Tuesday, January 2, 2018

MUSUH UMNO..DEPAN MATA

Pencalonan semula Tun sebagai PM sangat menggugat umno. Itu mampu menyebabkan PH bukan sahaja menang tetapi menang besar dan yang kalah besar adalah umno.

Pencalonan semula Tun sebagai PM akan mengkucar kacirkan kesetiaan ahli umno kepada Najib..
Rakyat juga akan lebih yakin dengan PH.
Track rekod kejayaan 22 tahun adalah sandaran Tun kepada rakyat dan ia tidak mudah dipadamkan sekadar pembohongan dan fitnah yang cuba dilakukan terhadap Tun.



Segala cubaan perlu dibuat atas dua perkara terkini terbesar..
Membatalkan pendaftaran BERSATU atau tidak meluluskan  pendafaran PH dan 
Menggagalkan usaha mencalonkan Tun sebagai PM semula.

Jika kedua-duanya gagal dihalang, umno akan menerima malapetaka besar.

KJ SANJUNG TUN



Apa kata Kj...

https://www.bnbbc.my/ketidaktentuan-politik-jika-rakyat-pilih-pembangkang/

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1424033

Klik link dan bacalah.. Nilai tahap pemikiran sayap pemuda regim najib.

Apa yang mahu diulas adalah keyakinan umno bahawa PH mampu menang dan membentuk kerajaan baru - itu sesuatu yang cukup penting sebab Kj pernah memberi amaran supaya umno tidak memperkecilkan keujudan BERSATU dipengerusikan Tun.

Atas keyakinan itu Kj cuba menggambarkan pencalonan Tun sebagai PM akan menggugat kestabilan politik kerajaan baru PH hingga menakutkan pelabur - sekali lagi Kj menggambarkan kemampuan Tun mengemudi PH membentuk kerajaan baru.

Tidak pula Kj sebut atau sedar bahawa di kalangan pemimpin kerajaan baru, mereka berebut rebut menamakan pemimpin² kerajaan lama yang korup untuk ditangkap, disiasat, didakwa...
Bukankah nama Kj juga bakal disebut pada kes korup Kementeriannya sendiri dan adakah itu yang sebenarnya ditakuti (?)

Jika sikorup dan pengkorup dibersihkan, apakah itu akan menakutkan pelabur (?)




Monday, January 1, 2018

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BERSATU TIDAK SAH (?)

Begitulah yang dianginkan oleh beberapa suara termasuk yang keluar dari BERSATU dan mereka menggesa ROS bertindak.

Antara sebab yang dikatakan tidak sah adalah berkaitan cawangan dan bahagian yang belum atau tidak mengadakan mesyuarat agung cawangan.

Agak sukar untuk dipercayai PAT itu tidak sah memandangkan mereka mempunyai beberapa peguam dan cerdik pandai undang² untuk memberi nasihat pandangan.

Dari carian google juga tidak kedapatan hujah² bernas atau ulasan berhubung PAT yang tidak sah.

Adakah ia sekadar suara iri hati melihat BERSATU tetap kukuh dan segar sedangkan umno sudah dilayang kad merah.






Sunday, December 31, 2017

PERMULAAN YANG BAIK ANTARA UMNO DAN PAS

Mukaddimah 2018, umno minta nyawa dari pas.





PAS berada dalam kedudukan terbaik untuk "membuli" umno.



DI HARI PERTAMA 2018: DIMANA LANDASAN KITA (?)






PENUTUP TIRAI 2017 KEMAAFAN DENDAM TERINDAH - TUN

Kemaafan dendam terindah, itu aku yang kata, bukan Tun.

Bagi yang mahu Tun minta maaf, sudah terkabul. Tetapi sudah tentu bukan mengikut versi anda.

Yang tak puas hati - biasa.
Yang spin - itu memang kerja dia.











Saturday, December 30, 2017

BERSEDIALAH KAMU KU NAN..

Langkawi, kubang pasu dan puterajaya adalah tiga tempat yang dicadangkan kepada Tun untuk dipertandingkan di PRU akan datang. Sudah tentu jika di Kedah ia akan menjadi momentum tawan Kedah dan jika di Puterajaya, ia akan lebih bermakna dalam missi membentuk kerajaan baru.

Bagi saolan PM sementara?
Tun menegaskan tempohnya 5 tahun kecuali ada sebab² kesihatan tidak mengizinkan.
Sekaligus ia boleh dianggap menolak gagasan selain dari itu.
Ketegasan sebegini sangat penting kerana sebuah kerajaan baru perlu diyakini rakyat dan menggerunkan lawan.

PM sementara hanya akan ditertawakan dunia lebih lebih lagi kalau syarat itu dikenakan kepada seorang arkitek negara, seperti anak ayam mahu mengajar itik berenang.

Jangan jadi bangang.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...