Friday, July 20, 2018

TIADA ISU KERAJAAN PH BUAT MASA INI

Itu antara kesimpulan yang blog ini akan ambil dalam pendekatan menulis untuk akan datang,  kalau ada pun sikit sangat,  kalau ada pun mungkin ada yang begitu khas.

Parlimen yang bersidang sudah cukup baik mengajar PH lebih matang.

Kerajaan PH sekarang sempurna atas sifat baharunya kerana yang perlu dinilai adalah hasilnya,  terlalu awal untuk menilai dari susunan sekarang. Beri tempoh 6 bulan ke atas,  dua tahun paling cantik. Sekurang kurangnya sebelum Tun berundur dan Anwar boleh memperbaharuinya.





Isu utama,  skandal 1MDB ibu segala punca dan masalah sedang ditangani.

 MANIFESTO 100 HARI  DAN LAIN² ISU SANGAT SAMPINGAN.
Admin jangka Najib didakwa hujung Disember tetapi nyata lebih awal,  Jun - apa lagi nak komen?

Perlantikan kabinet,  beberapa keputusan dan pelbagai lagi yang di luar jangkaan,  luar kebiasaan tidak sewajarnya jadi isu kerana itulah perbezaan.
Komposisi PH sendiri berbeza dengan komposisi BN dan lebih penting susunan PH menyukarkan korupsi berlaku dengan mudah, bukankah itu lebih baik?

Sensitiviti ugama dan bangsa bukan lagu baru, ia tidak pernah habis selagi ada parti yang hidup dan bergantung kepada isu tersebut.
UMNO,  PAS dan DAP adalah juaranya dan kini mereka akan bertahan,  teruskan atau perlu rasional dan justifikasi untuk survive.

Sebagai pembangkang,  penyapu baru,  umno sangat garang. Sebaik sahaja perbicaraan Najib,  kita boleh melihat pertukaran suasana.


Selain dari rasis apakah umno mahu bangkit atas fitnah dan mengadakan cerita???
Pemimpin umno kena kawal pecacai²nya yg masih melacur di media sosial dengan fitnah? Mereka sokong yang membawa rebah..

Apakah PAS dan UMNO mengharapkan ramai yang lgbt,  murtad supaya mereka nampak relevan??

Apakah umno tidak yakin Perlembagaan Negara dapat memelihara Sultan Raja Melayu Islam dan Melayu?
Yang jual dan gadai rezab melayu siapa?


KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa menafikan dakwaan beliau mengesyorkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dibuka kepada semua kaum.

Ketika dihubungi NSTP, hari ini, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata beliau tidak pernah membincangkan syor berkenaan sebagaimana didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.

Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

"Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat.

"Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat," katanya.

Sivarasa yang pernah terpalit isu memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, berkata lawatannya ke Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, beberapa hari lalu, membincangkan sistem kuota sedia ada.

"Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

"MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan," katanya.

Ketika ditanya keputusan dan perancangan beliau berkaitan sistem kuota sedia ada, Sivarasa enggan mengulas lanjut.

"Isu 'keputusan' tidak berbangkit. Dasar ini sudah lama," katanya.

Semalam, kecoh apabila tersebar satu paparan WhatsApp membabitkan seorang 'individu' yang dipercayai bersama dalam pertemuan Sivarasa di Ibu Pejabat MARA, di sini.

"Dalam taklimat kepada MARA hari tu dia boleh persoalkan tak boleh ke MARA dibuka untuk semua?" katanya dalam paparan WhatsApp.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 bertujuan memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan Bumiputera dalam persekutuan khususnya di kawasan luar bandar.

Pada Jun 2002, kerajaan memutuskan peruntukkan kuota 10 peratus kepada bukan Bumiputera di MRSM dan Program Matrikulasi untuk perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.

Ketika itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, berkata keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.

Sistem kuota itu dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk Bumiputera.

Difahamkan, kuota 10 peratus bukan isu baharu kerana pernah dicadangkan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, ketika kerajaan bersetuju menubuhkan MRSM kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451751/ini-tidak-betul-dan-fitnah-sivarasa

18 comments:

  1. Bila lg menteri pertahanan nak mula siasat kes pembelian kapal selam Scorpene?
    Bukti dah cukup. Bukti yg ada dlm blog dah lebih dari cukup.
    Jgn cakap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk siasat scorpene jumpa surat cia.
      Kah kah kah kah..

      Pusing 1 malaya cerita kt org melayu siasatan fbi dan doj terhadap 1mdb adlh campurtangan asing terhadap negara. Tapi belakang org melayu senyap2 tulis surat kt cia mntk tlg utk menangkan bn.
      Kah kah kah kah..

      Pekan kalau xmenipu hilang seri politiknya selain berpaut atas nama dan reputasi bapak.
      Punya celaka musibat kleptopkrat lahanat seko ni.
      Kah kah kah kah

      Delete
  2. Tiada apa isu?
    Manifestomato kencing rakyat tu bukan isu?
    Syiah bukan isu?
    LGBT bukan isu?
    BM diketepikan bukan isu?
    Menipu hutang negara bukan isu?
    Pelabur lari bukan isu?
    Ringgit merudum bukan isu?
    Sekolah tahfiz nak tutup bukan isu?
    MARA untuk semua kaum bukan isu?

    Khaarrkk...ptuiihh...hanciinngg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang isu, fitnah 99%..pembuat fitnah jawab sendiri, bukan masalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

      Parlimen sedang bersidang, macai melacur di media sosial buat kecoh.

      Delete
  3. Sendiri bikin isu kepada perkara-perkara yang tidak menjadi isu kepada majoriti dan kemudian sendiri terjerit-jerit "INI ISU!! INI ISU!! "

    Majoriti rakyat sedang bersyukur dan bergembira dengan kerajaan baru hari ini, dan hanya macai serta penyokong buta tuli saja yang membuat bising.

    Ibarat kaum Wahabi yang membidaahkan amalan-amalan majoriti umat dan kemudian menjerit-jerit berkata 'ini adalah bidaah dan bidaah adalah isu', sedangkan majoriti tetap cool sahaja.

    Lihat sajalah si Lokman Adam. Dialah yang menjerit-jerit meminta diadakan PRU semula konon di atas alasan PH telah menipu rakyat tetapi sebaik saja dipilih menjadi calon UmNo di PRK Ag Kandis, terus isu ini disenyapkan memandangkan itulah kehendaknya yang sebenar 'habuan untuk diri sendiri' dan bukan kepentingan rakyat pun.

    Sekiranya ia menang, maka isu PRU semula ini ia akan senyapkan terus dan bahkan ia akan membantah sekiranya isu ini dibangkitkan oleh orang UmNo yang lain pula. Kali ini dengan menggunakan alasan yang lain pula.

    Sekiranya ia kalah pula, maka ia akan kembali menjerit-jerit tentang PRU semula ini.

    Hakikatnya, persetujuannya menjadi calon itu sendiri sudah bertentangan dengan jeritan-jeritannya untuk mengadakan PRU semula. Penyertaannya sebagai calon PRK adalah satu pengiktirafannya kepada keputusan PRU.

    Penyokong UmNo sedang meroyan disebabkan mereka tidak berlapang dada dengan kekalahan.

    Mereka akan berterusan dengan fitnah mereka dan membawa pertempuran ini ke klimaks.

    Apabila sampai ke klimaks, mereka bukan saja akan tewas malah akan terus berkubur.

    Rantaian menipu, memfitnah dan mengadu domba oleh UmNo ini akan diputuskan sama sekali apabila tiba masanya. In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro. Sendiri bikin isu, sendiri jerit, sendiri penat. Rakyat cool aje. Hidup mcm biasa. Takkan 24jam nak berpolitik? (eheh, cam pernah dengar je)

      Delete
    2. Sabarlah ost John. Tak lama lagi dah Bg Non nak jadi PM.

      Delete
  4. Sesungguhnya tak ada isu besar, isu dasar, jauh sekali korup dan skandal. ..

    Yang dipungut dan di angkat, info dari tepi longkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu.
      Info dipungut sesuai wahyu dari pakar strategi yg sama menjahanamkan umno dlm pru14.

      Guna mcm2 akaun tapi tulisan dan isi sama shj.
      Kasihan.
      Hanya isu perkauman dan manifesto shj mampu dibawa.
      Itu pertanda bagus.
      Pembangkang ketandusan isu.

      Sepatutnya masa diguna perbaiki parti, tapi sayangnya masih menari ikot rentak yg lama.
      Usaha yg sama tapi harapkan keputusan yg berbeza.
      KEBODOHAN!!!!!

      Delete
    2. Perangai pembangkang sekarang samalah dgn perangai pembangkang dahulu. Tak boleh lari dari sifat bodoh.
      Kalau nak jd pembangkang, mesti bodoo.

      Tapi yg peliknya, dah jd KERAjaan, tapi perangai masih bodoo lagi.

      Delete
    3. Kah kah kah kah..
      Ko jdk pening dgn tulisan ko sendiri.

      Kah kah kah kah
      Kalau kerajaan bodoh, pembangkang akan bawa bnyk isu.
      Tapi kalau pembangkang kekeringan isu dan idea, itu tanda kerajaan masih sihat.

      Kah kah kah kah..
      Cuba lagi ye cai.
      Dh menderma belum tabung barang kemas rosmah?
      Sian mak badak xcukup perhiasan nnt. Susah tu nk maintain title ex-FLOM klu xde brg kemas menggunung.

      Delete
    4. Yg nampak nampak bodoo dan tunjuk bodoo adalah puak umno...isu dari KERAjaan umno diputarbelit kononnye isu PH...

      Delete
  5. Dah banyak kedengaran menular dlm WA kebencian orang2 Melayu terhadap KERA-jaan PH. Tak mustahil keadaan yg sama berlaku kpd penduduk Sg Kandis.
    Kali ini rasa ler ler puak2 sarkas ini bila modal menipu dah makin kurang.
    Tahu lah mereka langit tinggi ke rendah PRK Sg Kandis nanti.

    ReplyDelete
  6. Korup idea bangkrap idea - kasuk sekolah hitam pun jadi isu besar negara bagi pembangang(ngang)

    ReplyDelete
  7. Puak pembangang umno tak boleh buktikan PH korup...cari isu remeh temah nak burukkan kerajaan...

    ReplyDelete

6ANGKA