Dan jam tangan mahal juga untuk dibahagi bahagikan kepada asnaf?
Wednesday, May 23, 2018
APA IMEJ PENJAWAT AWAM DAN PERKHIDMATAN AWAM ERA NAJIB, KENAPA ALI HAMSA MASIH DI SITU?
SPRM atau PMO juga patut melihat peranan yang dimainkan olehnya sepanjang Najib berkuasa sebab kelibatnya, arahannya, dasarnya dan apa sikapnya perlu diambilkira apabila Penjawat Awam ditekan oleh kuasa politik.
Adakah dia juga melanggar Rule of Laws atau lebih tepat jika ada sedikit sebanyak bersekongkol dengan salahguna kuasa dengan regim najib, perlu disingkirkan. Kesetiaan harus pada negara bukan individu.
Bukan sahaja ali hamsa, ada satu dua pegawai lagi pegawai kanan SPA dan JPA yang turut berbau ugutan kepada lakitangan kerajaan.
Pernahkah mereka memaklumkan secara moral dan benar kepada semua penjawat awam bahawa undi adalah rahsia.
Kalau ada yang sanggup bertukar, melarikan diri, meletak jawatan demi negara, kenapa Ali Hamsa masih terpacak di situ malah turut bersukaria ketika rakyat dan pegawainya dalam tekanan?
Jawapan kepada kaki fitnah "menstabilkan"
Tuesday, May 22, 2018
ALHAMDULILLAH SATU DEMI SATU MULA DISIASAT..
Kerajaan baru yang dulunya pembangkang sering menuduh pemimpin umno dan bn korup perlu memastikan tuduhan² tersebut ada asas, bukan semata mata palsu dan umpan untuk menang PRU.
Jefrey Kitingan, Musa Aman, Azeez Baling sudah dalam siasatan selain Najib.
Masih begitu banyak di luar sana bebas mewah.
MASIH LAYAK KAH MELAYU JADI NO. 1
Pengalaman di era Najib dan hasil serbuan di rumahnya walaupun belum tahu secara terperinci dan ditambah pula lagi dengan story Ketua Pesuruhjaya SPRM uang baru, sesuatu yang diluar jangkaan dan terfikir pula masihkah layak Melayu menerajui negara?
Di mana adab Melayu dan Islam kita?
Di mana adab Melayu dan Islam kita?
BUKAN SETAKAT NAJIB, JANGAN BIARKAN MEREKA YANG LAIN BEBAS DAN MEWAH...
Sesuatu yang rakyat jangan cepat terpedaya tentang kekalahan BN adalah sekadar kekalahan parti dan mereka² yang hilang jawatan.
Tetapi tidak seorang pun dari mereka termasuk pemimpin² di peringkat bahagian tiba² miskin di atas kekalahan tersebut.
Menyorot sejarah, berdasarkan ucapan Ku Li, setiap Ketua Bahagian disogok ketika isu panas melanda umno dan ketika Mubyiddin dipecat. Semua KBU dipanggil dan dikumpulkan..
Bukankah secara terbuka beberapa Menteri dan Ketua Bahagian membuat pengakuan secara terbuka?
Menjelang PRU setiap Bahagian juga diperuntukan "jutaan" tanpa had asalkan boleh mendatangkan kemenangan..
Lazimmya tidak sampai separuh dibahagi bahagikan untuk jentera pilihanraya... Lebihnya?
Kerajaan sekarang tidak wajar fokus kepada dua tiga kepala penyamun sahaja kerana ratusan lagi juga menikmatinya secara haram.. Dan duit itu sebahagiannya akan digunakan untuk bangkit semula dan serang kerajaan.
Mulakan siasatan dengan bekas PM, bekas TPM, setiap bekas Menteri, setiap bekas Timbalan Menteri, setiap bekas MB, setiap Ketua Jabatan yang berkaitan dan ramai lagi...
Tidak wajar penjenayah² ini dibiar bebas mewah.
LEPAS *BUGIS TAKKAN NAK DIGANTI DENGAN *JAWA TOTOK
Kekadang penyamun belum lagi dibuktikan di mahkamah sebagai penyamun sudah boleh dipanggil penyamun - mahkamah rakyat.
#How about rosyam nor or mat over? And dont forget AAA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...