Wednesday, January 31, 2018
Tuesday, January 30, 2018
SELAMATKAN AKIDAH DAN WALA
( Gambar: Pemain Pahang kena kad merah.. )
Perkembangan dari masa ke semasa kalau ibarat main bola, hanya tinggal 10 minit sahaja lagi game akan tamat, PH dah MENDAHULUI 2 - 0, permainan dikuasai sepenuhnya oleh PH walaupun lefri dan linesman berat sebelah. Penonton kalau tidak dikawal sudah tentu terjun ke padang keroyok pengadil.
Apapun PH nak menang secara BERSIH, pihak lawan memang sengaja cari pasal, diletaknya striker jamban main kasar, provoke..gagal, sendiri cedera ditumbuk pengadil.
Kapten pasukan di akhir akhir game pun dah angkat bendera putih, PH jangan terperangkap, ini semua auta malaun, terus main, berhati hati.
Baki 10 minit banyak perkara boleh terjadi, pihak lawan yang sudah ketinggalan untuk menang atas padang, sangat sukar.. Kena dilakukan luar padang.
Kena susun 1001 srategi do or die, batalkan pendaftaran PH, kena batalkan pendafaran pemain, rasuah pemain PH supaya jaringkan gol sendiri, upah lobai jampi, upah penonton supaya merusuh, game tangguh 6 bulan, keputusan digantung..
Berhati hatilah dengan pemimpin² mereka, sambil² PH perlu menyedarkan penyokong bahawa menyokong membuta tuli boleh menjejaskan akidah dan iman kerana dosa subahat sama dosa dengan melakukannya.
Bagi sesetengah penyokong, sedarlah mereka sudah dikafirkan sebelum ini, apakah mereka mahu dikafirkan kali kedua oleh puak yang sama...
Dan bagi sesetengah penyokong jangan pula wala berlebihan dan melampau kepada manusia, lebih lebih lagi kepada yang mungkar dan munafik, lain cakap lain buat...
Jangan sampai menggadai nyawa pasang bulan nak setinggi bulan sedangkan pemimpin hanya memerhati jauh dari dalam kereta mewah lagi dingin.
Balik ke pangkal jalan
KECOH SETAGHO MANO
Kecoh untuk pastikan PH tawan N9 - Tidaklah seperti didustakan oleh puak pecacai regim najeeb...
Perhatikan, kenapa Mat Sabu disuruh duduk semula di kerusinya dan apa objek yang dibaling kepada lim guan eng, dengar ucapannya... oleh beberapa pemuda sebelum sempat dia duduk.
Monday, January 29, 2018
ORANG KELANTAE KEBULUR KE KALAU NAJIB TAK BANTU...KENA JAWAB TU ADIK KAKOK
Sehari Najib di Kelantan tapi kata-katanya berbekas...terpulang le kepada adik kakok lagu mano nak ghoyak balah...
JAWAPAN PALING TEPAT MESTI DATANG DARI RAKYAT KELANTAN, BUKAN DARI KERAJAAN NEGERI ATAU DARI NIK AMAR - tidak pasti samada pas pusat sudah memberi apa apa komen tentang kenyataan Najib itu atau hanya akan membiarkan untuk ditelan rakyat Kelantan.
Kata Najib, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dana yang disalurkannya kepada Kelantan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion sahaja.
Sebaliknya, kata beliau, sejak 2006 hingga tahun ini, dana yang disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan adalah berjumlah RM14.69 bilion.
"Negeri defisit macam Kelantan ini, kalau tiada sumbangan daripada kerajaan Pusat, mereka nak bayar gaji pun tak mampu.
"Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan kepada Kelantan. Nak undi atau tak undi, itu hak mereka tapi kali ini undi kitalah.
“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naiklah sikit.
“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, inilah kita baik hati,” demikian antara kata-kata Najib sambil tertawa kecil.
Sunday, January 28, 2018
DENGAR MOLEK² DEH...
Bercakap perkara benar tak perlu jadi PM atau Menteri atau Presiden atau Calon PRU atau lobai atau ostat, jadi orang biasa2 pun boleh bercakap, loud and clear...
“Semua orang seperti ingat saya kecewa dengan Kevin Morais. Apa bukti yang kamu semua ada, tunjukkan. Adakah saya pernah mengugut sesiapa? Tidak,”
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Seorang pakar patologi tentera yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, tiga tahun lalu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada sebab untuk dia menyakiti mangsa.
Dr. R. Kunaseegaran, 55, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes berkenaan berkata, dia tiada sebab untuk berbuat demikian biarpun Kevin Morais adalah timbalan pendakwa raya bagi kes rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Kunaseegaran berkata, Kevin Morais hanya melaksanakan tugas sebagai pihak pendakwaan dengan baik dan banyak membantunya dalam memudahkan urusan melibatkan kes rasuah tersebut.
“Kalau kata saya gembira dia dakwa saya, sudah tentu tidak. Tetapi saya sudah guna undang-undang untuk membela diri saya.
“Saya biarkan peguam bercakap bagi pihak saya. Saya tidak pernah cakap apa-apa pada Kevin Morais dan saudara-maranya,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakilinya berhubung teori dia begitu marah dengan Kevin Morais yang mengendalikan kesnya di Mahkamah Shah Alam.
Perbicaraan hari pertama peringkat bela diri itu yang bermula tenang bertukar sedikit tegang apabila saksi tersebut mula beremosi dalam memberi keterangan berhubung teori berkenaan.
“Semua orang seperti ingat saya kecewa dengan Kevin Morais. Apa bukti yang kamu semua ada, tunjukkan. Adakah saya pernah mengugut sesiapa? Tidak,” katanya dengan nada menjerit sebelum ditenangkan oleh peguamnya.
Dia kemudian berulang kali memohon maaf kepada mahkamah dan berkata dia berada di dalam penjara selama dua tahun setengah dan berasa sangat tertekan serta tidak berniat untuk memarahi mana-mana pihak.
Hakim Datuk Azman Abdullah turut menasihati pakar patologi itu supaya bertenang dan menjawab soalan yang ditanya dengan baik kerana semua keterangan akan direkod.
Saksi pembelaan pertama itu juga mengulangi pendirian yang sama ketika pemeriksaan semula bahawa dia tidak pernah melihat Kevin Morais sebagai musuh dan berharap mendiang pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat ketika mendengar berita kehilangannya.
Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam sesi pemeriksaan balas, Kunaseegaran tidak bersetuju dengan pihak pendakwaan yang mencadangkan hanya dia mempunyai motif untuk membunuh atau mengupah individu bagi berbuat demikian.
Selain Kunaseegaran, empat penganggur, R. Dinishwaran, 26; A.K. Thinesh Kumar, 25, M. Vishwanath, 28, S. Nimalan, 25, dan pemberi pinjaman wang, S. Ravi Chandaran, 47, didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No. 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.
Tertuduh-tertuduh terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mayat Kevin Morais ditemukan di dalam sebuah tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok.
sumber utusan online
Saturday, January 27, 2018
CACAT CELA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG..
Pengiktirafan tersebut menjadi kayu pengukur kejayaan kerajaan negeri Pakatan Harapan menyelenggara kewangan dan infrastruktur negeri, demi kemaslahatan rakyat terbanyak; walaupun ditohmah dengan pelbagai tuduhan berbaur perkauman dan agama.
Terbaru, negeri Pulau Mutiara itu menggondol tempat teratas dalam Indeks Akauntabiliti Laporan Ketua Audit Negara 2016.
Selain memiliki hutang kerajaan negeri yang paling kecil dalam negara sebanyak RM66 juta setelah mengurangkan jumlah hutang sebanyak 90%, kerajaan negeri turut berjaya menambahkan aset rizab daripada RM 849 juta pada 2008 kepada RM 1,828 juta pada akhir 2016.
Penambahan aset rizab sebanyak hampir RM1 bilion ini adalah jauh lebih cemerlang jika dibanding dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Ekoran kejayaan yang bertali arus ini, wujudlah dakwaan kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengambil habuan berjumlah RM73.61 juta daripada perbelanjaan negeri.
Sebenarnya Laporan Audit idak pernah menyatakan bahawa wang ini disonglap oleh mana-mana pihak ataupun hilang. Sebaliknya ia masih dalam akaun kerajaan negeri dan tidak pernah dipindahkan ke mana-mana akaun swasta.
“Adalah tidak benar dakwaan pihak tertentu bahawa RM73.61 jtua telah hilang atau disonglap oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” kata Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Sarul Bahiyah.
“RM73.61 juta daripada jumlah perbelanjaan terlibat telah diselaraskan kepada Akaun Amanah Jabatan Kewangan Negeri (JKN),” tambahnya bagi mengambil kira komitmen pembiayaan untuk projek-projek kerajaan negeri.
Ini termasuklah pinjaman RM70 Juta kepada PDC untuk tujuan membiayai kos pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur dalam menggalakkan pembangunan yang seimbang di kawasan Seberang Perai.
“Pinjaman kepada PDC telahpun dijelaskan oleh PDC pada 23 Ogos 2017, dan kini sifar tanpa sebarang pinjaman yang dihutang kepada JKN kerajaan negeri,” tambah beliau.
Selain itu sejumlah RM3.61 juta selebihnya yang diselaraskan kepada Akaun Amanah JKN ialah untuk pembiayaan 24 projek kecil yang merangkumi projek-projek Penyelenggaraan Perumahan Maksima 80:20 bagi perumahan swasta kos rendah dan sederhana rendah, projek arkeologi Guar Kepah dan pembiayaan program-program pendidikan.
Daripada 24 projek terlibat, 12 projek telah dapat disiapkan setakat ini dalam tahun semasa 2017 dengan jumlah perbelanjaan RM637,821.51. 12 projek selebihnya adalah dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
“Jabatan Kewangan Negeri juga ingin mengesahkan kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa premium tanah dalam akaun amanah JKN bukanlah hanya premium penjualan tanah tetapi juga merangkumi premium tukar syarat tanah dan premium melanjutkan tempoh pajakan tanah kepada 99 tahun.
“Sejak 2008, premium tanah hasil penjualan tanah kerajaan negeri adalah RM939 juta,” jelasnya lagi.
Daripada jumlah hasil jualan tanah ini iaitu sebanyak RM939.2 juta, RM500 juta diberikan kepada PDC untuk Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik untuk membina rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik kepada golongan bawah.
# Keberangkalian dan kemungkinan umno akan mengajak DAP membentuk kerajaan baru selepas PRU14 bukan mustahil jika BN dan PH keduanya tidak menang dua pertiga majoriti mudah.
# Keberangkalian dan kemungkinan umno akan mengajak DAP membentuk kerajaan baru selepas PRU14 bukan mustahil jika BN dan PH keduanya tidak menang dua pertiga majoriti mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dalam perundingan, untuk memuaskan hati semua pihak ia harus ujud tidak puas hati pada semua pihak - itulah kesempurnaan sebuah perundingan ...
-
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
-
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...





