Wednesday, January 10, 2018

SIAPA NAK SELAMATKAN UMNO (?)

MUKADDIMAH AWAL: Jangan main main dengan Pakatan Harapan - no wonder umno takut.




Dalam keadaan umno sendiri tidak pasti mereka boleh menang atau kalah di PRU14, umno masih ada hati nak bercakap soal nak menyelamatkan Melayu dan Islam (?)

UMNO bukan pembangkang, sebagai kerajaan, tugasnya melaksana, bukan berikrar berjanji macam baru nak dapat kuasa.

Sepanjang era paklah hingga najib yang meliputi 15 tahun sepatutnya sudah banyak perkara tentang Melayu dan Islam dimartabatkan dan jika ianya benar terlaksana sudah tentu orang Melayu dan Islam akan mempertahankannya, menyanjung dan menatang seperti minyak yang penuh, tak perlu rayu.

Tetapi apabila tv3 siaran tak laku, utusan malaysia gersang pelanggan - bukankah itu antara petanda umno sekarang sedang ditolak oleh bangsanya sendiri...

Adalah lebih baik pemimpin umno bekerja keras dan fokus kepada saki baki yang masih support selamatkan umno di PRU nanti....daripada buang masa berhujah kosong nak selamat Melayu dan Islam sefangkan peluang sudah dibeti berulangkali.

Cash is king, jangan yakin sangat.




JAWAB IKUT SAOLAN

Baik Menteri atau pemimpin terutama pecacai, belajar dari Rafizi macamana menjawab saolan dengan baik dan sempurna supaya mudah difahami.

Bukan lain yang ditanya, lain dijawab..
Bila minta bukti... Habuk pun tak ada.





# Ini satu lagi pemimpin yang rakyat suka, berkata benar dan memahami persoalan.



INI JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG FITNAH TUN


Mereka yang berjuang di atas kebenaran berusaha dan merancang kemenangan.
Samada kalah atau menang, mereka tetap mendapat ganjaran pahala dan kebaikan.

Kerajaan yang zalim, samada mereka menang atau kalah, mereka tetap dalam dosa, kerugian dan dimurkai Allah dan Rasul.

Wallahua'alam.

# Walaupun berbeza parti, musuh tetap hormati dan segani atas kebenaran...


# Bukan sekadar difitnah...



Tuesday, January 9, 2018

SEBUT DAP, MELAYU KECUT..

Tak berani puji walaupun pada perkara yang baik..
Takut berdosa kot....
Takut kena kutuk kot....
Rasa tak beriman kot..

Yang handal..
Benci 100%..semua perkara
Prasangka 100%..semua buruk semua negatif..
Sendiri takut..kemudian takut² kan orang lain..

DAP itu siapa sebenarnya..
Sekeliling kita..
Jiran kita..
Kawan kita..
Tauke kedai..
Majukan kita..
Termasuklah...
Yang kita terima rasuah dari mereka..
Yang kita korup bersama..
Yang kita kayakan mereka..

Banyak lagi..

10 orang cina, 9 sokong DAP..



PEMUDA AMANAH DAN DAP POLITIKNYA JELAS

Pemimpin umno berbulu kali ini dengan Jamal:







Di momok sebagai abang long, di tuduh dominan, di fitnah lim kit siang bakal PM, apapun peringatan DAP kepada komponen wajar membuka mata.



Pembahagian kerusi, yang dapat tu belum tentu menang..

Akhirnya semua kena buat kerja untuk menangkan calon Pakatan Harapan.

BERSATU mempunyai tanggungjawab berat kerana majoriti 52 kerusi adalah lubuk umno, majoriti pengundi melayu.

Keberangkalian calon BERSATU menang tidak lebih 10 kerusi kecuali ada isu besar dan tsunami Melayu - keberanian sebegitu selayaknyalah Tun mengepalai perang pilihanraya kali ini.



Saolan provokasi media regim najib untuk memerangkap lim guan eng tentang pembahagian kerusi dan pecalonan Tun tidak kesampaian apabila dijawab secara bijak.









PETANDA UMNO AKAN KALAH MUNCUL DEPAN MATA..

Ramai pemimpin dan menteri umno mula membuat ramalan masing² tentang apa yang akan Tun lakukan selepas PH menang PRU dan nobatkan Tun sebagai PM ke7...

Dari pemimpin dan menteri mereka sudah ke arah menjadi nujum. Jelas mereka sangat yakin umno tertiarap kali ini.

Hakikatnya mereka yang rapat dengan najib pun tak tahu dan tak boleh ramal tarikh parlimen dibubarkan tiba tiba boleh pula ramal apa yang Tun akan lakukan.

Inilah mentaliti sakit yang ditunjukan oleh mereka.

Hakikatnya pemimpin yang ada sekarang dulunya patut menuntut ilmu dari Tun tetapi lebih berebut jadi pengilat kasut Tun, jadi apalah sangat yang mereka tahu tentang membina negara.
Mereka lebih tahu hanya tentang politik mencuri wang rakyat.

Monday, January 8, 2018

PEMIMPIN UMNO DAN BN TAHAN SELERA DAN KEMPUNAN NAK TUKAR PM

Bukan tak ada calon yang lebih bersih dari Najib seperti zahid, hisham, ku nan dan kj..apakan daya siapa yang berani bersuara.
Dari awal lagi jawatan "Presiden" dibeku dari pertandingan.
Demokrasi sudah mati di BN.

Suka atau tidak kenalah juga "yes" walaupun satu dunia sedang ketawakan umno yang diwakili kleptokrasi sebagai PM.

Ini tidak berlaku dalam PH, PM dipilih oleh majlis presiden.

6ANGKA