Sunday, December 10, 2017

ADA "DAP" DALAM BN


TERKINI:

TUN dedahkan negara kerugian forex 160B di era najib 2013-2015 akibat kejatuhan matawang ringit.

FITNAH KE NI (?)

Tun hanya dedahkan..ini adalah laporan rasmi Bank Negara !!!

........

Posting awal:



Sebok benar umno kutuk DAP hingga terlupa ada "DAP" dalam BN yang menikam dari belakang.. 

Dan ada along bagi pinjam...

Sebok benar kutuk Tun, tetapi terlupa ada ahli umno yang akan berubah arah.

Semuanya kerana pucuk pimpinan, pemimpin negeri dan bahagian sebok dengan tembolok sendiri..Akar umbi mereka angguk tetapi sedang memerhati...

Kalau nak denial, hibur hati sendiri, siilaakaan..







Banyak lagi cerita perwakilan selepas balik dari perhimpunan, tapi biarlah kudis itu menjadi bisul dan barah buat umno..takkan aku nak dedah pula.

Saturday, December 9, 2017

KEJAHILAN BERPOLITIK: MALAYSIA AKAN LEBIH MAJU DAN ISLAMIK KALAU MAHATHIR DIHINA....!!!???.




Perwakilan, ahli umno dan rakyat menyaksikan perhimpunan yang penuh kejahilan ilmu dan sokong menyokong kemungkaran.

APA SALAH SAYA PERLU MOHON MAAF PADA SULTAN SELANGOR - ZAID

JAMAL DITANGKAP POLIS - Itulah insiden yang sedikit "jantan" mengakhiri PAU berbanding dengan ucapan pemimpin kanan umno yang lain.

Ucapan penggulungan Presiden pula hilang fokus..





















# Najib sedar dia akan ditentang dilondeh dan kecundang jika Presiden dipertandingkan !?


Friday, December 8, 2017

DAH TENAT, KENAPA TAK PAPARKAN SENDIRI...


Ada yang tanya tak nak sentuh ke ucapan  Presiden penutup PAU..

Secara ikhlasnya aku sendiri tak ambil pusing bila mula bila tutup, siapa berucap siapa nangis siapa buat lawak.. 

Kecualilah kalau aku ada sedikit masa percuma, aku belek² kalau ada isi yang berbeza...

Seperti juga komen maki hamun, aku rasa ucapan yang tak sekolah atau emosi terganggu sahaja yang akan bercakap terjerit jerit.. Bersemangat biarlah diterjemahkan dalam bentuk "action" dan "amanah".

Sehari dua ini mungkin keluaran utusan, nst sedikit meningkat, itupun kerana diberi percuma sepanjang PAU.
Jumlah penonton tv3 pun adalah meningkat sedikit.

Selepas PAU, semua ini akan merudum.

Untung lagi anwar dan hadi, bila sakit, bila tenat, PM dan TPM serta isteri datang melawat, sebok benar tv3, utusan dan nst laporkan..

Tetapi apabila sendiri sakit, sendiri tak laporkan dan tiada pun siapa yang sudi melawat.

Cuma dipercayai dana di pam masuk setiap bulan untuk menampung segala kos..sampai bila (?)

Pukulan pembangkang dan pengaruh Tun setakat ini bukan sahaja mampu menumbangkan umno tetapi sekaligus menutup media yang jadi lemb.....

KENAPA TUN LAYAK PM SEMULA (?)




Satu penjelasan terbaaeekk..

http://tukartiub.blogspot.my/2017/12/gua-sudah-jelas.html?m=1
Apabila bekas musuh memberi pandangan - ia sangat signifikan.






Perkara utama adalah PH menang..
Tun PM semula adalah bonus tambahan..dijangka tidak lama, sekadar penyusunan semula...
Anwar wajar diberi peluang memantapkannya lagi..
Sebelum diserahkan kepada yang lebih muda..

Jika selepas ini, puak sana meroyan sakan..sah lah pemilihan Tun PM semula adalah tepat.

Kekuatan bukan sekadar ada ramai ahli, banyak bahagian dan banyak cawangan tetapi lebih penting pemuafakatan, persefahaman dan satu hati.
Strategi + mode rakyat terkini mampu menewaskan kemungkaran.


Thursday, December 7, 2017

PRU14 ADALAH MASA DEPAN..... # Zaid dijulang umno..

Masa depan siapa (?)


Bukan soal masa depan Tun..dia pun sudah berwasiat.

Bukan soal masa depan Najib..jerat tak pernah lupa mangsa.

Bukan soal masa depan zahid dan hishamuddin..apakah mereka meneruskan polisi keleptokrasi..

Bukan masa depan lim kit siang..PM tetap Melayu

Bukan masa depan Anwar..tetap dibebaskan.

Ini adalah masa depan rakyat ...Najib bukan sekadar bertanding lawan pembangkang tetapi lawan rakyat.


Kakitangan kerajaan adalah sebahagian dari rakyat dan mereka paling dekat dengan kerajaan.

Mereka lebih tahu siapa yang paling celaka !!!

Sebahagiannya mempunyai pengalaman berurusan terus  seperti SPRM, BNM, ROS, LHDN, PDRM, AGD, KASTAM dan lain lain..






......



# umno terperangkap dengan jerat sendiri dan kantoi.
Zaid Ibrahim bukanlah satu nama besar sangat tetapi hari ini popular dan mula mendapat tempat di hati rakyat gara gara umno memartabatkannya...


Ini isu antara Zaid dan Sultan Selangor, pihak Istana perlu membuat laporan polis dan bukannya melibatkan parti politik yang akhirnya memberi political mileage kepada zaid, pucuk dicita ulam mendatang.

Wednesday, December 6, 2017

ULANGKAJI... MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DI TANGAN YANG SALAH.


KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA OLEH HARAPAN ADALAH BERKETEPATAN

Sudah beberapa kali disebutkan di blog ini, belum lagi khatam...

Untuk jadi pahlawan bugis yang tidak dicerca, dipandang tingi, mulia lagi di hormati...
Untuk parti dan diri dilihat berintegriti, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mantan PM terdahulu...

Najib perlu dipilih menjadi Presiden parti secara pertandingan dan
Menang majoriti dua pertiga di PRU14...

Kalau gagal, Najib sekadar standard paklah atau lebih teruk dari itu...

Standard kemampuan inteligensi yang Najib tunjukan sebagai seorang PM sangat rendah mutunya sehingga boleh dianggap sesiapapun boleh menggantinya bila bila masa.


Slogan Malaysia lebih baik tanpa Najib ada betul nya.


# Dilaporkan media umno seperti tv 3/4, berita harian, utusan dan nst mengalami renjatan susutan kewangan yang sangat tenat.
Jika najib tangguhkan lagi pru selepas Januari 2018...umno sudah boleh ditalkinkan lebih awal dari masanya.


6ANGKA