Saturday, June 2, 2018

RASA RINDU PULA DENGAN JAMAL YUNUS DAN MUSA.... AMANKAH MEREKA

Iklan

Kadang² aku ketawa kecil sendirian bila memikirkan pelbagai ragamnya bloggers,  penganalisa politik,  pemimpin.. Begitu juga dengan pelbagai jutaan tulisan di media sosial lain.. Dalam dan luar negara,  melontarkan idea dan pandangan masing²..

Kalau semua itu Tun perlu ambilkira, hingga ke hari ini tiada satu keputusan pun dapat dibuat.. 

Bagaimanapun secara bijaksana,  keputusan Tun dalam banyak perkara mendapat sokongan rakyat. 

Penolakan cadangan AG baru oleh Majlis Raja² bukanlah satu masalah besar,  kerajaan perlu ada pertimbangan semula dengan nama² yang lain atau terus tegas dengan apa yang sudah dirancang.. Akhirnya sama²lah semua pihak patuhi rule of laws semasa. 

Meraikan kebebasan bersuara,  King of Dedak juga lebih mudah tersentuh memberi beberspa pandangan..Tidak pula kedengaran suara² panglima yang menyokongnya seperti dulu. 





41 comments:

  1. Panglima2' umno masih terkedu tak percaya umno tumbang..hilang kenewahan sekelip mata....satu malapetaka kerana melindongi dan membela kapla jemaah prompak negara...

    ReplyDelete
  2. Panglima umno Penakut

    Umno kalah sebab pemimpin bisu dalam skandal 1MDB, kata Syed Ali

    Kow Gah Chie & Jasmine Foong
    2 Jun 2018, 8:52 pagi (Dikemaskini 2 Jun 2018, 10:38 pagi)

    WAWANCARA | Bagi Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, semua pihak dalam Umno perlu dipersalahkan atas kekalahan parti itu pada PRU ke-14.

    Katanya, ini kerana semuanya secara membuta-tuli menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB.

    Dalam wawancara bersama Malaysiakini, beliau berkata pemimpin dan akar umbi Umno sepatutnya menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mereka bersuara tentang 1MDB, sehingga menyebabkan mereka dibuang atau terpaksa keluar parti.

    "Semua bertanggungjawab. Kami wajar dipersalahkan kerana tiada yang bersuara seperti Mahathir, Muhyiddin atau Mukhriz.

    "Kami tidak pernah bercakap tentang 1MDB dan tidak pernah beritahu bekas perdana menteri bahawa kami rasa ada yang tidak kena dengan 1MDB.

    "Kami terlalu takut untuk bersuara, (jadi) kami mendakwa Najib betul dan tiga pemimpin itu mahu sabotajnya. Kami hanya ikut arus," katanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat pemimpin, macai dedak pun main enggeh je..

      Sekarang ni, ramai pemimpin dah sedar dan akui kedurjanaan najib..

      Tapi macai alih tiang gol ..masih serang Tun..masih ungkit hujah basi hujah angin..

      Delete
    2. Syed ali akui penyokong umno dah lah buta tuli plak...dahblah bodoos sombong plak...hingga sekarang masih tak sedar diri..

      Delete
  3. Samsing Jadian Umno Penakut Bila Hilang Kuasa

    Jamal sudah lari ke Tanjong Balai, kata laporan

    Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2018 8

    Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos kini bersembunyi di Tanjung Balai, Karimun Besar, di barat daya pesisir Johor, lapor Sin Chew Daily. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2018.

    JAMAL Yunos dipercayai sudah melarikan diri ke Indonesia dua hari selepas bolos dari tahanan reman di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor minggu lalu, lapor Sin Chew Daily.

    Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu kini bersembunyi di Tanjung Balai, Karimun Besar, di barat daya pesisir Johor, lapor portal akhbar berbahasa Mandarin itu, memetik sumber.

    Polis Selangor semalam mengumumkan akan memohon waran tangkap ke atas pemimpin akar umbi Umno yang kontroversi itu selepas berdegil enggan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad berkata polis sudah memberikan peluang dan masa kepada Jamal menyerah diri untuk membantu siasatan berkaitan dirinya tetapi ketua Geng Baju Merah itu enggan bekerjasama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari dalam buruan penuh ketakutan..
      Undang² jenayah di Malaysia tidak ada tarikh luput.

      Delete
    2. Berapa lama Jamal boleh nenyorok..

      Musa akan kembali ke sabah...alasan pegi london berubat...tiba2 jatuh sakit bila hilang jawatan...tak de doktor pakar di malaysia...

      Delete
  4. Admin...disyorkan senaraikan tindakan2 yg telah diambil oleh tun seperti dapatkan pengamponan untuk anwar lantik kabinet stabilkan harga minyak sifarkan gst rehatkan apandir...tukarkan zulkipli sprm..lantik bos baru sprm dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai2 umno nampak perlecehkan tun...seolah tun goyang kaki sejak menang...

      Delete
  5. Wee: Kemungkinan BN kembali berkuasa dalam 15 tahun tipis
    June 2, 2018 • By FMT Reporters
    ShareTweetPinMail

    Wee Ka Siong tidak tahu sama ada dirinya berpeluang melihat MCA kembali menjadi parti pemerintah, tetapi langkah seterusnya ialah mewujudkan mekanisme latihan bakat untuk melahirkan pemimpin pelapis.

    PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti itu perlu bersiap sedia memainkan peranan sebagai pembangkang untuk jangka panjang kerana kemungkinan menukar kerajaan dalam 15 tahun ini adalah sangat kecil.

    Beliau dalam wawancara bersama akhbar Oriental Daily berkata, berjuta ahlinya menjadi bahan jenaka kerana MCA kini merupakan pembangkang dan berdepan ujian berapa ramai ahli serta pemimpinnya masih sanggup bersamanya.

    “Kita tidak boleh patah balik dalam laluan ini. (Untuk kembali berkuasa) 5 tahun terlalu optimistik, 10 tahun juga dikira optimistik, ada kemungkinan untuk 15 tahun dan sama ada kerajaan akan bertukar selepas 20 tahun (4 penggal), bergantung kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecian lah cai2... Nak makan ape kalo lama sangat kena tunggu..

      Delete
  6. Rule of law kata YDP Agong "acts on the advice of the Prime Minister" - ada sebut dlm Perlembagaan negara. Itu perinsip Raja Berperlembagaan atau constitutional monarchy. No two ways about that.

    Tapi semangat Melayu aku kata AG perlu Melayu. Bagi mempertahankan dan mempromosikan cara subtle hak dan kepentingan Melayu. Jangan ragu2 prosecute kes2 yang boleh merosakkan atau mempromosikan hak dan kepentingan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dakwa pon kena tengok dulu.nak dakwa bawah undang2 mana...bukan boleh dakwa ikut suka hati...

      Delete
    2. Aku sokong pendapat ini -

      The Pakatan Harapan government could be deviating from its pre-election manifesto yet again by naming veteran lawyer Tommy Thomas as its choice for attorney-general (AG).

      Promise 15 of its manifesto reads, "The attorney general shall be appointed from amongst the qualified members of parliament, and he would become a minister who can continue the role as chief legal advisor to the government."

      https://www.malaysiakini.com/news/428022

      Delete
    3. 708, itu dah tentu. Ada berpuluh pegawai undang2 bawah AG. Depa kena buat kerja. Justify depa punya periok nasi. Depa kalah kes pun, tak rugi - duit gomen, duit kita, hehe

      Delete
    4. Kebelakangan ini begitu ramai lulus undang2. Termasuk Melayu yang di tahun 1970 dulu tak berapa ketul aje.

      Nak masuk Legal Service dah bukan main susah, Beb. Nak ada First class law degree.

      Jadi, depa di AG Chambers tuh boleh tahan jugak. Cuma tarak pengalaman mcm loyar Najib Shafiee Abdullah. Itu pun Najib dah pakai loyar Amreeeka skang.

      Shafiee di katakan dapat RM9 juta dari Najib. Loyar Amreeeka tuh kot dapat berpuluh juta. Orang billionaire le, katakan. Pencuri penyamun bedebah.

      Delete
    5. Dah gitu ramai loyar Melayu. Thanks to Chedet and his DEB.

      Aku mahu dia giatkan lagi DEB tuh. Melayu ada Kedudukan Istimewa dalam Perlembagaan. Melayu baru ada 23% kekayaan korporat. Belom kira kekayaan dlm bidang ekonomi lain.

      Delete
    6. Betul tu, ramai loyar Melayu tpi ramai jugak le yg loyar buruk mcm kau.
      Kihkihkih

      Delete
    7. Aku takda yang buuk. Semua baru. Mcm PH.

      Tapi ko otak pun kuno. Malas sekolah. SPRM pun tarak.

      Jadi, menyemak aje sini sana. Mulut busuk. Kentot Najib pun ko hidu. Chehh.

      Delete
  7. Institusi YDP Agong, Majlis Raja Raja, dan Sultan2 bagi negeri2 yang ada Raja itu ada lah yang di katakan Ketuanan Melayu. Bukan apa yang di katakan Melayu nak jadi tuan.

    Perlembagaan menyatakan fungsi, peranan dan tanggong jawab YDP Agong, Majlis Raja Raja dan Sultan2 di negara ini.

    Tiada perkenan mereka di atas calon PM dan MB, tidak akan ada PM dan MB yang boleh berfungsi secara resmi di negara ini.

    Namun demikian, mereka perlu "bertindak di atas nasihat PM atau MB" (ikut mana yang sesuai), termasuk lantikan2 jawatan yang berkaitan.

    Walau bagaimana pun, Perlembagaan membolehkan YDP Agong merujuk kapada Majlis Raja Raja. Mari kita lihat apa perkembangan berikut nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahtu, awat Rapidah ckp pasai Ketuanan Malaysia? Apa maksud dia? Tak mau Ketuanan Melayu?

      Apasai Makcik tuh? Ada kah dia dah terpeli'ut = utterly out of position (bahasa Johoe).

      Nak attention ke dia? Terima kasih lah tolong bahamkan Umno/Bn kasi PH menang. Tapi jangan mengarut le nak kabuskan Ketuanan Melayu.

      Delete
    2. Besar ker ketuanan Melayu jika ianya sendiri tak menunjukkan pekerti mulia.....??

      Apa kesalahan & dosa Tun Mahathir sampai dihina teruk sekali ditarik balik jemputan majlis pertabalan YDPA, pingat kebesaran Darjah 'Datuk' dilucutkan,
      diperbodoh-bodohkan 'bo layan' menunggu begitu lama ketika majlis perlantikan PM setelah mendapat mandat dari. rakyat.......???

      Delete
    3. Mesti besar. Lihat le di kampong2. Depa pekerti mulia. Cabut ubi kayu 1-2 pokok pokok, kasi jiran sabelah 1-2 buku.

      Yang di kota, pegang jawatan, yang tak mulia, tak besar kote pun, kita keji, caci, belasah, pelangkong le. Cara lisan aje.

      Delete
  8. Perlembagaan tidak tetapkan status agama dan bangsa calon AG yg akan dilantik..silent..

    Boleh lantik sesiapa dan boleh tolak sesiapa ikut budi bicara Agong...

    Bertindak ikut nasihat perdana menteri mungkin tidak terpakai dlm kes ini kerana tiada ketetapan yg sahih ...

    Pakar perlembagaan diperlukan untuk memberi nasihat kpd PM dan Agong...

    ReplyDelete
  9. HARAPAN menyimpang dari manifesto?

    3 Jun 2018, 10:15 pagi (Dikemaskini 3 Jun 2018, 10:19 pagi)

    Langkah kerajaan The Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan peguam kanan Tommy Thomas sebagai calon peguam negara mungkin menyebabkan gabungan itu melanggar manifesto mereka yang diumumkan sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu.

    Pada janji ke-15 manifesto itu - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:

    Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.

    Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.

    Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.

    Tommy - menurut sumber kerajaan sebagai calon tunggal dikemukakan HARAPAN kepada Yang di-Pertuan Agong - ketika ini bukan seorang anggota parlimen sehingga membolehkan dia dilantik menjadi menteri.

    Bagaimanapun Tommy mungkin sesuai untuk satu lagi jawatan lain seperti yang dinyatakan pada janji ke-15 manifesto berkenaan, iaitu mengetuai Jabatan Pendakwa Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun patut diperingatkan supaya tidak melanggar manipestol yg dah diumumkan..ini kes kedua...kes pertama tun melantik diri sendiri menteri pendidikan...apabila diperingatkan tun melantik Dr maszlee...

      Jika tun langgar manipestol PH pembangkang dan musuh akan canangkan manipestol PH hanye gimik pru...ato pon ade yg berani tuduh tun dah nyanyok...ato tabiat diktator tun dah kembali..

      Kalo mipestol memang tak boleh dikuti kerana ade masalahnye tun kena umum dulu seperti diumumkan janji2 yg ditanggohkan kerana masalah fiskal dan hutang negara...

      Delete
    2. Aku sokong semua yang di kata tuh. Hidup PH. Hidup Tun.

      Delete
  10. Sifar gst barang makin mahal ..#aku tersalah undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brg apa yg mahal? Ceritalah... Kalau beg birkin memang mahal. Setakat gaji macai yg dapat brim memang tak layak nak pegang.
      Kihkihkih.... Berapa bajet raya tahun ni?

      Delete
    2. Cai ni yg jual barang mahal..peniaga lain tak de masalah pon..

      Delete
  11. Lantik je.lantik melayu mcm pandi ali lagi cibai.janji org mlysia.lagipun istana xleh campur

    ReplyDelete
  12. Nak tanya kau orang sejujurnya, apa faktor pangkah PH..
    Pusing putar terbalik ada dua sebab sahaja..
    Faktor Tun sebagai PM. .Yakin
    Faktor benci najib umno

    Pasal manifesto ni kau orang perasan dan kupas sejak dua menjak je.. Tunjuk handal..

    Manifesto tu kitab dan kiblat kau orang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunaikan, Bang, semana boleh. Tak boleh, kasi penerangan.

      Mcm KBB ada ckp dulu. Aku setuju. Kalo tak coba pun, atau tak beri penerangan, nnti orang tak hormat PH. Tak lama tahan. Mahu jenis 9 cats. Atau 9 dogs.

      Delete
    2. Minda dan citarasa pengundi baru tidak sama lagi dgn minda otai...keadaan dan keperluan sudah berubah...pengundi muda akan lebih ramai lagi di pru 15 nanti... Otai makin kurang...janji2 pilihanraya menjadi ukuran keupayaan parti dan pemimpin...jangan pandang ringan....kesedaran perkembangan politik makin meningkat setiap tahun yg menentukan corak
      keselesaan hidup....otai memang tak kisah dgn manifesto...

      Ini jadi modal serangan lawan...umno dari minggu pertama selepas pru menyerang janji2 manifesto PH...janji jangan dicapati..

      Delete
  13. Ada 100 saolan yang perlu dijawab..
    Salah jawab 5
    Tak jawab soalan 5
    Markah 90/100
    Lulus A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji yg berkaitan keperluan rakyat yg perlu diutamakkan..lulus A tapi soklan2 utama gagal dijawab dikira gagal dlm pilihanraya..

      Delete
  14. Ph jangan ambil syed ali alabshi.lalang dia ni.kaki projek dia ni.rumah mcm istana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo gitu, rumah mcm istana, penghuni nya mcm pariah. hehe

      Delete
  15. Kalu pemimpin melayu itu pencuri, tidak amanah, tiada kecekapan, letih sentiasa di waktu siang dan tidur kerana kuat ibadat waktu malam, kurang daya berfikir, lebih mulia ke daripada orang kafir yg amanah, cekap, jujur dan boleh dipercayai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman doktrin melayu totok anutan umno, dan Islam jumud spt kiblat Pas audah over.
      Umno dan Pas sila meninggal. Siapa tak kira parti yg nak hidup dlm mimpi nostalgia ngeri dan bodoh, silakan.
      Tak suka ,tak boleh move on, dudok diam,cuba lagi PRU15.

      Malaysia sudah baharu.Zip up and start work.

      Delete

6ANGKA