Yang belum terpacul dari mulut Hadi ialah mengistiharkan kerjasama dengan umno sepenuhnya.
Jika disebut sekarang, PAS sedar ia akan hilang sekali lagi ribuan penyokong dan hanya menguntungkan musuh ketatnya AMANAH yang mampu menghidupkan semula semangat dan roh PAS Nik Aziz.
Tetapi kalau diteliti sikap tingkah laku dan perangai Hadi dan beberapa pengikut setianya, terkadang lebih dari perangai umno itu sendiri hingga ada lebai yang sanggup menyatakan rasuah itu tidak sampai memusnahkan negara.
Kalau bukan ada agenda lebih besar, mana mungkin PAS sanggup memutuskan hubungan dengan PKR dan BERSATU sekaligus dengan bersendirian. Kalau tidak ada "penyelamat" mana mungkin PAS dengan angkuh sanggup gantung diri.
Ada penulis besar merumuskan Muktamar yang berlangsung sekarang adalah kemuncak PAS menggali lubang besarnya sendiri kerana tergoda dalam perangkap gula dan madu si bibir merah.
Matematik dan sempua logik mana yang dipakai oleh PAS untuk mengharung PRU14 sendirian untuk 80 kerusi dan dari mana sumber kewangan terbesar yang akan ditanggungnya sedangkan tin milo bergerak sudah lama dihentikan.
Tidak boleh tidak, kerjasama ini terpaksa diistiharkan juga mengikut skrip yang disediakan apabila sampai masanya. Dalam soal berdalil, itu memang kepakaran lobai lobai PAS.
Melepaskan anjing tersepit adalah dasar dan halatuju PAS, ianya bertentangan sama sekali dengan halatuju BERSATU untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
(The Sun Daily) – A PAS parliamentarian thinks that the party seemed to have “shrunk” itself by breaking the “tahaluf siyasi” (political cooperation) with PKR.
Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar said severing ties with PKR showed delegates had chosen to move away from the mainstream political flow where voters wanted to see an opposition “grand coalition” to take on Barisan Nasional (BN) in the upcoming 14th General Elections.
# PAS hanya diperlukan di Selangor untuk tawan semula ngeri tersebut untuk diserah kepada Noh Omar, tempias tempias dapatlah juga PAS dalam pembahagian harta Qarun.
Banyak lagi asset di Selangor bakal dijual untuk bayar hutang (?)