Thursday, June 30, 2016

DIHANTUI, RENTAP DAN RAMPAS LEBIH BERKESAN...

Banyak sudah kemudahan Tun Dr Mahathir sebagai mantan PM ditarikh balik dan yang terbaru saranan Ramesh Rao supaya gelaran Tun ditarik balik.

Semuanya semata mata kerana mengkritik kerajaan dan cuba menjatuhkan PM (!)
Hakikatnya teguran dan kritikan Tun lebih kepada batang tubuh Najib sahaja...
Semuanya sudah dieksploitasi...

Rengkas kata,  adalah lebih baik apa sahaja yang berkait dengan Tun Dr Mahathir eloklah ditarik balik samada anugerah. pencen dan sebagainya. Kalau nak tarik satu demi satu rasanya lambat sangat. Lebih baik rentap dan rampas,  cepat dan berkesan.

Padam juga nama Tun Dr Mahathir sebagai pelopor dan pencentus idea penubuhan seperti UIA, lebuhraya utara selatan,  KLCC,  LRT,  KLIA dan pelbagai lagi.

Dengan lapan kertas siasatan yang sudah dibuka,  tidak logik semuanya ditolak Oleh AG untuk didakwa.

Sudah tentu tidak perlu penghormatan negara dan makam pahlawan di perkarangan Mesjid Negara untuk Mahathir bin Mohamad.

Mungkin segala dan semua itu mampu membisukan Mahathir.
Andaian juga boleh dibuat,  Mahathir sudah tiada pengaruh,  UMNO makin kukuh, kerjasama dengan PAS menjadikan UMNO dan kerajaan kebal dan tidak lut.

Masa untuk menunjukan kuasa.



LIM GUAN ENG MINTA RAKYAT SUMBANGKAN RM10 KEPADANYA:
# Sorry apek lim, no RM10 from me...

KENAPA SUSAH SANGAT LIM GUAN ENG NAK BERCUTI.. ..

Kebanyakan penganalisa meletakan syarat "didakwa" sebagai kewajaran Lim guan eng untuk meletak jawatan, bercuti sebagai Ketua Menteri dan sebagainya.

Berbanding dengan Najib,  sekadar disiasat.. Tidak perlu bercuti atau berundur seketika..
Tapi agaknya kalaulah Najib bercuti ketika siasatan dijalankan...apakah dia sudah didakwa ketika ini (?)
Semua orang tahu jawapannya...

Oleh itu jika lim guan eng mengikut jejak Najib,  apa sangat nak dihebohkan...
sama saja kan...



Next, Siapa Selepas Lim Guan Eng..

Tun Dr Mahathir perlu bersedia.

Wednesday, June 29, 2016

Fokus Pada Proses Undang Undang, batang tubuh lim guan eng sahaja.

Pendakwaan ke atas lim guan eng yang akan diketuai oleh Peguam Negara adalah satu proses undang undang dan kerja baik oleh SPRM.

Oleh kerana pendakwaan diluluskan oleh AG ia membawa maksud bukti yang cukup kuat kerana AG selalunya Pemurah dan lembut.

Lebih penting puak. Juak dan cai yang ada kepentingan politik jangan terlampau pandai dan berlebih lebih mempolitikan isu.  Ia lebih kepada batang tubuh lim guan eng sendiri dan tidak ada kena mengena dengan kaum,  kafir harbi atau parti.

Biar ia berjalan mengikut proses undang undang dan tidak dipersepsikan bermotif politik. Kes tidak selesai dalam sehari dua.

Tuesday, June 28, 2016

MUKHRIZ KATA POKOK ADA GOYANG, HADI KATA TAK ADA ANGIN...

Untuk menguasai Negeri atau Pusat,  sebuah parti itu mesti menang dengan majoriti atau membentuknya bersama sama parti lain untuk menguasai majoriti dalam menubuhkan kerajaan negeri atau pusat.

Apabila Mukhriz menyatakan kemungkinan terdapat persetujuan penyerahan Kedah dan Terengganu serta Kelantan kekal kepada pentadbiran PAS ia membawa maksud PAS mestilah menangi kerusi DUN negeri negeri tersebut secara majoriti. Untuk majoriti PAS perlu tandingi dan menang banyak kerusi.

UMNO boleh memberi laluan dengan pelbagai cara.

Oleh itu pengesahan Hadi tidak lari dari maksud Mukhriz..

Kemungkinan besar timbal balas persetujuan, kerusi Parlimen akan banyak di menangi UMNO sesuai dengan hasrat Hadi sekarang lebih menjadi Penasihat kerajaan dan bukannya menguasai Putrajaya.

Soalnya jika benar ada persetujuan strategi politik sebegini,  berapa ramaikah yang tahu...
Apakah dakwaan Mukhriz berasaskan maklumat dalaman atau ada yang terlepas cakap (?)
Mukhriz wajar memberi pendedahan lanjut  !!!



# Apapun jika benar ada kerjasama dan persetujuan strategi politik sebegini,  ia sangat baik untuk kelansungan politik Melayu dan Islam walaupun terpahat kepentingan peribadi. 

Yang perlu di awasi,  jangan sekadar kuantiti ini menjadi tempat bersarangnya Melayu yang low kualiti dan kesepakatan membenarkan salahguna kuasa dan segala bentuk kemungkaran. 

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ PERLU PERKASAKAN PAS DAN AMANAH

Pilihan terbaik untuk Mukhriz ialah nenyertai PAS tetapi halangan mungkin datang dari Hadi sendiri yang dipandu untuk memimpin PAS.

Muhyiddin pula sesuai menyertai Amanah dan Shafie menertai PKR.

Sangat menarik untuk Mukhriz membantu PAS Kedah dan Muhyiddin membantu Amanah Johor disamping boleh menjadi jambatan untuk mendamaikan PAS dan PAN.

DAP kekal sebagai partner dalam Pakatan Harapan sepertimana MCA dan MIC dalan BN. Kalau mahu dinamakan kafir harbi,  ketiga tiganya sama...

DAP kekal di kerusi mereka manakala PAS,  PKR dan Amanah perlu membuat pembahagian yang adil.

Amanah kuasai Johor,  PKR kuasai Selangor + Wilayah.
Kedah,  Kelantan,  Terengganu dikuasai PAS. Pulau Pinang kekal DAP + Perak.


Parlimen juga mampu dikuasai dan seterusnya menawan putrajaya.

Pembahagian kerusi mesti melalui dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Harapan yang wajib dipatuhi.

Pakatan Harapan wajar mempunyai sokongan dari beberapa NGO Dan individu yang berpengaruh sebagai Golongan Pemikir membantu menyelaraskan perbezaan pendapat dan menyuntik idea perpaduan.




TAMPARAN SEMPORNA...

Kena hormat prinsip MT sebulat suara menyingkir Muhyiddin,  Mukhriz dan Shafie. Mereka bertindak atas tunjuk kuasa dan dendam kesumat.


Kena lebih hormat kepada akar umbi seperti ahli UMNO Semporna yang menolak Najib dan UMNO sekaligus menyahkan UMNO dari bumi Semporna.
Mereka bertindak atas maruah.

Sebagai golongan bawahan yang bersepakatan, sesuatu yang harus dikagumi,  tentunya mempunyai Ketua Bahagian yang telah memberi perkhidmatan terbaik hingga dihormat dan disanjung, bila dicubit paha kanan,  paha kiri turut terasa.

Begitu juga reaksi umno paguh,  walaupun tidak sehebat jati diri ahli umno semporna.
Bagaimana dengan reaksi Jerlun,  sudah tentu itu petanda awal kegagalan Mukhriz sendiri...

Adalah kurang diyakini,  akan ada lagi yang lebih bermaruah dari umno semporna untuk bertindak selepas ini.

Kalau setakat untuk berzapin, kuda kepang dan silat pulut,  kot mungkin ada.




6ANGKA