Parti hanyalah simbol, wakil rakyat dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan kepada parti atau pemimpin parti...
Jika rakyat mahu ubah dan tukar kerajaan sekarang ianya bukan mutlak sebab simbol parti atau pemimpin parti tetapi atas apa yang ditawarkan kepada rakyat...
Najib tawar pembangunan seiring dengan tambah hutang dan kos saraan hidup yang tinggi...
Rekod terburuk Najib - persepsi kleptokrat yang masih gagal di bersihkannya...
Tun tawar pembangunan disertai bayar dan kurangkan hutang, 0 gst, penurunan kos sara hidup..
Rekod terburuk Tun.. Faktor usia dikatakan tidak sesuai..
Sudah tentu jika rakyat bijak, pilihlah apa yang mereka tawarkan..
Bandingkan pengurusan Najib 10 tahun mengemudi negara dengan Tun yang menguruskan negara selama 22 tahun..
Yang "bercakap" adalah akhlak dan pencapaian mereka.
Sudah tentu PAS bukanlah pilihan..begitu panjang kalau mahu di detailkan di sini kenapa mereka hanya sekadar pilihan terakhir..
Bermula dengan berdolak dalik soal menamakan calon PM, Tidak berhasratpun menubuhkan kerajaan kecuali berharap pada teori nasib dan cukup kabur apa yang mereka mahu tawarkan secara lengkap dan tiada barisan kepimpinan yang meyakinkan untuk menguruskan negara.