Friday, May 11, 2018

PAS MENGOTAKAN JANJI


PEMBEBASAN AWAL ANWAR MESTI DILIHAT DARI PELBAGAI SUDUT TERMASUK NEGATIF...

Kerajaan baru diketuai Tun,  seluruh dunia tahu ia sengaja disukarkan dengan beberapa percaturan dalaman sehingga pada mulanya dijangka 9.30 pagi tetapi diheret hingga 9.30 malam dengan penuh dramatik,  dan percayalah ia belum berakhir. 

Grandmaster design dan konspirasi percaturan kuasa masih berjalan dengan menggunakan sentimen emosi,  balas dendam dan mahu mencuri keperwiraan lebih lebih lagi yang akan diseret ke muka pengadilan adalah jerung besar dan tangan² di belakangnya yang akan menjadi sejarah pendedahan korupsi dan skandal terbesar negara dan dunia. 

Kerajaan baru masih di kelilingi oleh mereka² yang menyokong dan mendukung kerajaan yang ditumbangkan. Musuh yang nyata dalam selimut yang sama. 

Wang bukan masalah,  cakap sahaja berapa kerana ini adalah missi do or die. 

Pembebasan Anwar dari jangkaan awal dan begitu mudah, samada  ia boleh mengganggu rentak kelancaran yang sudah diatur atau menguatkan lagi? 
Dalam kedudukan "sudah menang" ada juga kelak yang merasa "itu sebab aku" atau "itu sebab kami"..bisikan syaitan sangat mudah. 

Ada motif untuk berlaku tarik tali keras yang akan  mencetuskan api perebutan dan perbalahan yang boleh terganggunya sebuah kerajaan baru yang lancar. Musuh sedang menunggu di pintu luar untuk masuk menunggu "signal".

Itu hanyalah satu mainan mimpi di siang hari tetapi perlu satu perhatian utama. 

Realitinya, setakat ini, jika tidak berlaku apa² perubahan drastik,   Wan Azizah adalah wirawati yang patut dinobatkan kerana bersikap budiman menolak tawaran sebagai PM dalam usaha terakhir musuh meminggirkan Tun Mahathir, ini juga menyelamatkan negara dari huru hara dan ketidaktentuan. 

RCI KELEWATAN SPR MENGUMUMKAN KEPUTUSAN PRU DAN KELEWATAN ANGKAT SUMPAH PM WAJAR DIDAHULUKAN DARIPADA SEMUA SIASATAN.

Thursday, May 10, 2018

JIKA UMNO DIBUBARKAN, SABAH, PERAK, KEDAH, PAHANG, PERLIS AKAN DIKUASAI SEMULA..

Li






Seperti yang dikatakan Tun sendiri,  sebelum lagi menjadi PM,  beliau sudah pun mempunyai penyusunan agenda untuk menguruskan negara sebaik sahaja mengambilalih kerajaan terutama spa yang dijanjikan dalam 100 hari. 

Tubuhkan kabinet baru dan singkirkan Ketua Jabatan harus menjadi keutamaan. Dalang² ini lah yang berperanan membantu kemungkaran pemimpin umno. 1mdb dan jho low harus ditangani apabila kerajaan mempunyai maklumat yang lebih lengkap sebelum bettindak. 










# Wassap ini keluar dalam group umno. 
Sekadar peringatan : Mana2 pejabat yang masih gantung gambar PM lama, sila turun cepat2.. Giler ape gantung gambar ketua Pembangkang..😅

KEMENANGAN BERTINGKAT TINGKAT

Banyak untuk dipaparkan,  antaranya... 





ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR

Syukur di atas kebesaranMu Ya Allah.



Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 hari ini sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.

Mahathir dipilih sebulat suara sebagai Perdana Menteri oleh presiden parti dalam komponen Harapan selepas parti itu menang 122 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dalam Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Selain isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kesemua pimpinan tertinggi Harapan yang terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu hadir dalam majlis tersebut

            *ALLAH SELAMATKAN TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH



GRASSROOT UMNO SUDAH MULA MENUDING JARI KEPADA KEPIMPINAN BAHAGIAN NEGERI DAN PUSAT SEBAGAI SOMBONG RIAK TIDAK BOLEH DI TEGUR DAN KORUP SEBAGAI PUNCA UMNO TEWAS TERUK..

Ada yang sedar dan ada yang belum sedar bahawa parti mereka berkemungkinan besar dibubarkan oleh ROS dalam masa terdekat dan jika berlaku,  semua yang menang di PRU atas tiket BN akan gugur secara otomatik dan pemenangnya adalah calon yang mendapat undi kedua terbanyak. Majoritinya adalah calon PH.

Itu antara satu versi pandangan.

Jika umno masih bernafas,  jumpa lagi 2023.


6ANGKA