Monday, June 18, 2018

ADA YANG MARAH BILA KITA BINCANG PARTI MEREKA DAH REPUT

Kahkahkahkah...

Hanya yang pandai menjarah layak bertanding.. Blogger antara yang tak layak.
Hanya yang pandai menjarah dikatakan ada kredibiliti.
Setuju sangat.







Sunday, June 17, 2018

LARI (?) HANYA TAMBAH PENYAKIT


"BERANI KERANA BENAR" ITU LEBIH MAHAL

BOLEH KE SAYA TANYA SOALAN SENSITIF PADA TUN? PASAL ANWAR?

TSUNAMI RAKYAT PADA PRU 14 MENGIKUT KACAMATA SAYA

Saya merupakan penyokong BN sejak dari bangku sekolah. Asal Johor.

Setiap PRU, kita di Johor selalu berseloroh..

‘Kalau letak calon selipar pun orang Johor masih akan pangkah BN’

Sokongan saya berubah bila skandal duit derma RM2.6 billion mula didedahkan pada rakyat.

Pada mulanya DS Najib menidakkan laporan itu sehingga menggunakan nama arwah TG Haron Din.

Seperti banyak pembohongan, ia tidak mungkin dapat disembunyikan sebegitu lama. Laporan berita luar dan Sarawak Report mula tular mengenai derma ini.

Tan Sri Muhyiddin dipecat tidak lama selepas itu selepas mempersoalkan derma tersebut.

Pada masa itu, saya dan beberapa netizen lain sudah mula bersuara dalam FB mengenai ini dan juga skandal 1MDB.

Macam mana nak percaya pada DS Najib bilamana dia tidak menunjukkan sebarang bukti..? 

Media sosial masih kebanyakkan menyokong PM Najib dan kami yg meragui hal ini selalu diherdik dan diugut.

May 2016. Saya dan beberapa netizen diajak berjumpa TSMY di majlis Hari Raya. Kami cuba bertanya dia beberapa soalan. (Gambar 1)

‘Apa Tan Sri nak buat sekarang..?’ saya dan rakan-rakan bertanya.

‘I don’t know. Ada jugak rancangan nak buat parti baru tetapi belum diputuskan. Saya sedang mengkaji beberapa opsen..’

June 2016

Parti PPBM dilancarkan. Lagi beberapa netizens dipanggil berjumpa Tun Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya (Gambar 2).

Saya tanya penganjur..

‘Boleh ke saya tanya soalan sensitif seperti Anwar Ibrahim..?’

‘Tanya aje dia..’ Ketua penganjur menjawab.

Tun turun tidak lama selepas itu. 

Tun segak turun memakai sut Nehru macam nak jumpa dif-dif terhormat. Ade netizen pakai tshirt aje.

Bayangkan baju suit Nehru yg Tun pakai berjumpa Sultan Brunei, Tun pakai berjumpa netizens.

Inilah antara contoh leadership yg dipamirkan oleh Tun.

Najib jumpa netizen UMNO pakai t-shirt atau kemeja. Dia simpan suit cantiknya jumpa Donald Trump yang tidak boleh menyelamatkan nyawa politiknya di Malaysia. Bodoh kan.?

‘Tun nak jumpa orang penting ke..?’ saya bisik lagi dengan penganjur.

‘Dia jumpa kita je..’

Tun bercakap mengenai kepentingan kita bersatu melawan Najib, supaya kita berani bersuara dan jangan memberikan Najib peluang berjaya memerintah negara.

Lepas itu soal jawab. Saya tanya..

‘Susah kita nak pertahankan Tun sekarang jika Tun bersama Anwar..’

Dalam hati bimbang kalau-kalau Tun tetiba marah.

‘Anwar sekarang di dalam jel bukan saya masukkan dia. Najib yg masukkan dia. Lagipun sampai bila kita nak cakap perkara silam..? Kita perlu bersatu melawan Najib. UMNO nak kita berpecah belah supaya kita lemah..’

Pung pang pung pang netizens tanya soalan pada Tun.

Tun menjawab semua soalan. Classic Tun, semua jawapan tepat dan jitu.

Mesej dari perbincangan..?

SELAMATKAN NEGARA.

Tun makan bersama netizens. Pertama kali dapat makan semeja dengan Tun.

Tun makan lebih banyak dari saya.

Selepas dari itu, netizens sering dipanggil berjumpa pimpinan tertinggi seperti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin utk bertanya soalan dan mengetahui perkembangan terbaharu.

Ramai tak tahu bahawa, Tan Sri Muhyiddin dan team yg banyak memberi sokongan kepada saya dan kengkawan netizens dari awal hingga akhir.

Team Tan Sri Muhyiddin yg menyatukan netizen-netizen menjadi satu team yg kredible.

Yg paling utama dengan netizen adalah access pada pimpinan tertinggi.

Info kita first hand bukan second atau third hand.

Info UMNO adalah apa yg dicantikkan oleh pejabat PMO yg terdiri dari kroni-kroni bergaji tinggi yg hanya hendak memuaskan boss mereka.

Ini seperti nak mencantikkan muka yg hodoh dengan cat rumah. Superficial sahaja. Tidak boleh bertahan melawan hujah yg bernas.

Pimpinan tertinggi PPBM sering memanggil kita berjumpa. Ada kalanya saya nampak beberapa bas parking depan Yayasan Perdana. Yang turun budak-budak muda. 

Bagaimana Team UMNO..??

Saya nampak adalah DS Najib datang sekali dua nak belanja makan team netizens UMNO dlm majlis tertutup. 

Bagi handphone Samsung A10 dan dedak-dedak yg lain.

Tetapi dalam majlis itu tak boleh bersoal jawab mengenai duit derma atau 1MDB.

Yg penyokong kerajaan mendengar hanyalah khutbah DS Najib sorang diri atas pentas.

‘Kita lawan mereka..kita serang mereka..’ DS Najib menasihati penyokongnya.

Sampai pertengahan 2017, suara-suara pada media sosial mulai dimenangi netizen-netizen penyokong Pakatan Harapan.

Penguasaan media sosial BN sudah mula goyang kerana recycle hujah yg sama sahaja.

Duit derma datang dari pembesar Arab.

Laporan DOJ (200 lebih mukasurat) pada masa itu sudah mengesahkan duit itu datang dari pelaburan 1MDB yg diseleweng masuk ke Tanore. Nombor akaun pun ada.

Bukan itu sahaja, senarai barang kemas isteri DS Najib pun tersenarai.

Apa team Najib ada.?

Sekeping surat Arab. 

Kini setiap posting PM Najib menerima kritikan hebat sehinggakan admin-admin PM kena menggunakan akaun-akaun palsu untuk memberi anggapan yang rakyat masih menyokongnya.

Akaun twitter PM dikesan mempunyai hampir 50% pengguna palsu.

Satu lagi laporan menyebut PM Najib antara yg paling banyak menggunakan akaun-akaun palsu di dunia.

Pada tahun 2017 onwards, rakyat sudah tidak percaya kepada media cetak atau TV kerajaan.

Mereka lebih percaya kepada ulasan-ulasan mengkritik kerajaan serta media bukan kerajaan.

Netizens yg mengkritik kerajaan kini bukan sorang dua malah ribuan.

Penguasaan media sosial dimenangi PH menuju pertengahan 2017 dan 2018.

Saya dapat kad keahlian akhirnya dan bergambar dengan TSMY. (Sorry muka sun-burn, baru turun memanjat Annapurna di Nepal).

Pada awanya saya masih sangsi takut-takut kemenangan dlm media sosial tidak diterjemah kepada kemenangan pilihanraya. Ini terbukti tidak tepat kerana rakyat percaya media sosial lebih dari media perdana.

Ramai berkata Tun ‘Master Strategist’.

Ramai tak tahu betapa Tun dan pimpinan lain turun padang.

Menuju tahun terakhir sebelum PRU, Tun dan pimpinan lain sering melawat dan berceramah di UMNO ‘heartlands’ seperti di Felda dan kampung-kampung.

Tempat-tempat ini merupakan ‘fixed deposit’ UMNO menjelang PRU.

Kalau jatuh kawasan-kawasan kubu Melayu ini maka terkuburlah UMNO.

Apa Najib buat..?

Bagi dedak lagi.

Rakyat tak nak dedak. Rakyat nak harga diri dan maruah.

Rakyat juga sedar dedak-dedak ini adalah duit mereka dari kutipan GST yg kini dibelanjakan seolah-olah duit itu adalah duit tabung DS Najib.

Apa lagi Najib buat..?

Dia pergi bercuti bawak anak beranak ke Australia dan Bali pakai jet kerajaan.

Satu demi satu kesilapan mereka kita tularkan.

Menjelang PRU14, media sosial dimenangi oleh penyokong PH.

Anihnya, Najib serta penyokong begitu konfiden menang dimalukan setelah keputusan PRU keluar.

Jutaan wang ringgit yg digunakan semasa kempen BN tidak dapat menyelamatkan parti itu dari ditolak pengundi hampir secara total.

‘Cash’ atau dedak hanya dapat membeli pengikut mereka tetapi tidak dapat merasuah keseluruhan rakyat Malaysia yg bertekad mahukan perubahan.

Tepat Al Quran surah Al Rad ayat 11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

DS Najib setelah kalah kini merungut bahawa dia hanya mempunyai ekses kepada media sosial.

Dia lupa bahawa sewaktu BN berkuasa, pembangkang yg diketuai Tun juga tidak mempunyai akses kepada media arus perdana seperti tv, radio dan surat khabar.

Hanya di media sosial dan pentas ceramah.

Kenapa pulak pembangkang boleh menang..??

Mereka menang kerana berjaya mempengaruhi ‘hearts and mind’ pengundi.

Sewaktu DS Najib melancarkan kempen GE14, ini yg dia katakan kepada pengaruh media sosial.

“Social media plays a pivotal role in disseminating information to Malaysians, the portal is key in determining BN's success in the coming general elections”

Sudah lupa ke dia.?

Sebenarnya apa yg Najib rindukan adalah zaman pemerintahannya dimana imej dia dan isteri dimana-mana.

Itu semua kosong belaka jika rakyat tidak menyokong.

Apa susah nak buat kempen jika baget jutaan ringgit..?

Kalau dah kalah masih tak faham-faham, logik betul lah Najib dan kuncu-kuncu tewas PRU walaupun mereka mengusai media perdana dan mempunyai duit yg banyak.

Dan itulah apa yg berlaku PRU14.

And the rest is history.

KJ AKUR SARANAN TUN?






Saturday, June 16, 2018

MANA YANG LEBIH PARAH?

Antara

Pemilihan umno yang akan mengujudkan dua team kecuali Zahid menarik diri
Atau
Pergeseran Anwar dan kumpulan yang menyokong Tun,  penyokong Tun nampaknya kurang senang dengan butir cakap dan pergerakan Anwar.

JANGAN PANDANG RENDAH KEMAMPUAN ZAHID... SEKURANG KURANGNYA DIA MERENDAH DIRI JUMPA TUN..




Kurang sopan untuk Ku Li sebagai ahli menempelak Zahid selaku Presiden (memangku) yang dianggapnya "merangkak" jumpa Tun. Sekurang kurangnya Zahid tidak membubarkan UMNO sepertima Ku Li surrender dengan Tun membubar Semangat 46



NAK JADI PRESIDEN, JANGAN HARAP DIBERI LALUAN..

Ku li sah bertanding.

UMNO memerlukan perjuang dan penyelamat untuk menjadi pembangkang,  bukan pembangang yang kuat.

UMNO mesti lebih bersih dar PH dan PAS,  jangan pilih,  kena buang pendedak dan pecacai. Jika tidak,  umno mungkin perlu puluhan lagi tahun untuk mendapat kepercayaan melayu dan rakyat.

Mereka yang masih berfikiran Najib masih bersih,  perlulah menyokong,  memberi undi dan menenangkan Zahid. 
Jika Ku Li menang, najib akan seperti jatuh ditimpa tangga,  dia akan menjadi sah sebagai penyebab dan faktor tunggal BN kalah PRU14.

2018-2023 adalah tahun² satu demi satu pemimpin umno akan diseret ke mahkamah dan mungkin juga rayuan demi rayuan, tangguh demi tangguh akan menjadi proses untuk tempoh tersebut.

Satu proses pembersihan yang baik dan sihat untuk umno.

Singkirkan pecacai yang tiada hujah,  yang sarat dengan maki hamun,  yang dengki dan busuk hati pada Tun.


6ANGKA