Dalam satu blog popular, satu saolan dilontarkan, Malaysia ada 14 Mufti kenapa seorang pUn tidak bercakap perihal 1MDB (?)
SEWAJARNYA 11 DARI MEREKA MENYOKONG KERAJAAN (!)
Siapa ulama..
Antara asas untuk dianggap seseorang itu ulama, ia tidak bergantung atau makan gaji, diupah..ini membolehkan dia memberii pandangan selari dengan hadis dan Al Quran dan bukan selari atas selera majikannya.
Ciri ciri ulama..search google.
Begitu juga kalau dia berpolitik, asasnya ada kepentingan kepada diri, puak, parti dan mereka² atau pihak² yang disokongnya.
Apakah asas itu boleh diterima?
Jika diterima, tidak dapat disangkal lagi, agak sukar mencari ulama di Malaysia kerana majoritinya tidak cukup syarat.
Yang ramai adalah mereka yang mengangkat diri mereka sendiri setaraf ulama atau yang digelar oleh puaknya sendiri.
Atas dasar itulah kita tidak ada seorang ulama pun yang sangat dikagumi dan dihormati sebagai pakar rujuk tulin yang telus.
Jika benar kita ada ulama, pewaris Nabi, sudah tentu kita bersatu dan berpenyatuan tetapi hakikatnya kini berpecah belah ditambah lagi fatwa seleweng.
Sultan Perak, satu satunya individu, walaupun bukan bertaraf ulama tetapi pandangannya menjurus kepada kebenaran pahit yang sedang berlaku di Malaysia.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-perak-tegur-pihak-calar-imej-islam-1.764881
Hari ini di youtube, pandai ugama bercakaran dan saling tuduh menuduh dan bagi pihak yang kehabisan hujah akan menuduh satu pihak lagi sebagai wahabi.
Dalam politik, pandai ugama cuba paksa rakyat terima pandangan dan versi mereka, bangkang dan tak setuju dituduh kapir, munafik, lgbt, sekular dan pelbagai lagi. Mereka menghukum !!!!
Rasululullah pun tidak buat kerja melabel dan menghukum kecuali jika mendapat wahyu atas sesuatu perkara.
Rasulullah sendiri tidak bermusuh dengan musuh sebaliknya menggunakan akhlaknya untuk kalahkan dan tawan mereka.