Friday, December 1, 2017

APAKAH ZAKIR NAIK SETARAF ULAMA

Dalam satu blog popular, satu saolan dilontarkan, Malaysia ada 14 Mufti kenapa seorang pUn tidak bercakap perihal 1MDB (?)
SEWAJARNYA 11 DARI MEREKA MENYOKONG KERAJAAN (!)



Siapa ulama..
Antara asas untuk dianggap seseorang itu ulama, ia tidak bergantung atau makan gaji, diupah..ini membolehkan dia memberii pandangan selari dengan hadis dan Al Quran dan bukan selari atas selera majikannya.

Ciri ciri ulama..search google.

Begitu juga kalau dia berpolitik, asasnya ada kepentingan kepada diri, puak, parti dan mereka² atau pihak² yang disokongnya.

Apakah asas itu boleh diterima?

Jika diterima, tidak dapat disangkal lagi, agak sukar mencari ulama di Malaysia kerana majoritinya tidak cukup syarat.

Yang ramai adalah mereka yang mengangkat diri mereka sendiri setaraf ulama atau yang digelar oleh puaknya sendiri.

Atas dasar itulah kita tidak ada seorang ulama pun yang sangat dikagumi dan dihormati sebagai pakar rujuk tulin yang telus.

Jika benar kita ada ulama, pewaris Nabi, sudah tentu kita bersatu dan berpenyatuan tetapi hakikatnya kini berpecah belah ditambah lagi fatwa seleweng.


Sultan Perak, satu satunya individu, walaupun bukan bertaraf ulama tetapi pandangannya menjurus kepada kebenaran pahit yang sedang berlaku di Malaysia.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-perak-tegur-pihak-calar-imej-islam-1.764881

Hari ini di youtube, pandai ugama bercakaran dan saling tuduh menuduh dan bagi pihak yang kehabisan hujah akan menuduh satu pihak lagi sebagai wahabi.

Dalam politik, pandai ugama cuba paksa rakyat terima pandangan dan versi mereka, bangkang dan tak setuju dituduh kapir, munafik, lgbt, sekular dan pelbagai lagi. Mereka menghukum !!!!

Rasululullah pun tidak buat kerja melabel dan menghukum kecuali jika mendapat wahyu atas sesuatu perkara.
Rasulullah sendiri tidak bermusuh dengan musuh sebaliknya menggunakan akhlaknya untuk kalahkan dan tawan mereka.

17 comments:

  1. Nak tahu seseorang itu ulama atau tidak tengok hujah2 dia lah......................cross check dengan ulama2 lain sama.
    Ada juga ulama yang takut berdebat.............main kata kat orang, pandangan orang tidak mahu dengar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cross check, double, triple, quadruple, endless check pun penting.
      Tapi yg paling penting ...
      Kalau dia bisu,buta,pekak pada kelakuan mungjar nyata, maka SAH la itu Ulamak kulit kambing.

      Delete
    2. Setuju ulama dedak namanya

      Delete
  2. Andaian zaman akal masih aktif....

    8 dec.
    Jalan raya sekitar PWTC dipenuhi 150k pelajar2 UITM dari seluruh pelusuk tanah air.
    Mereka sgt berdisiplin, dan beratur sepanjang 20km dari Tol Duta, sejak 2 hari lalu.
    Ini berikutan pihak UMNO membenarkan pelajar2 menjentik hidung KuNang palsu sebanyak seorang sekali shj.
    Kemelut Slow Learner dianggap selesai.
    Sebagai imbuhan jasanya, UMNO akan menanggung kos hantar KuNang utk plastik surgery hidung diKorea selama 2 minggu utk baiki kesan jentik.
    Sekian lapuran JJ.
    Mykemut
    cc Haramkah

    ReplyDelete
  3. Kikiki

    Standard macai penakut pd kebenaran?
    Dimana islam andainya kita sendiri menghina agamawan dn ulama sebagai tidak layak.. So.. Siapa yg layak? Agenda kafir meghina agamawan dn ulama ulama islam diperjuangkn kini oleh umat islam itu sendiri. Apakah kita harus bangga dgn keislaman kita bila sudah tiada lg agamawan atau ulama dizaman ini? Tergamaknya kita ini hingga sanggup "skrew" agamawan dn ulama kita sebagsi tidak layak dn tiada lg..

    Apa yg tinggal utk islam dizaman ini..

    Jgn pengecut bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kah tidak ada percanggahan dalam mana2 agama?
      Bukankah sudahpun berlaku pelbagai sect2, dalam semua agama?
      Bukankah sudah nyata terbukti berlaku sehingga berbunuhan,mahupun dikalangan Khalifah2?
      Betulkah umat Islam seharus terus taat tunduk, semacam ternakan didepan mungkar yg nyata?
      Bila saluran musyawarah sudah tertutup,penyampaian tinggal sehala. Maka bukan kah screw itu susah jadi lumrah, malah mungkin wajib?
      Bukankah usul 1003 sudah memjadi emotional ,religious blackmail agar musyawarah boleh bantutkan pengunaan akal?
      Bukankah Akal juga anugerah yg Allah mahu manusia gunakan?
      Bukankah ada peringatan, akan ada ulamak berbulu kambing?
      Masih hendak wajibkan ketaatan , walaupun palsu penuh kyusuk
      retorik?

      RENUNG2KAN LAH BETUL2 1003, dan jawap balik. Berilah pencerahan dan bukan gelapkan keadaan.

      Jgn buta bhaii.

      Delete
    2. 1003, ko nak usulkan versi Isle Catho. Dimana Ular ala Pope, aka Brahmin suci muci?
      Ko.ni betul sket.

      Delete
  4. "Agenda kafir meghina agamawan dn ulama ulama islam diperjuangkn kini oleh umat islam itu sendiri."

    Teringat khutbah imam camni "saya ingin memperingatkan diri saya dan umat islam sekalian..."

    Maksudnya, pandang diri sendiri terlebih dahulu sebelum peringatkan orang lain.

    Tetapi adakah benar ucapan dilaksanakan?

    Berlainan pula sekor macai 10.03, jika tidak ikut haluan nya, maka otomotik kena cop agenda kafir.

    Bertaubatlah macai....

    ReplyDelete
  5. YES ZAKIR NAIK SATU SATU NYA ULAMA TERSOHOR DI DUNIA INI...

    ZAKIR NAIK BUKAN SAJA HAFAL DAN TAHU MAKNA ALQURAN HADIS DLL.... KITAB VEDA.. BIBLE.. INJIL..TAOISME... ZOROSTRAIN... PUN ZAKIR NAIK TAHU DAN HAFAL DI MANA MAINSTREAM ZAKIR NAIK ADALAH "COMAPRISON BETWEEN ISLAM & OTHERS".... THE KEY WORDS IS "COMPARISON"... BERBANDING DRNGAN PUAK PLURALIST MURTAD SPT ALJUBOORI LEBIH PADA "UNDERSTANDING" "DIALOUGE" DAN "INTERFAITH" ....

    KEY WORDS PLUAK PLURALIST... LIBERALIST.. IALAH " INTERFAITH".... ZAKIR NAIK KEY WORDS IALAH " COMAPRISON"....

    INJ YG DI TAKUTI OLEH PUAK PLURALIST MURTAD DAN ZIONIS EVANGLISTA DAN TERRORIS HINDU...

    KALAU SETAKAT CERAMAH BERNYANYI NYANYI.. LAWAK LAWAK BODOH.... PENCERAMAH NI BERSEPAH SEPAH DI MALAYSIA... LEPAS CERAMAH MAKAN SENTAP SEDAP TU RAMAI PENCERAMAH BOROI... GAOUT... SAKIT JANTUNG... KOLESTROL DARAH TINGGI.... PENCERAMAH MASYUK SAMBIL LAWAK GELI GELI DAN SEDIKIT SOAL UGAMA...PALING LAMA 2 JAM DAN AUDIEN TIDO MENGUAP PANJANG...

    ZAKIR NAIK BOLE BERHUJAH 5 JAM TANPA HENTI.. KLU SETAKAT PENCERAMAH DI MESIA BOLE SETAKAT LAYAN GELI GELI AJER....

    JANGAN MARAH DAN SELAMAT BERAMAL



    ...... INI KALI LAH.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg senang nak menabur label, Tapi mmg susah nak define inti maksud yg subjektif tanpa prejudis.
      Bagaimanapun, tidakkah juga tepat dan manis jika ayat diperkemas spt (*penambahan dlm bracket)
      KEY WORDS PUAK PLURALIST... LIBERALIST.. IALAH " INTERFAITH (COMPARISON)".... ZAKIR NAIK KEY WORDS IALAH "(INTERFAITH) COMAPRISON"...

      418, Jika dibuka lensa orejudis, ko tgk...sama atau tidak?

      Dengan ikhlas
      ...SELALU KALI LAH...

      Delete
    2. SIAL PUNYA KOMEN... YG X ADE DIADAKAN.. MANA ADA (INTERFAITH) COMPARISON....

      "COMPARISON" SAHAJA....

      TENGOK PUAK PLURALIST LIBERAL MURTAF DAH MULA NAK FLIP FLOP....


      BERAMBOSSSS.......!!

      Delete
    3. 806,
      tgk...ko dah lenting.
      Guano mu nak buat kajian, kalu lensa tu lekap kt biji mato?
      Ok cuba sekali lagi. Jgn jadi Sliw Learner.
      Apabila Comparison dibuat terhadap Faith lain, maka itu adalah syumulnya dinamakan INTERFAITH COMPARISON.
      Ok, tarik nafas 7 kali, jgn lenting...ok cuba semula.

      Delete
    4. MY COMMENT IS "COMPARISON" ONLY
      AND TAK PAYAH NAK ADA ADAKAN YG TAK ADE...

      ALAHAI PUAK PLURALIST MURTAD TIPU DAYA KAMU NNPK LICIK .... TAPI RAKYAT DAH TERANG LAGI BERSULUH...AGENDA PLURALIST MURTAD. .. LIBERAL LGBT DAN GAY...

      BERAMBBOSSSS. ...

      Delete
    5. 842,
      Tgk. Tembak segala maki. Ko ni mcm Najib- Haram Jadah, Bangsat, Kapla Bapak hapo lagi la.
      Ok, back on track.
      Ko ckp COMPARISON.
      Aku tanya balik elok2,
      For Allah SWT 's sake,
      COMPARE (COMPARISON of) WHAT?

      Take it easy, chill,....ok, cuba lagi.

      Delete
    6. 842, aku tunggu lama ko tak balas. Takpa mungkin ko terlipa. Takpa, sambil cari idea tu cuba lah COMPARE perkataan
      INTER vs INTRA.
      FAITH vs BELIEF.
      Insyaallah, kita dpt tingkatkan ilmu sama2.

      Delete
  6. Sdr KD,

    Saya telah membaca keratan akhbar yang dikepilkan di dalam entry dan bersetuju 100% dengannya. Daripada penulisan itu saya mengatakan bahawa penulisnya memang benar seorang hang jujur dengan ilmunya.

    Untuk mencapai taraf 'ulamak' bukan mudah sebab banyak cabang ilmu yang perlu dikuasai. Tapi masyarakat awam di akhir zaman ini dengan mudah sekali melabel sesetengah lulusan agama sebagai ulamak. Lebih membuatkan masyarakat menjadi haru biru adalah golongan yang mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ulamak seperti menjadi ahli Dewan Ulamak dan Persatuan Ulamak dan masyarakat kemudian turut mengiktiraf 'keulamakan' mereka itu hanya disebabkan keahlian mereka.

    Sesetengah orang bangga dipanggil ulamak tetapi apabila diletakkan satu kitab turath (kitab lama) seperti Al-Um, Bidayatul-Mujtahid ataupun Asyabah-wan-Nazhoir dan diminta mereka membaca, mereka tak mampu pun untuk baca dan baris pun diletakkan berterabur. Nak terjemah pun terkial-kial. Kalau kitab turath tak mampu dibaca bagaimana pula boleh bergelar ulamak?

    Kalau mampu baca dengan baik dan mampu terjemahkannya itu pun tetap belum cukup syarat menjadi 'ulamak'.

    Itu baru terma ulamak pada ilmunya, belum lagi pada sifat rabbani. Pada zaman dahulukala di kalangan ulamak sendiri pun wujud ulamak yang tidak robbani. Walaupun ilmu mereka hebat tapi sikap mereka tidak selari dengan ilmu.

    Disebabkan itulah Imam Al-Ghazali menulis 'ihya' u'lumuddin' yang bermaksud 'menghidupkan ilmu agama (dalam diri)' kerana melihat wujud orang-orang yang punya ilmu agama yang tinggi tapi penghayatan agama yang kurang.

    Di akhir zaman ini, walaupun saya berpegang bahawa ulamak (pada ilmunya) sudah tidak berbaki, tapi golongan robbani (orang-orang yang dekat dengan Allah), masih wujud. Ada di antara mereka ahli agama dan ada di antara mereka bukan ahli agama dan bahkan ada yang hanya bertaraf melukut di dalam masyarakat tapi hakikatnya mereka robbani di sisi Allah.

    Robbani atau tidak seseorang itu hanya Allah dan dirinya sahaja yang punya ilmu yang pasti. Sesetengah orang menganggap diri mereka sudah robbani hanya kerana ilmu tertentu atau ibadah tertentu padahal mereka belum mencapai tahap itu dan bahkan ada yang sebaliknya mereka berada jauh dari petunjuk. Mereka hidup di dalam kemurkaan dan kesesatan sedang mereka menyangka sebaliknya.

    فَلا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

    "Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu itu suci, Dia lebih mengetahui siapa di kalangan kamu yang bertaqwa' (An-Najmu : 32).

    فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ ۗ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

    Segolongan di atas petunjuk dan segolongan lagi nyatalah mereka di dalam kesesatan. Mereka mengambil syaitan menjadi wali-wali mereka selain Allah sedang mereka menyangka mereka berada di atas petunjuk" (Al-A'raaf :30).

    Bersahabat dengan syaitan? Fikirkan betul-betul terma itu. Ada petunjuk di dalam ayat 30 surah Al-A'raaf di atas.

    Kalau betul ikhlas dan bersungguh-sungguh mencari petunjuk Allah in shaa Allah petunjuk itu akan tiba. Tapi kalau matlamatnya ialah habuan duniawi seperti kemasyhuran, dedak dan seumpamanya, maka mana mungkin petunjuk itu akan datang. Ikhlas dan bersungguh-sungguh in shaa Allah akan menemui apa yang dicari. Ia janji Allah yang pasti.

    وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

    "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh kepada Kami (Allah) nescaya kami akan tunjuki jalan kami itu". (Al-Ankabut : 69)

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Zakir Naik?

    Maaflah, saya tak mengiktiraf dirinya sebagai ulamak. Bahkan saya tidak akan mengikutnya pun.

    Saya tidak berminat untuk bercakap tentangnya di sini tetapi memandangkan saudara KD membangkitkan nama ini di dalam entry dan saya telah memberi komen di atas maka saya perlu juga memberi komen saya ini walaupun tidak berminat dengannya.

    Benar ilmu berbandingan agamanya tinggi dan apabila melihat ceramahnya di bawah tajuk ini ia memang hebat.

    Tapi kalau disiplin ilmu Islamnya maaflah. Saya pernah melihat video ia mengatakan Allah berada di atas langit. Ini benar-benar sesuatu yang tidak pernah wujud pada zaman salaf iaitu 300 tahun hijrah.

    Ahlussunnah waljamaah punya dua Imam yang diakui muktabar oleh semua ulamak sezamannya dan kedua-duanya lahir pada zaman salaf. Mereka ialah Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi.

    Kedua-dua imam ini telah menegaskan 'Allah wujud tak bertempat' dan 'Allah tidak berjisim'. Mengatakan Allah duduk di atas langit adalah bertentangan dengan akidah para ulamak ahlussunnah di zaman salaf.

    Dakwaan bahawa 'Allah duduk di atas langit' adalah fikrah baru yang wujud kemudian daripada zaman salaf dan bertentangan dengan kaedah takwil ke atas Allah selaku robbul-jalil dan i'rab bahasanya sebagai lafdzul-jalaalah.

    Demikian juga kaedah usul fiqh pegangan Zakir Naik iaitu 'kalau ianya Bagus, ia akan didahului (oleh Nabi dan sahabat) padanya' (lau kaana Khair lasabaquuna fiih), ia juga tidak ada asal usulnya di dalam mana-mana mazhab fiqh yang empat yang diiktiraf seantero dunia.

    Dua kaedah ini iaitu usuluddin dan usul fiqh pegangan Zakir Naik wujud ratusan tahun selepas itu dan menyebabkan perpecahan dalam masyrakat.

    Ia juga adalah pegangan ISIS / Daesh yang menyembelih golongan yang tidak mahu mengakui dua kedah ini.

    Ihdinas-sirothol-mustaqim.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...