Kiris dalaman dalam PKR bukan perkara baru, sesama mereka bercakaran. Ezam orang luar yang membuat kenyataan menyokong azmin sebagai PM tidak lebih dari agen provokasi khas dari regim yang menyusup.
Keinginan azmin untuk menjadi PM sangat bagus, ia bukan sekadar kerana sokongan orang kuatnya tetapi harus datang dari komponen yang lain juga.
Peliknya juga bukan pada komponen lain tetapi pada PKR sendiri, mana nak letak wan azizah dan anwar (?)
Begitu juga dengan AMANAH, yang tercucuk dik provokasi PAS yang sering memperlekehkan mereka.
Di BERSATU dan DAP sendiri lambat laun akan ada suara sumbang kedengaran.
Oleh itu apa juga suara yang keluar dari komponen Pakatan Harapan terutama jawatan dan kerusi sekadar masih dianggap ribut dalam cawan.
IA HANYA SATU PERMULAAN YANG TERBAIK TETAPI MASIH BANYAK LAGI ISU YANG AKAN MELALUI PERUNDINGAN MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN HINGGALAH KE TARIKH MENGUNDI.
Kalau ada yang meroyan di luar komponen, itu tugas mereka.















