Jika dicampurkan undi umno dan pas pun, calon PH masih majoriti.
Apakah dalam 3 penjuru kali ini tanpa pas selepas dua bulan PRU yang lepas akan berlaku perubahan drastik sokongan kepada PH?, merosot dengan teruknya?
Kesungguhan lokman adam berkempen dengan mengheret turun idolanya Najib dianggap langkah berani, undi simpati walaupun risikonya tetap ada.
Akan ada ahli umno tidak ada sokong kerana terkejut dengan hakikat harta rampasan di rumah najib.
PAS turut menggesa ahli dan penyokongnya sokong, sudah tentu tidak semua turut dan mungkin tidak keluar mengundi.
Isu utama PH mungkir janji, setakat mana persepsi ini berkesan? Persepsi kerana ada yang sokong PH bukan kerana manifesto. Tidak tunai janji hanya isu yang disensasikan oleh penyokong tegar umno, tidak dinafikan, ada segelintir pengundi PH yang terpedaya dan marah.
Ini adalah pertembongan calon Anwar dan calon Najib, tidak mungkin Anwar akan membiarkan perancangannya Ogos nanti sebagai Presiden dan seterusnya Ahli Parlimen dan PM tercalar di tangan Najib yg sudah pun jatuh.