Thursday, January 25, 2018

PERJUANGAN SUDAH SELESAI



Sebagai orang biasa, tiada kepentingan apa-apa, menulis tanpa dedak kecuali sedikit saguhati dari google rasanya sudah sampai masa untuk mengundur diri.

Sebagai jemaah umno yang sudah bermufarakah dengan kepimpinan, rasanya sudah selesai, susulan menolak sebarang jawatan di PRU.

Tiada yang kekal, tiada yang menang, menang semua, tiada yang kalah, kalah semua.
Yang bimbang ialah dosa berterusan tetapi diharap lontaran memperjuangkan kebenaran mampu menimbus dosa-dosa.

Perjuangan selesai bukan bernoktah atas kemenangan yang dipacak tetapi melihat musuh sudah hilang kata-kata, musuh sudah mengaku kemungkaran, silap dan salah.

Bagi musuh kecil dedakian yang degil, mereka sedang menipu diri mereka sendiri. Apabila kata-kata kebenaran dan nasihat sudah sampai tetapi mereka tetap mahu berpaling - kita serahkan sahaja pada Ismu Zat.

Kini mempertahankan perjuangan yang sudah selesai merupakan perjuangan yang lebih getir kerana musuh di hadapan samada benar-benr insaf atau sebenarnya sedang bersekutu dengan raja iblis menyusun strategi baru.




Wallahua'alam

# Bagi merek yang selesai membaca tetapi tiba-tiba datangnya api kebencian dan marah, tinggi phd nya - berhati hatilah, anda sedang dikuasai iblis laknatullah.


SALAM JUMAAT




Gambar yang mustahil disiarkan tv3 dan utusan..

PEMBUKTIAN KORUP ANTARA MAHATHIR DAN NAJIB

Sewajarnya sudah lebih 10 tahun Mahathir tiada kuasa, kurang wang dan selayaknya naik turun mahkamah puluhan kali atau keluar masuk penjara belasan kali kalau BERDASARKAN pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh regim suci najib dan hadi.

Sudah berulangkali juga Tun cabar dirinya diheret !!!!!!

Malangnya sifar, kosong,  tin kosong, semuanya fitnah besar regim desperado.
Mereka sangka tuduhan itu mampu menutup salahlaku mereka dan masalah rakyat akan selesai.


Bagi Najib... Ketika dirinya berkuasa, dia dituduh dengan pelbagai istilah dan salahlaku tetapi Najib tidak gunakan saluran mahkamah bagi membersihkan diri.....hasilnya - ramai yang sedang menunggunya hilang kuasa !!!

Ketika Tun sedang menuju hampir puncak perjuangannya, Najib baru saja memulakan langkah pertama ke arah situasi yang cukup getir...

Ko guano adik kakok..

Wednesday, January 24, 2018

JUTAAN RAKYAT DAHULUI NAJIB



Pengakuan najib 1mdb gagal dan lemah menunjukan najib dan seluruh kepimpinan umno angkuh dan bongkak ketika jutaan rakyat sudah memberitahunya 3 tahun yang lalu..

Malah sudah begitu ramai yang "terkorban" semata mata najib dan kepimpinan umno mahu menegak benang yang basah.


Apakah najib masih tidak mahu mengaku tentang kegagalan gst dan penarikan balik subsidi petrol antara punca utama peningkatan kos sara hidup.

Bagaimana dengan isu felda, fgv, penjualan asset negara kepada China dan banyak lagi. 

Termasuk pembohongan fakta sebenar 2.6B yang masuk dalam akaun peribadi.

Semua pengakuan itu boleh dimaafkan dan dilupakan  rakyat dengan SYARAT berundur sekarang dan bersedia mempertahankan diri melalui undang².

Tuesday, January 23, 2018

FELDA PERLU KELUAR DARI BAYANGAN NGERI NAJIB, SHAHRIR DAN ISA SAMAD......


http://shahbudindotcom.blogspot.my/2018/01/benarkah-tanah-felda-telah-hilang-buat.html?m=1

PH manifesto to make special commitment to Felda settlers, Indians

The Malay Mail Online

Post 1MDB and Malaysia: what future can we have - Tiada pembaharuan langsung di Barisan Nasional

UNDI Dr Mahathir untuk perubahan, bukan kerana anda menyukai beliau, kata Azmi Sharom.
Di sebuah forum hari ini, pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya itu berkata beliau faham mengapa rakyat Malaysia bersikap sinis ketika bekas pemimpin Umno itu dicalonkan sebagai perdana menteri.
“Saya tak kata supaya jangan undi pebangkang, saya tak kata mereka silap apabila memilih Dr Mahathir, tetapi saya akan tetap undi mereka kerana jika anda mahukan perubahan, anda tidak boleh ada kerajaan sekarang,” katanya selepas forum “Post 1MDB and Malaysia: what future can we have” di Kuala Lumpur hari ini.
Azmi telah dijemput bersama bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai masa depan.
“Kalau anda mahu undi kerajaan, sudah tentu itu hak anda, tetapi kalau anda mahukan perubahan, maka anda tiada pilihan. Tak kiralah apa yang anda (atau saya) fikir tentang Dr Mahathir,” kata Azmi.
Mengimbas semula pilihan raya Indonesia pada akhir 1990-an, Azmi berkata rakyat negara itu mengundi parti calon (Bacharuddin Jusuf Habibie) yang sama mereka gulingkan.
“Tetapi,Indonesia sekarang satu-satunya negara demokrasi yang berdaya maju di Asia Tenggara. Demokrasi mereka terselamat… untuk mengambil langkah pertama bagi memilih kerajaan pilihan mereka.
“Kita belum pernah mengambil langkah pertama itu kerana kita tak pernah ubah apa-apa.
“Jadi ya, ibarat menelan kaca, tetapi apa pilihan yang kita ada selain menelannya? Kita akan kekal di takuk sama.
MalaysianInsight

Monday, January 22, 2018

EKONOMI NETIZEN SESAK RAMAI JADI PONTIANAK...







Kesian puak pecacai berpenat nak cover bangkai gajah..

DENGAR PUAK LOBAI SEMBANG, LEMBU PUN BOLEH TERBANG...



Kalau tutup mata, dengar mereka ni sembang, lembu pun boleh terbang..
Hakikatnya, dari sumber yang sedang diviralkan mereka bakal merantau hingga ke Kelantan untuk ehsan menang dengan memperkudakan calon tempatan dan memperbodohkan akar umbi.

Jika mereka ditolak di kawasan sendiri, kenapa ahli dan penyokong tempatan Kelantan jadi mangsa untuk dikorbankan.

Apapun biarlah urusan cemas dan celaru itu mereka sendiri selesaikan. Akhlak buruk pentingkan diri sudah tentu makan diri.



Mana datangnya nak menang 40 kerusi kalau semua pakat² lari ke Kelantan.

6ANGKA