Monday, October 19, 2009

Zaid bercuti, Najib bagi Cuti.


"Bapa Cuti Cuti Malaysia" - bermula dengan cuti mengejut dan extra yang diberi sempena Deepavali, kini cuti lagi pada 16hb September 2010 - apakah Muhyiddin dan Najib berlumba lumba ke arah itu. apakah itu yang dimaksudkan dengan 'rakyat didahulukan...' atau Najib dan Muhyiddin mahu rakyat riang ria, biar mereka saja berdua bekerja..


Jangan lupa Zaid di PKR pun dah terkena penyakit 'bercuti' - dan 'cuti' itu tandanya masalah besar..


Apabila ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 16 September sebagai ‘Hari Malaysia’ dan cuti umum, Tun Dr. Mahathir memberikan komen amat sinis “Baguslah ada cuti lagi. Kita patut lebih banyak cuti. Cuti banyak lagi penting dari bekerja” sambil mengungkap senyuman sindiran “Orang kata saya ini ‘workoholic‘. Saya pun sudah lama bercuti”.



Ketika dalam makmal biologi, Jib dimarahi oleh Cikgu M yang memang terkenal kerana suka melawak.Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu M.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Jib.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Jib menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Jib terserempak dengan Din, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.Kenapa? tanya Din. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Jib sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu M.

Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Din hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu M sudah menengking : Jib, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.
Cuti Sekolah Najib Tak nak Tambah ke..

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.
Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?
Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.
Cikgu : Kamu Ramli?
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.
Cikgu : Kamu Ahmad?
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.
Semua murid-murid ketawakan Ahmad.
Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.
Dengan semangat Adam menjawab...
Adam : Saya nak pergi Matahari...
Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....
Adam : Kita pergi malam.....


Saturday, October 17, 2009

KJ..MB N9 yang baru..


Kedudukan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO dan apa yang disarankannya khusus semasa Perhimpunan Agung Khas UMNO baru baru ini masih menunjukkan dia 'tidak disenangi' bukan sahaja di kalangan pemuda tetapi merebak kepada induk dan sayap sayap lain.

'Anti KJ' masih ujud secara nyata dan luas melihat reaksi perwakilan setiap kali nama KJ disebut - dia masih dipinggirkan oleh partinya sendiri.


Adakah KJ sedari atau buat buat tidak sedar hakikat sepahit ini.. Kenapa tidak ada media menyelami hatinya dengan bertanya berterus terang saolan ini kepadanya.. KJ sudah tidak berada dalam kedudukan yang boleh 'menyusahkan' wartawan jika saolan ini di aju kepadanya..


Najib sendiri meninggalkan tandatanya dan saolan besar apabila KJ tidak dilantik kepada apa apa jawatan malah tidak pernah merujuk kepada KJ dalam beberapa hal sekurang kurang di kacamata umum..


Sudah sampai masanya KJ dibuang atau diberi peranan jika UMNO betul betul mahu dan sudah berubah..


Mungkin MB baru bagi N9 adalah kejutan dan tempat yang paling sesuai untuknya..

Berbanggalah jadi orang India Malaysia..


Wish You A Happy and Prosperous Deepavali ! ! !Let this be begining of joy and prosperous to all Tamilians in this world ! ! !Proud to be Tamilian ! ! !

அகர மூதல ஏழூதல்லாம் ஆதி பகவன் மூதறேற் ஊலகூதமிழன் என்ற் சொலடா தைல நிமிர்ந்தூ நிலடா


Berbanggalah jadi orang India di Malaysia kerana minoriti sedang menguasai majoriti ..

Monday, October 12, 2009

Setakat Kegembiraan "Deepavali"..


Kemenangan bergaya TS Isa Samad lebih bersifat peribadi atas pengaruh dan kepercayaan pengundi tempatan kepadanya di kawasan DUN dan tidak mencerminkan kedudukan MP tetapi tetap akan jadi satu suntikan baru untuk UBN.


Kegembiraan UMNO harus terbatas setakat kegembiraan 'Deepavali' sahaja dan bukannya keriangan seperti Raya Haji atau Raya Puasa kerana perjuangan baru sahaja bermula ( pun masih ketinggalan ) dan entah bila selesainya belum tahu..


Pengundi pengundi India dan China pula nampaknya tidak menghiraukan apa jua kekecehohan yang sedang melanda MCA dan MIC, mereka sokong Isa Samad.

Wednesday, October 7, 2009

Kenapa Isa terpaksa dipilih..


Kekuatan UMNO pada keseluruhannya jatuh merudum dan untuk menghadapi pilihanraya kecil sebegini, calon tempatan yang 'mampu' diperlukan.


Di Bagan Pinang, hanya Isa atau faktor Isa sahaja yang mempunyai potensi untuk menang, calon lain walaupun mempunyai rekod paling bersih pun tidak mampu mempertahankan kubu UMNO ini.


Situasi UMNO ini menyebabkan Najib tidak dapat mengikut nasihat Tun supaya Isa tidak dicalonkan..


Jika UMNO sudah di ICU, tentulah ISA sudah tidak berguna lagi..


Saturday, October 3, 2009

Tanda2 UBN akan kalah lagi di Bagan Pinang..



Sunday October 4, 2009

Azeez alleges assault in report

Reports by SARBAN SINGH, C.S. NATHAN, MAZWIN NIK ANIS. SIMON KHOO and ZULKIFLI ABD RAHMAN


Nampak sangat Azeez ni lebih pandai dari Ismail Sabri, orang macam ni Najib patut bagi dia jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, paling sesuai untuk memantau along dan gengster.
Lagipun dia ternyata kuat, 9 orang pukul 1 orang (9 tu simbol Negeri Sembilan) dia masih boleh berjalan, buat laporan polis dan paling penting masih kuat buat kenyataan akhbar.

Ada beberapa saolan nak ditanya dan beberapa kenyataan nak dibuat:

# Ini gaya dan style lebih kurang strategi KJ.
# Azeez sempat pula kira berapa orang pukul dia.
# Berapa agaknya upah untuk satu orang yang dibayar....kalau sorang RM200 x 9 = baru RM1800.00 - no hal punya.


( Mungkin ada pembaca yang nak tambah atau nak sanggah dengan lain2 saolan ?!.. )

Setiap kali pilihanraya kecil atau besar, asyik asyik UBN je yang kena pukul dan belasah - tak ada taktik lain ke - dan setiap kali UBN kena pukul, setiap kali tu lah UBN kalah - agak2nya inilah tanda2 awal UBN nak kalah lagi !!!

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...