiri musuh dalam selimut sentiasa berkeliaran dan mereka merupakan jerat yang dipasang dan tidak pernah melupakan mangsa walau sesaat.

PPBM boleh runtuh dan hancur bila bila masa sebelum PRU atas perancangan kuasa dan duit sekaligus merosakan ikatan  PH dan Tun akan dipersalahkan sepenuhnya.


Di PH sendiri masih ada puak yang merasakan mereka paling suci dan dewa untuk Tun minta maaf.. Mereka masih simpan dendam untuk salahkan dan burukan Tun.

Tak buat kerja, lengah dan lewat dalam memenuhi kehendak ROS juga satu pengkhianatan kepada perjuangan Tun dan pengkhianatan kepada harapan rakyat.






Ketidakstabilan pemimpin umumnya datang dari PPBM kerana sebahagiannya masuk ke parti tersebut atas kwcewa dan mereka inilah mudah disogok. Sangat sedikit berjuang atas keikhlasan dan kesedaran.

Teras sebenar PPBM adalah dari bukan ahli tetapi rakyat biasa seperti kami yang tidak ada kepentingan diri sekadar mahu melihat perjuangan nilai Islam seperti amanah dan akhlak terpacak di bumi Malaysia.


Asal bukan.ummo
Aamiin..


# Shahrudin akan disasat sebagai amalan biasa atas aduan 8 Ketua Bahagian PPBM Johor.

TAK CUKUP LAKI BERKEMPEN, BINI PUN CAMPUR KEMPEN JUGA, KUNCA LANA TUL PUAK NI...







Mungkin Rosmah boleh senaraikan siapa yang Najib sudah tolong tapi kini memfitnah (?)
Apakah termasuk Tun, Muhyiddin, Mukhriz dan Anwar.
Apa pula sangat bentuk pertolongan tersebut..

Bukankah Tun, Muhyiddin dan Mukhriz yang berusaha mengundurkan paklah dan memberi laluan mudah untuk Najib sebagai PM (?)

Bukankah Najib yang menghalang Mukhriz sebagai Naib Presiden semata mata mahu Hishamuddin menang Naib Presiden dan campurtangan Istana untuk menyokong (?)

Bukankah Anwar yang merestui Najib sebagai Ketua Pemuda menggantikannya (?)

Apa juga pertolongan Najib kepada wan azizah, azmin, lim kit siang, lim guan eng atau mat sabu kerana mereka juga membuat beberapa kenyataan realiti ke atas Najib.

Rosmah juga perlu senaraikan apa fitnah yang dibuat ke atas Najib dan dirinya (?)
Setakat mana mereka telus dan berani membuktikan  itu semua fitnah...bolehkah mereka menjemput SPRM datang ke rumah atau mengizinkan RCI (?)

Tidakkah Rosmah terfikir, bahawa Najib yang perlu berterima kasih dan terhutang budi kepada rakyat yang mengangkatnya menjadi PM dan isteri PM.
Tanpa rakyat bolehkah  mereka, laki bini hidup mewah seperti sekarang, boleh cukup ke dengan duit tabungan sejak kecil.

Jangan fitnah rakyat.

Sunday, November 19, 2017

DIPECAT PARTI SENDIRI




KEMASKINI SELINGAN:





POSTING ASAL:

Trauma dan dibimbangi sesiapapun tetapi ia boleh berlaku di mana sahaja, bila bila masa - perancangan Allah jauh lebih sempurna dan advanced.


Akhirnya Mugabe dan isteri dipecat dari parti pemerintah, juga mengakIri cita cita Grace, isteri Mugabe untuk menggantikannya.


Tali leher merah kesukaannya di saat saat akhir tidak mampu membantu mempertahankan diri dipecat oleh partinya sendiri.







6ANGKA