Thursday, July 26, 2018

KETIKA SeNASIB, ELOK SANGAT PAS DAN UMNO BEKERJASAMA..


Dulunya PAS sangat menentang perjuangan secara kaum (Melayu)  tetapi kini sedar ia merugikan. 
Begitu juga umno yang menolak fahaman Islam PAS kini boleh menerimanya kerana ia boleh membantu imej pemimpin dan parti. 

Gabungan ini tidak pelik. I akan menjadi lebih worst,   Ia sebuah acuan lama yang menggabungkan dua resepi untuk menjadi satu rasa. 

Corak pendekatan Melayu dan Islam juga agak berbeza dari kwrajaan PH,  dengan masa yang terhad Tun sudah tidak dapat memainkan peranan penting untuk menterjemahkannya kepada rakyat dan agak bimbang Mujahid akan tenggelam dalam persepsi yang salah. 

Sebahagian rakyat menolak perkauman Melayu dan Islam sempit yang dibawa oleh umno+pas dan masih menunggu pendekatan sebenar melayu + Islam yang akan dibawa PH. 

Kemungkinan besar akan ada sebilangan yang akan menolak semuanya dan memilih jalan Islam yang tidak didendangkan oleh orang politik,  yang memualkan. 






45 comments:

  1. Saya percaya kedua-dua parti ini akan sampai ke peringkat di mana mereka benar-benar akan bergabung demi untuk mendapatkan kuasa melalui pintu belakang. Sg Kandis adalah di antara langkah-langkah mereka ke arah itu selepas kedua-duanya tewas di tangan PH pimpinan TM.

    Apabila UmNo dan PAS membentuk pakatan di Parlimen dan kemudian menyalahgunakan institusi YDPA untuk merebut kuasa daripada PH melalui pintu belakang konon di atas nama Melayu dan Islam, dan mendakwa kononnya merekalah pejuang kepentingan Melayu dan Islam sedangkan PH adalah sebaliknya, maka itu tandanya kedua-dua parti pendusta ini semakin menghampiri klimaks mereka.

    Apabila klimaks itu benar-benar berlaku maka yang bathil itu pasti akan lenyap. In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Surah al-Baqarah, ayat :

      وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤٢)

      Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

      Komen:

      Allah melarang campur adukkan yg benar dgn yg salah, misalnya dlm menjaga agama, Allah suruh jaga Islam, agama yg benar. Bukan jaga agama2 lain.
      Allah suruh ambil iktibar dari kehancuran kaum nabi Luth, bukan memperjuangkan kegiatan LGBT.
      Ada yg setaraf ustad, sedar dgn kesalahan ini tetapi cuba menyembunyikannya kerana kepentingan politik dan peribadi.

      Delete
    3. Disiplin ilmu kau kosong. Kau petik dan tafsirkan ayat sesuka hati ikut acuan kau. Sekadar peringatan. Semoga Allah mengembalikan kita semua ke jalan yang benar.

      Delete
    4. Ostad kampong ni pakar quran dan tafseer quran ker?...

      Bila sebut jaga agama lain ostad pon tak paham jaga yg mcm mana...di kelantan patong budha king size tetap ade...pas tak suruh roboh pon...kalo setakat pandai baca terjemahan sahaja tak payah nak nyibok laa..

      Delete
    5. terima kasih tuan krenggge, menyedarkan pada semua yg masih ada kalimah lailahaillah di dahi mereka, bukan semua boleh terima pandangan sedemikian.
      namun pada sesiapa sekalipun yg tidak amanah dlm tugas2 diberi silalah berundur, beri peluang pada rakan2 lain maju kehadapan.
      untuk kena berundur pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan, semoga kesempatan yg ada diperguna dgn kadar segera.
      salam perjuangan.

      Delete
    6. Sdr Kerengga,

      Daripada bacaan saya sememangnya PAS dan UmNo akan bergabung dan kemudian akan memperdayakan YDPA untuk mengisytiharkan darurat dan kemudian memperolehi kuasa melalui pintu belakang. Tetapi jangan silap mereka bukanlah orang-orang yang memperjuangkan agama dan bangsa di dalam hati mereka melainkan mereka adalah orang-orang yang menyalahgunakan agama dan bangsa untuk kehidupan di dunia mereka.

      Itulah caranya klimaks itu akan berlaku dan apabila ia berlaku yang bathil itu benar-benar akan lenyap. Apabila datang kebenaran maka lenyaplah kebathilan dan apabila yang bathil itu lenyap maka ia tak akan kembali lagi.


      Sdr Melayu Kampung,

      Saya nampak dengan jelas saudara langsung tidak mempunyai disiplin ilmu yang betul apabila memetik ayat-ayat al-quran dan membuat tafsiran semborono. Sekiranya ia dibuat demi keuntungan dunia maka jelaslah bahawa saudara telah menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

      Saya melihat yang bathil itu pasti akan lenyap dan orang-orang yang termasuk di kalangan ahli-ahli fitnah akan lenyap bersama-sama kebathilan itu. Ada pula golongan ruwaibidah iaitu orang-orang yang bingung mereka akan terselamat apabila kebathilan itu dihancurkan melalui perintah Allah.

      Bersaksilah bahawa saya telah pun memberikan nasihat dan peringatan.

      Delete
  2. Sedih betul baca luahan hati lokman adam. Umno xde harapan utk menang di sg kandis kalau xde bantuan pas.

    Dikawasan majoriti melayu pun umno xde peluang apatah lg kawasan yg bukan melayu.

    Huh dongeng melayu, islam dan institusi raja terancam nmpknya xlaku. Apatah lagi isu manifesto dan fitnah.

    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.

    Puak2 cai najis semua berkumpul dlm blog pro bn meyakinkan sama sendiri isu mereka bawa menjadi perhatian dan sambutan sambil filter komen yg xsenada. Sebijik mcm ramuan tumbangnya bn dlm pru 14.

    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon PKR dah buat kenyataan ahli pas sokong calon PKR walopon pas tolong umno....ahli pas yg celik minda tahu kerjasama pas dan umno yg sebabkan hidup mereka susah..

      Nik abuduh dan lobai Pas dah kaye dgn sedekah najib..

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat mntk pendekatan melayu + islam atau kerajaan yg telus?
      Kah kah kah kah kah kah..

      Rakyat mntk pendekatan syiah LGBT atau pemimpin yg x mengumpulkan kekayaan sambil membedal harta negara?
      Kah kah kah kah kah...

      Masih bingung?
      Sebab tu ckp dgn bdk2 cytrop bn jgn filter komen. Jdklah produk mcm kau xpaham apa rakyat nk, sebaliknya buat khayalan sendiri tentang aspirasi rakyat.
      Kah kah kah kah kah..

      Padanlah dh masuk longkang pun masih bingung kenapa teruk skali umno kali ni. Dibuatkan hikayay fitnah dan manifesto punca kekalahan maka cacai yg sedia bodoh pun percaya bulat2.
      Kah kah kah kah kah kah kah kah

      Delete
    2. Pendekatan islam lobai Pas sapu sedekah najib dan umno...tipu RUU 355 hingga ghaib..

      Delete
  4. Kalau dah Melayu liberal pluralist bergabung dgn kafir, tak usah nak bercakap lah pasal Islam, cik Kluangmanis.

    Ada lebih baik cik adik teruskan dgn kempen makan buah-buahan tempatan.
    Durian ngan manggis kalau tak cukup, gi order umah mertua John Tomato.

    Ki kik kik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kah..
      Cai najis berckp psl islam.

      Kah kah kah kah..
      Lupa anak ustaz najib minum air merah suci abata sambil berdakwah dgn aktress taiwan

      Kah kah kah kah..
      Lupa ex-menteri En Azalina sambut tahun baru dirumah suci abata divegas

      Kah kah kah kah..
      Lupa majlis syura umno bermusyawarah dgn parti komunis(xpercaya tuhan) china.

      Kah kah kah kah..
      Lupa peg kpd ustaz najib kirim surat kepada kuasa asing(yg nk bunuh islam) minta bantuan menang pru 14.

      Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

      Delete
    2. Cerita pasal islam kunun...pemimpin umno merompak tetap sokong juga...rompak halal dlm islam?..

      Delete
    3. KBB tomato,

      Mahadey bukan perompak?

      Delete
  5. Surah al-'Imran, ayat 103:

    وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣) 

    Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103) 

    Komen:

    Ayat ini seolah-olah Allah tujukan kepada orang2 Islam dalam Umno dan Pas.
    Kedua-dua golongan ini pada mulanya bermusuhan, kemudian Allah satukan hati mereka untuk menyelamatkan mereka bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

    Alhamdulillah...kedua-dua golongan ini seperti sudah mendapat petunjuk dan hidayatNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik ustad Melayu Kampung!

      Memang kita sudah lama ingin melihat kedua-dua parti UMNO dan PAS yg dianggotai oleh orang2 Islam ini bersatu demi membentuk kekuatan ummah.

      Tepat sekali ustad:
      "...maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

      Di atas persaudaraan yang kukuh berlandaskan al-Quran, kita akan bangkit untuk menumbangkan KERA-jaan liberal sekular taghut yg kini semakin menggugat perkembangan Islam di negara ini.

      Hidup Melayu! Hidup Islam!

      Delete
    2. Aku ulang. Disiplin ilmu kau kosong. Kau petik dan tafsirkan ayat sesuka hati ikut acuan kau. Sekadar peringatan. Semoga Allah mengembalikan kita semua ke jalan yang benar.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Sdr Bulat Ken,

      Saya bersaksi bahawa Melayu Kampung benar-benar telah memetik ayat AlQuran dan kemudian secara semborono dan kemudian tanpa sebarang kaedah yang sah mengatakan bahawa ayat itu ditujukan kepada UmNo dan PAS.

      Pelakuan yang sama gemar dilakukan oleh Kejora dulunya. Memetik ayat tentang munafik dan kemudian mengatakan orang itu munafik.

      Melayu Kampung memetik ayat Allah memerintahkan orang Islam supaya bersatu dan kemudian mengatakan ayat tersebut ditujukan kepada UmNo dan PAS.

      Langsung tiada sebarang disiplin ilmu pada komennya.

      Sekiranya ia melakukannya demi habuan duniawi maka kelak ia akan ditimpa oleh sesuatu yang ia tak sangka akan berlaku.

      Menyesal kemudian tiada gunanya.

      Delete
    5. Kasihan John Tomato...

      Dia bukan sahaja jahil bab alquran & agama tapi juga bodoh dalam bahasa. Dia tidak faham dgn pengukuh ayat 'seolah-olah'.
      'Selolah-olah' adalah lebih kurang sama maksud dengan 'seperti' atau 'ibarat'.
      Mari kita lihat beberapa contoh ayat yg menggunakan seolah-olah:

      1. Pasukan Croatia seolah-olah terpukau kaku dengan pergerakan pantas pemain2 Perancis.

      2. Mereka seolah-olah buta tidak dapat melihat kemungkaran yg berlaku di hadapan mata mereka.

      3. Seolah-olah terdengar bisikan suara mu di telinga ku.

      4. John tomato seolah-olah tidak nampak niat jahat puak DAP dlm pakatan harapan.

      Ustad Melayu Kampung tidak mengatakan ayat itu ditujukan khas kpd Umno dan Pas. Dia menggunakan 'seolah-olah', iaitu 'ibarat'.

      Tak kan lah orang sebijak ustad itu tidak tahu yg ayat itu ditujukan kpd umat Islam Arab zaman Nabi yg berpecah belah, terutamanya ketika mereka masih jahiliyah.

      John tomato cuba nak eksploitasi penerangan ustad itu konon nak bagi orang kata ustad itu sesat.

      Piiraahhh...

      Delete
    6. John tomato ada sebut pasal Kejora.
      Saya teringat perdebatan antara Kejora dgn Tn Hj Labu Tempe suatu masa dulu di blog Shahbudin.
      Tn Hj Labu seringkali terkantoi disekeh pelakong oleh Kejora. Dia jadi terlalu geram tak tahu nak buat macam mana.
      Suatu hari, dia copy-paste satu posting entah dari siapa yg menulis 'Allah meliwat Tun Mahathir' dan menuduh Kejora yg tulis posting itu. Malangnya ramai yg tidak percaya, termasuk John tomato sendiri. Tahu tak, apa yg dibuat oleh bapok tua renta itu? Dia selitkan nama Kejora (edit) letak dlm kurungan. Sekali lagi dia terkantoi bila Kejora bawa dan tunjuk posting yg asal. Oleh kerana tak dapat menahan kemarahannya, dia cabar Kejora berjumpa ajak bergaduh.

      Perangai John tomato ini pun ada sedikit nak mirip perangai Tn Hj Labu tu. Bila dia tak mampu cari ayat2 nak counter ayat yg ustad Melayu Kampung bagi, mula lah dia putar belit fakta.

      Delete
    7. Ntah ape la cai najis ni merapu.
      Lokman adam kata tanpa bantuan pas di sg kandis umno masuk longkang.

      Mcm mn kawasan majoriti melayu pun umno boleh masuk longkang?
      Cerita psl kedudukan raja terancam pun rakyat xnk undi umno lg?
      Cerita xbtl dan org melayu sedar akan hal itu atau mmg org melayu dh xpeduli?

      Kalau org melayu dh tahu penipuan itu kenapa masih nk menipu?
      Kalau org melayu xpeduli isu tu kenapa nk bawa lg isu perkauman?
      Relevan lg kah umno hari ini dibawah zahid hamidi yg menjadi proksi najib?

      Bincangkan yg ni cai najis.
      Barulah org tgk penyokong umno ada otak.
      Bukan menulis menurut skrip kerana wang.

      Tukar akaun tukar watak tukar topik xselesai masalah. Xbelajar lg ke dari kekalahan?

      Delete
  6. HAHAHA.........malas nak tambah komen.

    ReplyDelete
  7. Surah al-'Imran, ayat 118:

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً۬ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً۬ وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ (١١٨)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)

    Komen:

    Dlm konteks pentadbiran negara Islam, adalah tidak patut mengambil orang2 kafir sebagai penentu dasar. Misalnya mengambil mereka sebagai ketua bidang perundangan seperti Peguam Negara atau Ketua Hakim negara. Apakah tidak ada orang2 Islam yg berkelayakan untuk menyandang jawatan2 itu. Malangnya, orang yg melantik itu tidak mahu memahami atau mematuhi ajaran al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg berkuasa?...siapa yg lantik AG dan ketua hakim negara?...adekah kapir yg dilantik berkuasa penuh mcm PM?....otak ade kaaa?..

      Delete
    2. Bersabarlah ustad Melayu Kampung.

      Orang jahil liberal, walaun Islam dlm IC, tak akan menerima kebenaran alquran.

      Delete
    3. Sdr Bulat Ken

      Saya bersaksi bahawa Melayu Kampung telah memetik ayat AlQuran dan kemudian membuat hukum tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.

      Sekalipun tanpa melihat kepada disiplin ilmu dan hanya melihat kepada sejarah para khalifah dahulukala kita akan mengetahui bahawa hukum yang ia keluarkan itu adalah salah.

      Kelak apabila kebenaran itu benar-benar diturunkan kebathilan itu akan benar-benar dilenyapkan. Ketika itu penyesalan sudah menjadi tidak berguna lagi..

      Delete
  8. Tak de ke ayat larangan bersubahat dgn prompak?...islam separuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KBB tomato,

      Cuba ko pegi tanya ayat pasal perompak tu dekat Bg Mat kuih samperit mintri perang...

      Delete
    2. MAT SABU KATA MAHATHIR KEPALA PEROMPAK

      Foto:fmtKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

      Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

      Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

      “Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

      http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/551965-mat-sabu-panggil-tun-m-kepala-perompak.html

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. ulasan saya rengkas saja - 'jgn pandang remeh kerjasama d antara UMNO n PAS'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabbas Pak Rahman.
      Pak Rahman seperti dah nampak...

      Suatu masa, parti baru, PMIM akan bangkit memerintah negara ini.

      PMIM = Parti Melayu Islam Malaysia

      Delete
    2. Sembang bnyk xpyh.
      Pas masuk BN atau umno keluar bn.
      Tunjuk mana dia temberang dan mana dia perjuangan

      Delete
  11. Hari ini Tn Hj Wak Labu Tempe langsung tak berani nak hampir...
    Ki kik kik

    Ost John tomato & KBB jin mata tojeng pula terus 'ca alif but'...
    Ki kik kik...

    Cik Kluangmanis pula terus kelu terkedu membisu seribu bahasa...

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Anon 9.17

      Sampai hati sdr tak sebut pun Bulat Kentut...
      Siaan dia, nanti kecik hati dia pulak...
      Dia pun sama juga dgn John Tomato & KBB mata tojeng, ikut 'ca alif ba wau ta'...

      Kah kah kah kah

      Delete
    2. Aku telah lihat, telah baca dan telah tegur. Dengan itu aku berlepas tangan dari pertanggungjawaban di kemudian hari. Noktah!

      Delete
    3. Sdr Bulat Ken,

      Saya juga bersaksi sdr telah menegur dan menyampaikan.

      Orang-orang yang menunjukkan keberaniannya kepada Allah dan ayat-ayatNya kelak akan beranilah juga menghadapi penentuanNya apabila kebenaran itu benar-benar diturunkan.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

      Delete
  12. Khusus buat sdr Kerengge,

    Mengikut bacaan saya, perang besar akhir zaman yang disebut Al-Malhamah Al-Kubro bukanlah perang di antara Islam dan Kristian sebaliknya adalah perang di antara sesama umat Islam, satu golongan yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang dan satu lagi adalah golongan yang berada di atas kemurkaan dan kesesatan.

    Perang ini adalah perang ilmu dan hujah yang akan berlaku di Putrajaya di antara pasukan Tun M melawan pasukan-pasukan lain yang bersekutu dan memperdayakan YDPA.

    Perang klimaks ini benar-benar akan menghapuskan terus kebathilan itu sama sekali dan memberikan kemenangan mutlak kepada golongan yang benar.

    Apabila darurat diisytiharkan di atas pelakuan UmNo dan PAS, maka ketika itu ketahuilah bahawa klimaks itu sudah sangat hampir.

    Apabila Tun Mahathir menyeru anak-anak bangsa yang cekal dan tabah mahu mengambil balik Seri Perdana, maka pada hari itulah pertempuran klimaks itu akan berlaku.

    Sebagai satu petanda bahawa klimaks itu sudah semakin hampir di Mekkah akan berlaku perebutan kuasa di antara 3 orang Putera berebut untuk menjadi penjaga Baitullah selepas kemangkatan raja Salman.

    Bagaimana umat Melayu di akhir zaman ini akan bersatu dan identiti sebenar siapakah pembawa panji hitam akan terdedah? Ia akan berlaku apabila pasukan-pasukan bathil itu dilenyapkan dan golongan yang benar diberikan kemenangan mutlak.

    Due datenya ialah pada atau sebelum Februari 2019 sesuai dengan hadith Nabi saw bahawa seorang mujadid akan dikirim setiap 100 tahun dan fakta bahawa mujadid terakhir umat ini iaitu Sultan Abdul Hamid Uthmani mangkat pada Februari 1918.

    In shaa Allah kebenaran itu tetap akan turun walaupun orang-orang munafik membencinya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Anonymous.. Komen biar ada isi, biar kurang makan, jangan kurang akal.

      Delete
  13. Dalam perkembangan -100 hari, corak Melayu dan Islam yang dibawa PH belum tampak jelas, belum nampak bukan bererti tidak lebih baik dari sekarang atau sebelum.

    Kerjasama umno+pas dilihat lebih baik kerana kedua duanya sudah jadi pembangkang dan peluang "buat duit peribadi" dan korup hampir tiada.

    Tetapi masih terlalu awal juga untuk katakan gabungan ini lebih baik untuk Melayu dan Islam

    ReplyDelete
  14. Baca komen dari atas sampai bawah, saudara john doe, bulat ken, tak payah tegur org yg tak pernah kalah. Tu yg bila kalah meracau. Tgk cara komen pun tau, orang yg sama, cuma berubah bentuk je, kapal dah nak tenggelam, semua lari, tinggal la macai bodoh dan murah menimba air dgn harapan kapal kembali timbul. Dah kapten plak bila layar dikembangkan, sauh dia labuh kan. Bebal makrop. Bile semua cabut, terpaksa la jadi 2 3 jenis dgn harapan org nampak ramai. Padahal dulu ponorogo dah cakap pun. 6.6%. Tu masa berkuasa, la ni mungkin tinggal 0.1%. Mane mampu nak bayar dah. Gua tempat sorok harta dah terbarai. Runtuh dah, banyak simpan benda haram. Tak berkat. Dah tu nak jual ayat Allah plak. Maksud lintang pukang lantak, janji nampak mcm ustaz. Pakai serban 1kg, jubah, tasbih kat tgn, pusing satu kg. Bila org panggil gelaran yg mulia la, senyum sampai telinga , bangga. Tempat aku melambak org mcm ni. Kubu pas la katenya. Tapi bila sembang politik, org lain kapir, masuk neraka. Aku je dah tentu masuk syurga . Sejak dia tak bayar lepas mintak tolong aku repair kereta dia, jumpa kat jln, senyum pun tak nak. Mcm tak kenal . Masa lepas pas kalah kat klang dia mengeluh kat aku, dia kata dua penggal pas kasi makan, lepas tu khianat sampai kalah. Aku keje siang malam, bile plak org yg tanggung makan aku. Mcm najib la, sesuap nasi tu, dia rasa perjuangan umno. Hahah. Lawak la org hilang kuase, lagi lawak cuba sorok kebodohan. Bodoh tu sifat macai murahan umno. Tak payah sorok. Nampak je bersangkut dgn umno. Memang bodoh. Pada kengkawan tak payah la nak ambik hati dgn sibodoh bodoh bodoh ni. Bila dia duduk dlm kapal kapten bodoh, maknanya dia lagi bodoh. Bukan silap ajaran, tapi silap telan benda haram. Sorry la, cakap dgn sibodoh kena terus terang , pasal tak pick up. Slow... Sekian. Jgn marah, teguran ikhlas....

    ReplyDelete

6ANGKA