Masa mula mula Tun tegur Najib secara terbuka. Apa mereka kata?
Masa Tun kata 1mdb satu skandal dan penyelewengan, apa kata mereka (?)\
Masa mula-mula Tun keluar umno dulu. Apa mereka kata?
Masa Tun tumpang berceramah di pentas pembangkang, Apa kata mereka?
Semasa Tun tubuhkan BERSATU. apa kata mereka (?)
Semasa Tun berjabat tangan dan bekerjasama dengan DAP, apa mereka kata (?)
Semasa BERSATU belum bersetuju untuk menjadi sebahagian Pakatan Harapan, apa mereka kata (?)
Apabila Tun berjumpa dengan Anwar, apa yang mereka tak kata (?)
Dan sekarang BERSATU bersetuju bersama Pakatan Harapan dengan beberapa cadangan pembaikan, mereka kata lagi..
Dari awal lagi Tun telah menunjukkan pembangunan sebuah parti politik baru BERSATU dan kini sebaris dengan parti pembangkang dan tidak ada sebab jika penyatuan dan kerjasama ini diteruskan, kemenangan sudah hampir.
Bukan soal BERSATU baru dan kecil tetapi peranan dan pengalaman Tun memperteguhkan parti komponen Pakatan sudah menjadi racun kepada umno.. Sepak terajang hingusan budak umno tak siapa peduli..