Rais Yatim mengaku antara yang terawal (2013) bertanya dari sudut undang² tentang 1mdb kepada Ghani Patail dan seterusnya kepada Apandi, Zahid dan Najib sendiri. Pertanyaan tanpa menghebohkan kepada dunia.
Tetapi apabila dibuat kenyataan (masih dalam kategori bertanya) secara terbuka, tersentuh Jolo, sesuatu yang dipantangi, melompatlah tali barut mempertahankan..
Mereka fikir, tindak balas mereka menyerang Pahlawan Minangkabau membantu Pahlawan Bugis, nyata meleset. Hari ini Rais Yatim mula bercakap secara terbuka. Lebih kurang sama kronologinya seperti yang Tun lakukan dulu dan sekarang.
Jika tanpa disangka Rais Yatim mempunyai minat keraguan tentang 1mdb, sudah tentu ramai lagi mempunyai situasi yang sama, secara mudah orang² seperti ku li, rafidah aziz, samy vellu, ghani othman dan banyak lagi mempunyai sense yang sama.
Mungkin selepas ini ada lagi yang terbangkit terjolok untuk bercakap.
Kata Rais lagi, Zahid berjanji untuk mengemukakan soalan Rais kepada Najib, tetapi tak tahu apa sudah jadi?
Rais juga bertanya secara langsung kepada Najib, apa jawapan Najib? NAJIB TIDAK JAWAB.
Nazri Aziz apabila ditanya tentang pertikaian Rais, secara sinis Nazri (ini pun jenis lain ditanya lain dijawab) menyatakan Rais berdendam kepada Najib kerana tidak melantiknya Menteri punah (penuh)
Jawapan Nazri ada logiknya, Najib hanya perlu melantik pemimpin² yang bangang sahaja seperti nazri di dalam kabinetnya. Yang cerdik pandai macam Rais, Mukhriz, Muhyiddin, Shafie, dan lain² tidak diperlukan.
Kesilapan Raiis, dia patut bertanya apa juga soalan kepada pecacai, pendedak dan talibarut di sini, di blog ini. Mereka serba tahu, pakar ubah tiang gol, juara kepada lain ditanya lain dijawab.











