Sunday, June 3, 2018

KJ SESUAI SEBAGAI PRESIDENT UMNO.. PANDANGAN TUN M? / THIS IS MYPM

Siapa ada link atau info untuk mengesahkan tajuk di atas? 








Undang² bukan sekadar suka² ditulis,  tetapi kena diamalkan dihormati dan dipatuhi,  nobody above the law,  tak perlu manipulasi. Terang lagi bersuluh. 

Tidak ada krisis jika semua pihak faham dan menghormati. 

Tun adalah PM pilihan rakyat melalui pilihanraya,  yang mengawalnya adalah undang² dan bukan ikut telunjuk sesiapa. 

Itulah tujuan pilihanraya, sokong selagi dia tidak langgar pada mana undang² atau salahguna undang² atau menghalang mana undang².



Perlantikan AG (should be the best AG)  bukan cap budu adalah untuk keperluan undang² negara dan jauh samasekali untuk berpolitik atau perkauman. 





APA ISI KANDUNGAN SURAT TANDATANGAN NURUL IZZAH






KITA ADA DUA SAHAJA..

Sedang diviralkan perpecahan dalam PH dan penubuhan kerajaan baru pkr+pas+umno disokong Istana. Penubuhan berjaya berdasarkan angka. 

Sekali lagi,  tidak dapat tidak, jika berjaya, yang korup akan terlepas dan cash is king masih bermaharaja lela. Ada sesiapa boleh tolak faktor tersebut. 
Kaji watak² yang ujud di parti² tersebut. 

Kerajaan yang ada sekarang sudah diwartakan,  untuk membubarkannya bukan lagi pakat² sesama parti dan serbu Istana negara untuk angkat sumpah sebagai PM. Ia kena dibuat menerusi parlimen,  undi tidak percaya kepada kerajaan atau lebih tepat undi tidak percsya kepada PM. 

Adakah ia akan semudah itu. 

Apa faktor dorongan kepada penubuhan kerajaan baru

Siapa² yang paling terdesak untuk penubuhan kerajaan baru

Ini ada dalam manifesto? Siapa yang langgar? 

Tidak dapat tidak, faktor perjuangan "peribadi" adalah agenda utama. 

Katakanlah berjaya,  semua masalah selesai? 

Apa pula manifesto kerajaan baru ni? Tak ada?  Tak sempat buat? 

Siapa pula ketua pembangkang di parlimen yang akan dihadap? 


Saturday, June 2, 2018

RASA RINDU PULA DENGAN JAMAL YUNUS DAN MUSA.... AMANKAH MEREKA

Iklan

Kadang² aku ketawa kecil sendirian bila memikirkan pelbagai ragamnya bloggers,  penganalisa politik,  pemimpin.. Begitu juga dengan pelbagai jutaan tulisan di media sosial lain.. Dalam dan luar negara,  melontarkan idea dan pandangan masing²..

Kalau semua itu Tun perlu ambilkira, hingga ke hari ini tiada satu keputusan pun dapat dibuat.. 

Bagaimanapun secara bijaksana,  keputusan Tun dalam banyak perkara mendapat sokongan rakyat. 

Penolakan cadangan AG baru oleh Majlis Raja² bukanlah satu masalah besar,  kerajaan perlu ada pertimbangan semula dengan nama² yang lain atau terus tegas dengan apa yang sudah dirancang.. Akhirnya sama²lah semua pihak patuhi rule of laws semasa. 

Meraikan kebebasan bersuara,  King of Dedak juga lebih mudah tersentuh memberi beberspa pandangan..Tidak pula kedengaran suara² panglima yang menyokongnya seperti dulu. 





RAFIZI PERLU BERHENTI JADI BUDAK SURUHAN / MOHON TUN LANTIK JADI MENTERI DI POSISI STRATEGIK / Penjelasan Anwar Meleset




Penjelasan Anwar tidak meyakinkan... 


SETAKAT MANA PENERIMAAN ANWAR DAN MUHYIDDIN MENGENEPIKAN CITA² PERIBADI SEBAGAI PM DENGAN MEMBERI LALUAN PADA AZMIN

KENYATAAN MEDIA
31 Mei 2018

GANDINGAN NIK NAZMI DAN SYED SADDIQ

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengenengahkan anak-anak muda yang berpotensi untuk menganggotai kabinet.

Kolaborasi anak muda dan mereka dan mereka yang berpengalaman adalah perlu untuk mencapai kata maksud bagi memacu Malaysia kearah negara yang lebih berdaya saing.

Gabungan idea dan tenaga orang muda bersama pengalaman orang lama, mampu melahirkan kekuatan khususnya dari sudut pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan selayaknya diberi peluang menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Umum mengetahui kementerian ini dahulu diterajui oleh Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaludin.

Isu penyelewengan dana 100juta melibatkan pegawai Kementerian Belia dan Sukan adalah satu bukti kelemahan urustadbir KJ dalam menerajui kementerian tersebut.

Justeru selayaknya kedudukan ketua pemuda umno itu diganti dengan ketua pemuda pakatan harapan. 

Memandangkan pengalaman beliau sebagai setiausaha politik, timbalan speaker dan exco kerajaan negeri Selangor, tentunya beliau berupaya mengetuai kementerian belia dengan lebih baik.

Manakala Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula wajar diketengahkan sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Seorang anak muda yang segar dengan idea-idea bernas, tentunya gandingan beliau bersama Nik Nazmi mampu memperkukuhkan peranan belia di negara ini.

Saya yakin gandingan mantap ini akan berjaya mengangkat peranan belia ke satu tahap yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Justeru itu sudah sampai masanya Pakatan Harapan mengiktiraf peranan anak muda dengan mengangkat mereka yang layak untuk berada dalam kabinet.

Sekian.


SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Pen. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Nasional
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Selangor


200% sokong

Friday, June 1, 2018

MAD HASSAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG HAMPIR TEPAT

Bekas MB Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden.
Keputusan yang tepat adalah bertanding sahaja jawatan Presiden untuk menerajui halatuju Umno yang lebih bermaruah dan jauh dari bayangan Najib.

Antara kelayakan Mohamad,  track record,  dia tidak ada "rosmah" yang membayanginya sepanjang memimpin Negeri Sembilan.

Ini merupakan satu tekanan kepada Zahid untuk sedar diri - letak jawatan.


#

Terkini: azwan bro nak tanding Ketua Pemuda?? 
MALAS NAK KOMEN.. 




Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...