Friday, July 27, 2018

TAK TAHU DAN TAK FAHAM APA LAGI ORANG MELAYU DAN ISLAM MAHU...

Enampuluh tahun diberi peluang dan kuasa memerintah masih berbalah,  tak selesai.. Buat apa? 



Selepas hilang kuasa,  banyak pula agenda Islam dan Melayu yang mahu diperjuangkan.. Dulu buat apa? 

Apakah Melayu dan Islam di PH tidak peka dan tidak mampu memartabatkan Melayu dan Islam, sekurang kurangnya beri mereka peluang berbuat sesuatu.. 

Bukankah tindak tanduk UMNO,  PAS,  BERSATU dan AMANAH sekadar merosakan lagi Melayu dan Islam hatta dalam soal bangsa dan ugama pun masih berbalah,  sekadar mahu merebut aku betul aku juara.. 

Kemudian Melayu itu terbahagi pula kepada melayu bersatu dan melayu umno,  dan kalau Islam itu ada Islam pas ada Islam amanah? 
Begitu juga dengan NGO Melayu Islam. .ratusan? 

Kita jadi rakyat lembu dan kerbau,  dilaga lagakan.. 
Jadi anjing,  menyalak bersahut sahutan.. 






Saban tahun,  melayu dan Islam diperkasa,  lagi kuat menjelang pilihanraya.. Rupanya jadi perkasam.





...........................................................

Istana Negara lancar kutipan Tabung Harapan bantu negara
___________________

PERSEPSI TERHADAP TABUNG HARAPAN MALAYSIA DIPERTINGKATKAN


DYMM AGONG DAN KAKITANGAN ISTANA NEGARA PUN PEKA PASAL HUTANG NEGARA!!!

-----------------------------
Inisiatif pelancaran THM juga dibuat atas semangat patriotisme warga Istana Negara sempena bulan kemerdekaan Ogos depan.

Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10% gaji dan emolumen baginda setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/27/istana-negara-lancar-kutipan-tabung-harapan-bantu-negara/