Friday, June 1, 2018

MAD HASSAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG HAMPIR TEPAT

Bekas MB Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden.
Keputusan yang tepat adalah bertanding sahaja jawatan Presiden untuk menerajui halatuju Umno yang lebih bermaruah dan jauh dari bayangan Najib.

Antara kelayakan Mohamad,  track record,  dia tidak ada "rosmah" yang membayanginya sepanjang memimpin Negeri Sembilan.

Ini merupakan satu tekanan kepada Zahid untuk sedar diri - letak jawatan.


#

Terkini: azwan bro nak tanding Ketua Pemuda?? 
MALAS NAK KOMEN.. 




33 comments:

  1. Salam Bro,aku secara peribadi lebih suka Tok Mad Hasan bertanding jawatan Presiden.Dia lebih berkarektor untuk sebagai seorang pemimpin...

    ReplyDelete
  2. Sbg org luar umno, aku nampak Tok Mat ni mmg berkaliber. Tp kalau ikut standard umno dan budaya korupnya, aku rasa dia tak ada harapan menang. Tak caya tanya macai... Dia org mesti akan pilih pemimpin yg senang tabur duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lawan Wak Jahid pos Presiden no chance le. Wak ada RM230 juta. Yang ngundi semua bukak mulut besau. Dah adat, kata depa. Najib punya keroje.

      Delete
  3. Tok mat memang berkaliber...kalo duduk dlm bersatu PH menjadi bertambah kuat...

    Tok mat mungkin ada strategi sendiri tanding tmbalan presiden..

    ReplyDelete
  4. NUN pemimpin di utagaa sana nuu.singa utagaa pun layak berkali kali ba terbaik untuk jawatan pereesiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahida pak kassim yg derhaka kpd raja?...

      Delete
    2. Double e dah kena teruk aritu. Sampai kena letak jawatan Tabung Haji.

      Delete
  5. Masih ada tokoh yg boleh diharap dlm umno...jika PH ikut perangai buruk umno berebutan dan nak buncitkan perut pru 15 PH jadi pembangkang laa...

    PH jangan pandang rendah kpd umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya selagi Tun M ada, kurang buncit membuncit perut.

      Berebutan tak tau ler.

      Delete
  6. Kepala tok mat kepala yg mengembangkan ekonomi dan bertimbang rasa..
    Tiada cerita buruk mengenai tok mat sepanjang mb nogori sembilan..

    Silap tok mat sokong dan mau bersama kapla perompak berjemaah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tok mat nak terbalikkan meja warung kopi ...peniaga warung mesti tak puahati dengan tok.mat..hahahahaa

      Delete
    2. Umno dah mati. Kalau mereka suja nak mati lagi dan lagi tu lantak lag. Jumaah perompak mmg alan gaduh sampai duit curi habis.
      Biar mereka kecapi bala buatan sendiri tu, sambil menynggu panggilan Sg.Buloh.
      Rakyat hanya ada maaa utk lanyak macai pbawa jarum dan taek.

      Delete
    3. Dengar sungai buluh innn serammmnye..

      Delete
  7. Zahid mungkin sudah lupa soklan tun madey wang ratusan juta...

    Tun madey tak lupa zahid pernah hina tun...tun biasanye bertindak dlm diam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu dia nak tunjuk boss dia Jibo aje.

      Skang nak ngarap jadi Presiden, senyap ler dia.

      Delete
  8. “Saya akan berkelakuan baik dan insyaAllah tidak akan lari ke ladang kelapa sawit,” kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas permohonannya untuk mengetepikan hukuman penjara 18 bulan dibenarkan.

    Jamal samsing umno dah lari lintang pukang menyorok dlm ladang kepapa sawit di indonesia....penakut sangat samsing tai koo cing ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat yang Jamal nyatakan, apa yang berlaku kepadanya, seperti maklumat dari dalam????

      Siapa yang bagitau dia?

      Delete
    2. Lagu raya tahun ni...Jamal Hilang di Hari Raya...

      Jamal tak beraya tahun ni...sedih rasanye..

      Delete
    3. KD, kot dia baca di Internet.

      Soal aku: siapa yg ambik gambar gambar dia masa dlm kebun sawit, kasi dia makan dsb nya

      133, betul ke ko sedih rasa Jamal tak berhri raya? Apa hubungan ko dengan dia? Pada aku, dia a common criminal, tiada maaf bagi nya. Dia permainkan pihak Polis.

      Delete
  9. Elok Zahid Hamidi tanding Presiden dan menang dan terus melingkupkan umnU.
    Aku yakin, kalau Zahid Hamidi jd Presiden UMNO, lenyap terus UMNO slps ni. Rakyat marhaen dah lama meluat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye! Zahid hamidi mmg cukup sesuai.... Sesuai utk pelingkupkan umno. Ku Nan sesuai bertanding Timbalan Presiden. Dan jgn dilupakan bintang umno yg sedang terang, ahmad maslan. Rasanya dia juga patut bertanding supaya umno cepat terlungkup.

      Delete
    2. Kalo TENGKU TIPU Teuku Adenan jadi Presiden, kot semua orang boleh pakai nama Tengku. Haprak punya manusia.

      Delete
  10. Dana 1MDB diseleweng di Singapura akan dipulangkan

    Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2018

    Sejumlah wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Singapura akan dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2018.

    PASUKAN Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia dan Singapura bersetuju bekerjasama untuk membawa pulang sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada 1MDB.

    Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat antara pasukan petugas khas Malaysia dan Singapura itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini.

    Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.

    "Pasukan ini juga akan melakukan ‘money trail’ (jejak aliran wang) bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud," menurut kenyataan itu.

    ReplyDelete
  11. Yg korang sibuk hal parti aku apahal bodoh sekalian..mmg korang takberpelajaran bak kata dewa korang..kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo educated tentu dah menang pru...uneducated lantik prompak jadi presiden...hihihihihi..

      Delete
    2. Dah tu yg kau menyibuk kat blog pakatan ni kenapa? Bangang punya manusia.

      Delete
  12. Wee: Era MCA tanggung kesalahan Umno sudah tamat
    2 Jun 2018, 10:08 pagi (Dikemaskini 2 Jun 2018, 10:12 pagi)

    A A
    MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan Umno, kata timbalan presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

    Dalam wawancara bersama Sin Che Daily semalam, Wee membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan berkata MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

    "Bawah pimpinan sekarang, apa saja yang diperkatakan Umno bukan lagi tanggungjawab kami.

    "Apa saja (hal salah) yang dikatakan bekas menteri dan pemimpin dulu, saya tidak akan 'membayar' bagi pihak mereka. Maaf, kami tidak akan lagi berbuat demikian," katanya.

    Pada masa lalu, parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan banyak kali dituduh sebagai tunduk dan menjadi alat kepada Umno.

    Selepas PRU ke-14, MCA kini hanya tiggal satu kerusi Parlimen, MIC dua dan Gerakan kalah secara keseluruhan.

    "Daripada 15 kerusi kepada tujuh, kini kami hanya ada satu," kata anggota parlimen Ayer Hitam itu.

    Dalam Perikatan - pendahulu BN - Umno, MCA dan MIC membentuk kerajaan persekutuan Malaysia yang pertama, sebelum menjadi teras kepada BN pada 1973.

    Berhubung sama ada MCA akan kekal dalam BN, Wee berkata hanya masa yang akan menentukan.

    "BN menanggung kekalahan besar. Jika anda tanya apa yang akan berlaku esok, tiada siapa tahu.

    "MCA kini dalam proses pemulihan...kami kini terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak. Apakah asas kepada kerjasama kami? Ia tidak akan lagi menggunakan bentuk lama.

    "(Tiada lagi yang boleh berkata) menurut tradisi kita perlu berbuat itu dan ini," katanya sambil menambah masa depan bagi Umno dan BN kini tidak dapat dijangka.

    Bentangkan minit kabinet

    Katanya lagi, beliau berharap kerajaan baru akan membentangkan minit kabinet berkaitan 1MDB kepada umum, untuk menunjukkan apakah yang telah dikatakan pemimpin MCA tentang isu itu.

    Beliau berkata kabinet kerajaan dulu pernah berbincang untuk mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

    Namun hasil siasatan itu tidak pernah dibentangkan kepada kabinet.

    ReplyDelete
  13. Proses pereputan UMNO akan jd lebih cepat sekiranya nama-nama berikut masih diberi jawatan dlm parti.

    Zahid Hamidi
    Hishammuddin Hussein
    Khairy Jamaluddin
    Shahidan Kassim
    Tajuddin
    Ahmad Maslan
    Tg Adnan
    Annuar Musa
    Nazri Aziz

    Para perwakilan semua, pilihlah nama-nama di atas supaya proses pereputan dan pelupusan UMNO akan berlaku dgn lebih cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wee dah kena wee wee dek Annuar Musa -

      Annuar shoots back, says Umno won't prop up MCA anymore. M'kini

      Delete
  14. Gerakan “Third Force” dan Kalimullah dikesan bagi halang Anwar menjadi PM
    Catatan Umum

    2 Jun 2018

    Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.

    Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.

    Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.

    Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

    Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.

    Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata - mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.

    Memahami demokrasi yang semakin terbuka maka tiada halangan jikalau Kalimullah mahu jadi business agent atau media hitman kepada Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin selepas KJ bakal kosong kantung terkapai kapai berlawan pemilihan Umno.

    Semua perlu berhati - hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini. Ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa apa2 gangguan dari mana2 pihak lain seperti yang ramai cita - citakan ke arah perubahan Malaysia.

    Ingat dalam 'kejutan kemenangan' kumpulan pemodal tua sedang membuat kerja bagi memastikan perubahan terhenti sekadar bertukar parti tetapi kelompok pemodal sama terus dilindungi.

    ReplyDelete

6ANGKA