Sunday, June 17, 2018

BOLEH KE SAYA TANYA SOALAN SENSITIF PADA TUN? PASAL ANWAR?

TSUNAMI RAKYAT PADA PRU 14 MENGIKUT KACAMATA SAYA

Saya merupakan penyokong BN sejak dari bangku sekolah. Asal Johor.

Setiap PRU, kita di Johor selalu berseloroh..

‘Kalau letak calon selipar pun orang Johor masih akan pangkah BN’

Sokongan saya berubah bila skandal duit derma RM2.6 billion mula didedahkan pada rakyat.

Pada mulanya DS Najib menidakkan laporan itu sehingga menggunakan nama arwah TG Haron Din.

Seperti banyak pembohongan, ia tidak mungkin dapat disembunyikan sebegitu lama. Laporan berita luar dan Sarawak Report mula tular mengenai derma ini.

Tan Sri Muhyiddin dipecat tidak lama selepas itu selepas mempersoalkan derma tersebut.

Pada masa itu, saya dan beberapa netizen lain sudah mula bersuara dalam FB mengenai ini dan juga skandal 1MDB.

Macam mana nak percaya pada DS Najib bilamana dia tidak menunjukkan sebarang bukti..? 

Media sosial masih kebanyakkan menyokong PM Najib dan kami yg meragui hal ini selalu diherdik dan diugut.

May 2016. Saya dan beberapa netizen diajak berjumpa TSMY di majlis Hari Raya. Kami cuba bertanya dia beberapa soalan. (Gambar 1)

‘Apa Tan Sri nak buat sekarang..?’ saya dan rakan-rakan bertanya.

‘I don’t know. Ada jugak rancangan nak buat parti baru tetapi belum diputuskan. Saya sedang mengkaji beberapa opsen..’

June 2016

Parti PPBM dilancarkan. Lagi beberapa netizens dipanggil berjumpa Tun Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya (Gambar 2).

Saya tanya penganjur..

‘Boleh ke saya tanya soalan sensitif seperti Anwar Ibrahim..?’

‘Tanya aje dia..’ Ketua penganjur menjawab.

Tun turun tidak lama selepas itu. 

Tun segak turun memakai sut Nehru macam nak jumpa dif-dif terhormat. Ade netizen pakai tshirt aje.

Bayangkan baju suit Nehru yg Tun pakai berjumpa Sultan Brunei, Tun pakai berjumpa netizens.

Inilah antara contoh leadership yg dipamirkan oleh Tun.

Najib jumpa netizen UMNO pakai t-shirt atau kemeja. Dia simpan suit cantiknya jumpa Donald Trump yang tidak boleh menyelamatkan nyawa politiknya di Malaysia. Bodoh kan.?

‘Tun nak jumpa orang penting ke..?’ saya bisik lagi dengan penganjur.

‘Dia jumpa kita je..’

Tun bercakap mengenai kepentingan kita bersatu melawan Najib, supaya kita berani bersuara dan jangan memberikan Najib peluang berjaya memerintah negara.

Lepas itu soal jawab. Saya tanya..

‘Susah kita nak pertahankan Tun sekarang jika Tun bersama Anwar..’

Dalam hati bimbang kalau-kalau Tun tetiba marah.

‘Anwar sekarang di dalam jel bukan saya masukkan dia. Najib yg masukkan dia. Lagipun sampai bila kita nak cakap perkara silam..? Kita perlu bersatu melawan Najib. UMNO nak kita berpecah belah supaya kita lemah..’

Pung pang pung pang netizens tanya soalan pada Tun.

Tun menjawab semua soalan. Classic Tun, semua jawapan tepat dan jitu.

Mesej dari perbincangan..?

SELAMATKAN NEGARA.

Tun makan bersama netizens. Pertama kali dapat makan semeja dengan Tun.

Tun makan lebih banyak dari saya.

Selepas dari itu, netizens sering dipanggil berjumpa pimpinan tertinggi seperti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin utk bertanya soalan dan mengetahui perkembangan terbaharu.

Ramai tak tahu bahawa, Tan Sri Muhyiddin dan team yg banyak memberi sokongan kepada saya dan kengkawan netizens dari awal hingga akhir.

Team Tan Sri Muhyiddin yg menyatukan netizen-netizen menjadi satu team yg kredible.

Yg paling utama dengan netizen adalah access pada pimpinan tertinggi.

Info kita first hand bukan second atau third hand.

Info UMNO adalah apa yg dicantikkan oleh pejabat PMO yg terdiri dari kroni-kroni bergaji tinggi yg hanya hendak memuaskan boss mereka.

Ini seperti nak mencantikkan muka yg hodoh dengan cat rumah. Superficial sahaja. Tidak boleh bertahan melawan hujah yg bernas.

Pimpinan tertinggi PPBM sering memanggil kita berjumpa. Ada kalanya saya nampak beberapa bas parking depan Yayasan Perdana. Yang turun budak-budak muda. 

Bagaimana Team UMNO..??

Saya nampak adalah DS Najib datang sekali dua nak belanja makan team netizens UMNO dlm majlis tertutup. 

Bagi handphone Samsung A10 dan dedak-dedak yg lain.

Tetapi dalam majlis itu tak boleh bersoal jawab mengenai duit derma atau 1MDB.

Yg penyokong kerajaan mendengar hanyalah khutbah DS Najib sorang diri atas pentas.

‘Kita lawan mereka..kita serang mereka..’ DS Najib menasihati penyokongnya.

Sampai pertengahan 2017, suara-suara pada media sosial mulai dimenangi netizen-netizen penyokong Pakatan Harapan.

Penguasaan media sosial BN sudah mula goyang kerana recycle hujah yg sama sahaja.

Duit derma datang dari pembesar Arab.

Laporan DOJ (200 lebih mukasurat) pada masa itu sudah mengesahkan duit itu datang dari pelaburan 1MDB yg diseleweng masuk ke Tanore. Nombor akaun pun ada.

Bukan itu sahaja, senarai barang kemas isteri DS Najib pun tersenarai.

Apa team Najib ada.?

Sekeping surat Arab. 

Kini setiap posting PM Najib menerima kritikan hebat sehinggakan admin-admin PM kena menggunakan akaun-akaun palsu untuk memberi anggapan yang rakyat masih menyokongnya.

Akaun twitter PM dikesan mempunyai hampir 50% pengguna palsu.

Satu lagi laporan menyebut PM Najib antara yg paling banyak menggunakan akaun-akaun palsu di dunia.

Pada tahun 2017 onwards, rakyat sudah tidak percaya kepada media cetak atau TV kerajaan.

Mereka lebih percaya kepada ulasan-ulasan mengkritik kerajaan serta media bukan kerajaan.

Netizens yg mengkritik kerajaan kini bukan sorang dua malah ribuan.

Penguasaan media sosial dimenangi PH menuju pertengahan 2017 dan 2018.

Saya dapat kad keahlian akhirnya dan bergambar dengan TSMY. (Sorry muka sun-burn, baru turun memanjat Annapurna di Nepal).

Pada awanya saya masih sangsi takut-takut kemenangan dlm media sosial tidak diterjemah kepada kemenangan pilihanraya. Ini terbukti tidak tepat kerana rakyat percaya media sosial lebih dari media perdana.

Ramai berkata Tun ‘Master Strategist’.

Ramai tak tahu betapa Tun dan pimpinan lain turun padang.

Menuju tahun terakhir sebelum PRU, Tun dan pimpinan lain sering melawat dan berceramah di UMNO ‘heartlands’ seperti di Felda dan kampung-kampung.

Tempat-tempat ini merupakan ‘fixed deposit’ UMNO menjelang PRU.

Kalau jatuh kawasan-kawasan kubu Melayu ini maka terkuburlah UMNO.

Apa Najib buat..?

Bagi dedak lagi.

Rakyat tak nak dedak. Rakyat nak harga diri dan maruah.

Rakyat juga sedar dedak-dedak ini adalah duit mereka dari kutipan GST yg kini dibelanjakan seolah-olah duit itu adalah duit tabung DS Najib.

Apa lagi Najib buat..?

Dia pergi bercuti bawak anak beranak ke Australia dan Bali pakai jet kerajaan.

Satu demi satu kesilapan mereka kita tularkan.

Menjelang PRU14, media sosial dimenangi oleh penyokong PH.

Anihnya, Najib serta penyokong begitu konfiden menang dimalukan setelah keputusan PRU keluar.

Jutaan wang ringgit yg digunakan semasa kempen BN tidak dapat menyelamatkan parti itu dari ditolak pengundi hampir secara total.

‘Cash’ atau dedak hanya dapat membeli pengikut mereka tetapi tidak dapat merasuah keseluruhan rakyat Malaysia yg bertekad mahukan perubahan.

Tepat Al Quran surah Al Rad ayat 11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

DS Najib setelah kalah kini merungut bahawa dia hanya mempunyai ekses kepada media sosial.

Dia lupa bahawa sewaktu BN berkuasa, pembangkang yg diketuai Tun juga tidak mempunyai akses kepada media arus perdana seperti tv, radio dan surat khabar.

Hanya di media sosial dan pentas ceramah.

Kenapa pulak pembangkang boleh menang..??

Mereka menang kerana berjaya mempengaruhi ‘hearts and mind’ pengundi.

Sewaktu DS Najib melancarkan kempen GE14, ini yg dia katakan kepada pengaruh media sosial.

“Social media plays a pivotal role in disseminating information to Malaysians, the portal is key in determining BN's success in the coming general elections”

Sudah lupa ke dia.?

Sebenarnya apa yg Najib rindukan adalah zaman pemerintahannya dimana imej dia dan isteri dimana-mana.

Itu semua kosong belaka jika rakyat tidak menyokong.

Apa susah nak buat kempen jika baget jutaan ringgit..?

Kalau dah kalah masih tak faham-faham, logik betul lah Najib dan kuncu-kuncu tewas PRU walaupun mereka mengusai media perdana dan mempunyai duit yg banyak.

Dan itulah apa yg berlaku PRU14.

And the rest is history.

12 comments:

  1. Ye..ye..akhirnya ph menang, walaupun tanpa bantuan media arus perdana. Rakyat sudah swing undi dpd bn kpd ph. Tahniah dgn nawaitu utk menyelamatkan negara.
    1. Naik shj kerajaan baru, first yg dibocorkan adalah jumlah hutang negara. Apa yg bank negara declare hutang sebanyak 648 billion tidak benar. Hutang sebenarnya lebih 1 trilion! Apa yg agensi penarafan antarabangsa spt moodys katakan tentang hutang negara adalah bohong(?) Itu antara sebab knp gabenor bnm lepas jawatan... Tp itu bukan masalah utama. Yg jd isu ialah implikasi dpd manipulasi jumlah hutang negara yg diada-adakan (baca tak selaras dgn jumlah yg dinilai oleh agensi luar) menyebabkan pelabur hilang keyakinan utk teruskan pelaburan di malaysia. Tahukah bahawa sejak isu hutang negara jejak 1 trilion, sebanyak 12 bilion nilai pelaburan dah ditarik keluar. Selamatkah malaysia?/
    2. Kontroversi pelantikan tommy thomas sebagai peguam negara. Diketahui umum bahawa tommy thomas pernah menjadi team peguambela kpd lge yg masih tersangkut dgn kes mahkamah berkaitan korupsi banglo murah dan tanah. Ini menjadikan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest). Adakah nanti peguam negara minta agar menteri kewangan terus didakwa atau nanti peguam negara declare agar kes rasuah digugurkan. So, selamatkan negara atau selamatkan lge? Maka bersepailah harapan rakyat yg nak melihat sistem perundangan malaysia tidak dikawal selia oleh politician.
    3. Dlm belanjawan 2018 yg dibentangkan dlm dewan rakyat, penjawat awam telah dianugerahkan bonus rm1500 dgn dua kali pembayaran. Ianya telah dibahas di parlimen dan diluluskan. Maknanya kerajaan telah sediakan bajet spt yg diluluskan oleh majoriti ahli parlimen. Malangnya sebaik ph menjadi kerajaan, dgn senangnya hak penjawat awam yg disediakan oleh kerajaan terdahulu dirompak disiang hari oleh kerajaan yg ada. Alasan, hutang banyak...sibuk siang malam pagi petang cakap pasal hutang. (Singapura yg hutangnya berkali ganda tinggi dpd malaysia serta jepun yg hutangnya hampir 40 trilion usd tak pernah rasa negara nak bankrup, malah terus maju daya saing ekonominya.) Siapa yg berjaya diselamatkan, penjawat awam malaysia atau tabung milo pemerintah?
    4. Sejak gst disifarkan, sepatutnya harga barang turun mendadak sehingga 6%. Malangnya peniaga tiba² up harga lebih 6%, lps tu kasi diskaun 6% supaya nampak ada turun harga. Walhal penyamun runcit dan pasaraya besar dah merompak duit rakyat. Siapakah yang diselamatkan? Negara atau malaun² peniaga kaki kencing?

    Ada beberapa persoalan lg berkaitan swlamatkan malaysia. Nanti saya top up lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Account palsu lagi kot cerita anom 8:11 ni.

      Delete
    2. Tak payah nak ulang topik basi macam ni rakyat dah boring terutamanya bila melibatkan tulisan dari macai dedak

      Delete
    3. Alahai cakap tanpa fakta...hanya andaian jerrr.... tipikal pemakan dedak... anda dulu dah diberi peluang kenapa khianati rakyat...

      Delete
    4. Labuair8481..eh..8455 ni bodoh ke apa. Apa yg aku utarakan tu adalah fakta. Balaslah dgn fakta supaya jawapan tak nampak bodoh. Apa jawapan balas kpd persoalan 1, 2, 3 dan 4? Kalau setakat membalas dgn perkataan dedak, macai dan seumpamanya, nampak sgt kering idea, saraf putus @ bodoh. Jawablah dgn fakta, bukan ulang tayang istilah merapu...

      Delete
    5. Orang bodoh sering mengatakan orang lain bodoh saraf putus dan sewaktu dengannya.

      Delete
    6. Booooooringggggggg

      Delete
  2. sepatutnya kekalkn sifat kritis.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kau dah tak ada duit lg ke? Dah sangap?

      Delete
  4. Ramai jugak yg tidak bermedia social tapi merasa keperitan hidup kerana kos barang2 yg melambong...kerajaan Najib yakin Brim dapat membeli hati pengundi...pengundi otai yg totok dgn umno sudah makin kurang tiap tahun kerana telah pergi meninggalkan dunia buat selamanye...pengundi bawah 50 han boleh membuat penilaian sendiri walo ada propaganda najib terutamanye dl kawasan bandar...

    ReplyDelete

6ANGKA