Tuesday, July 24, 2018

PERJUANGKAN MELAYU ISLAM MELALUI AKHLAK BUKAN MELALUI RETORIK KEKECEWAAN... .

Selepas New Zealand mengalahkan Australia dlm World Rugby Championship baru-baru ini, seorang budak telah berlari masuk kepadang untuk mengambil gambar versama team New Zealand. 

Budak itu dijatuhkan olih pihak keselamatan di depan salah seorang pemain New Zealand, Sony Bells William. Sony Bells William adalah salah seorang pemain rugby terhebat didunia dan dia telah memeluk agama Islam berberapa tahun yg lalu.

Didalam video Sony Bells telah memeluk budak itu dan menghalang pihak keselamatan dari menangkap budak tersebut. Budak itu dgn gembira telah mengambil gambar bersama Sony Bells dan kemudian dibawa kapada ibu-bapa beliau.

Orang ramai kemudian terperanjat apabila Sony Bells memakaikan pingat emas yg dimenanginya keleher budak tersebut itu. Sony Bells kemudian berkata, "pingat ini lebih sesuai dipakai dileher anda dari saya. Saya hendak peristiwa ini sentiasa didalam ingatan anda".

Sony Bells sebagai seorang Islam telah berkata pendapatan kewangan beliau tidak seberapa kerana kebanyakannya diberikan untuk kebajikan, terutamanya kpd rumah-rumah anak yatim. 

Keesokan harinya ramai rakyat New Zealand berpusu-pusu kePusat Islam yg dibina olih Sony Bells untuk membeli buku-buku berkenaan Islam, untuk memahami lebih mendalam tentang kebenaran agama Islam.

Seseorang mampu mengubah mereka kearah akhlak yg positive.....tetapi ada juga mereka yg melakukan perkara yg negative sehingga Islam dibenci. Marilah kita mulakan langkah pertama supaya mereka menyebelahi agama Islam.

Lihat video...




Sunday, July 22, 2018

UMNO KENA BERLUTUT PADA ORANG MELAYU UNTUK MENANG DI SUNGAI KANDIS..





PAS dah bagi sokongan padu,  cuma umno perlu tunjuk insaf pada sebahagian lagi Melayu yang tolak umno di PRU14.

Mohon maaf,  akui silap tak rugi apa² pun... 






H

Lokman Adam bukanlah jati diri orang umno,  sejarahnya pernah jilake Anwar.. 
Somemore.. Tanya akar umbi umno Kluang. 

Sejauh mana dia tidak akan kembali semula kepada Anwar, PM menanti!!?? 






Saturday, July 21, 2018

DULU BIAWAK SEKARANG DAB - PAS BERHUKUM?


Belum sampai tiga bulan,  status dan hukum pada umno sudah diubah. 
Seperti membahagikan harta rampasan, Sungai Kandis untuk umno,  balakong untuk pas. 
Hakikatnya kawasan² itu milik asal PH,  bolehkah pengundi berubah hati sekelip mata atas isu² yang ada? Atau mereka bakal mendapat jumlah undi yang makin teruk. 

Do or die,  jika kalah, secara moralnya merea akan angkat kemaluan yang lebih besar. 

Kerjasama ini satu petanda yang baik,  dalam keadaan lemah dan serabut,  kerjasama mampu menjadi kekuatan tetapi janganlah condong kepada perkauman yang extreme dan Islam yang sempit lebih² lagi meletak punca masalah dan kesalahan pada pihak lain. 




Friday, July 20, 2018

TIADA ISU KERAJAAN PH BUAT MASA INI

Itu antara kesimpulan yang blog ini akan ambil dalam pendekatan menulis untuk akan datang,  kalau ada pun sikit sangat,  kalau ada pun mungkin ada yang begitu khas.

Parlimen yang bersidang sudah cukup baik mengajar PH lebih matang.

Kerajaan PH sekarang sempurna atas sifat baharunya kerana yang perlu dinilai adalah hasilnya,  terlalu awal untuk menilai dari susunan sekarang. Beri tempoh 6 bulan ke atas,  dua tahun paling cantik. Sekurang kurangnya sebelum Tun berundur dan Anwar boleh memperbaharuinya.





Isu utama,  skandal 1MDB ibu segala punca dan masalah sedang ditangani.

 MANIFESTO 100 HARI  DAN LAIN² ISU SANGAT SAMPINGAN.
Admin jangka Najib didakwa hujung Disember tetapi nyata lebih awal,  Jun - apa lagi nak komen?

Perlantikan kabinet,  beberapa keputusan dan pelbagai lagi yang di luar jangkaan,  luar kebiasaan tidak sewajarnya jadi isu kerana itulah perbezaan.
Komposisi PH sendiri berbeza dengan komposisi BN dan lebih penting susunan PH menyukarkan korupsi berlaku dengan mudah, bukankah itu lebih baik?

Sensitiviti ugama dan bangsa bukan lagu baru, ia tidak pernah habis selagi ada parti yang hidup dan bergantung kepada isu tersebut.
UMNO,  PAS dan DAP adalah juaranya dan kini mereka akan bertahan,  teruskan atau perlu rasional dan justifikasi untuk survive.

Sebagai pembangkang,  penyapu baru,  umno sangat garang. Sebaik sahaja perbicaraan Najib,  kita boleh melihat pertukaran suasana.


Selain dari rasis apakah umno mahu bangkit atas fitnah dan mengadakan cerita???
Pemimpin umno kena kawal pecacai²nya yg masih melacur di media sosial dengan fitnah? Mereka sokong yang membawa rebah..

Apakah PAS dan UMNO mengharapkan ramai yang lgbt,  murtad supaya mereka nampak relevan??

Apakah umno tidak yakin Perlembagaan Negara dapat memelihara Sultan Raja Melayu Islam dan Melayu?
Yang jual dan gadai rezab melayu siapa?


KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa menafikan dakwaan beliau mengesyorkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dibuka kepada semua kaum.

Ketika dihubungi NSTP, hari ini, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata beliau tidak pernah membincangkan syor berkenaan sebagaimana didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.

Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

"Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat.

"Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat," katanya.

Sivarasa yang pernah terpalit isu memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, berkata lawatannya ke Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, beberapa hari lalu, membincangkan sistem kuota sedia ada.

"Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

"MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan," katanya.

Ketika ditanya keputusan dan perancangan beliau berkaitan sistem kuota sedia ada, Sivarasa enggan mengulas lanjut.

"Isu 'keputusan' tidak berbangkit. Dasar ini sudah lama," katanya.

Semalam, kecoh apabila tersebar satu paparan WhatsApp membabitkan seorang 'individu' yang dipercayai bersama dalam pertemuan Sivarasa di Ibu Pejabat MARA, di sini.

"Dalam taklimat kepada MARA hari tu dia boleh persoalkan tak boleh ke MARA dibuka untuk semua?" katanya dalam paparan WhatsApp.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 bertujuan memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan Bumiputera dalam persekutuan khususnya di kawasan luar bandar.

Pada Jun 2002, kerajaan memutuskan peruntukkan kuota 10 peratus kepada bukan Bumiputera di MRSM dan Program Matrikulasi untuk perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.

Ketika itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, berkata keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.

Sistem kuota itu dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk Bumiputera.

Difahamkan, kuota 10 peratus bukan isu baharu kerana pernah dicadangkan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, ketika kerajaan bersetuju menubuhkan MRSM kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451751/ini-tidak-betul-dan-fitnah-sivarasa

LOKMAN ADAM CALON DUN SUNGAI KANDIS




UMNO merasakan rakyat sudah tidak sokong PH dan calon PKR merupakan calon Wan Azizah yang tidak mendapat sokongan Pengerusi PH Selangor.

Sudahkah Azmin jumpa Anwar di Turki,  kenapa sekadar soal calon PRK hingga perlu ke Turki jumpa Anwar,  sudah tidak boleh berkomunikasi secara media sosial dan lain²..

6ANGKA