Monday, March 30, 2009

Sedih kerana apa...

30 Mac 2009: "Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya. Peralihan akan berlaku." - Pak Lah selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.http://www.malaysiakini.com/news/101277

Betul tu, tunggu je lah...
Jawapannya pada 7hb April nanti.

Hari terakhir PAU sepatutnya meriah dengan tangisan air mata perpisahan tanda kasih ahli kepada Paklah tetapi tidak berlaku, sebaliknya meriah dengan meraikan kehadiran Tun !!!!

Apa sudah jadi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 29, 2009

UMNO dah menang



<<<<<<< "Berilah saya peluang untuk bekerja dulu," katanya ringkas sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.














UMNO dah menang sorak !!!


Apa keputusan piliharaya kecil 7hb April - tergadai atau tidak.

Friday, March 27, 2009

UMNO tidak ranap sekadar KJ


Dikemaskini 28hb March 2009
Kemenangan KJ yang diragui dan Keputusan Lembaga Disiplin dan yang sewaktu dengannya samada betul atau tidak tetap jadi isu dalaman UMNO sekarang - bila nak selesai ? - tak habis habis.

Posting asal: 17hb March 2009
Kepada penyokong Mukhriz yang masih terus kecewa, wajar tempat itu (Ketua Pemuda) tidak lagi dijadikan tempat keramat untuk berbakti kepada UMNO, masih ada ruang dan cara lain untuk meneruskan perjuangan ini.

Tidak perlu protes atau laporan polis, hentikan kerja sia sia yang terus meranapkan parti kerana UMNO kena dibangunkan semula dengan penyatuan ahli dan pemimpin walau berbeza pendapat. UMNO tidak mantap sekadar Najib dan UMNO tidak ranap sekadar KJ - UMNO akan hancur jika tidak bersatu.

Sudah terlalu lama politiking sehingga banyak agenda lain terganggu dan tidak tercapai, Melayu semakin jauh ketinggalan, Melayu semakin dipertikaikan dan Melayu sedang diperkotak katikan oleh Melayu yang lupa daratan bersekongkol dengan bukan Melayu yang lupa asal usul.

Jawatan adalah amanah untuk dipikul, jika ada kemenangan yang palsu biar masa menjadi saksi terpenting dan masa juga akan meletakkan seseorang yang benar untuk berada di puncak kuasa, atas izinNya. Persepsi dan emosi yang berlebihan akan merugikan.

Dan MASA sekarang dan MASA ini adalah MASA untuk menebus dosa dan kesilapan lalu.

Kabinet Bayangan..

Tahniah kepada barisan kepimpinan seimbang yang terpilih.
Satu dua laksamana,
tiga empat panglima.
lima enam Pengawal Istana,
tujuh lapan pak pacak,
sembilan sepuluh jaga
dan selebihnya tukang sapu, tukang ampu,tukang kipas...

Banyak lagi direktor, cameraman, dayang dan pelakon tambahan diperlukan..

Lambunglah buah dadu..kot kot naik nama.

Thursday, March 26, 2009

Perjuangan yang selesai sebelum selesai...

Pemuda dianggap sebagai tulang belakang dan penggerak utama bersama Wanita dan Puteri dalam setiap kali pilihanraya kecil atau besar apabila UMNO terlibat.

Malah tetap jadi tukang sebok, kuli batak, hamba abdi dan kaki sebok membantu calon hindu dan tok pek kong atau budha walaupun jika UMNO tidak terlibat - begitulah hebatnya Pemuda UMNO.

Hari ini segala beban dan masalah yang terkotak di fikiran untuk melihat UMNO kembali gagah telah selesai, semuanya itu dipindahkan kepada KJ - Ketua Pemuda UMNO yang baru untuk merealitikannya.

Kepada perwakilan bijaksana dan bijaksini, inilah sumbangan terbesar anda untuk dikenang oleh anak cucu bangsa Melayu dan Islam.

Jika malam itu gelap, bukannya salah matahari tetapi salah bulan yang tidak mengambang.

Monday, March 23, 2009

Anwar syok sendiri...

Ini adalah ulasan yang dibuat di dalam blog Anwar pada 24hb March yang tidak disiarkan di bawah tajuk
Najib Tightens Grip in Waning Economy
post info By Anwar Ibrahim
Categories: Analisis, Antarabangsa, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Politik, Sidenotes and malaysia
From Wall Street JournalBy James Hookway,

Ia sengaja disimpan dan dikeluarkan hari ini di dalam blog saya bagi menunjukkan salah satu bukti blog Anwar cukup gentar dengan kritikan yang tidak menyebelahinya. Ini bukan kali pertama ulasan ulasan saya tidak disiarkan.

1 kluangman Mar 24th, 2009 at 7:41 am
Monday evening, riot police fired tear gas to break up a political rally led by Mr. Anwar in northern Malaysia, according to Malaysia-based media and Mr. Anwar’s aides. It wasn’t immediately clear why the police acted.

Polis bertindak1) tiada permit polis dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut2) menjalankankan tugas mengikut undang23) perhimpunan haram4) kedegilan bersurai

Pembantu Anwar elok dihantar melanjutkan pelajaran seperti Fairus kerana dia kurang jelas kenapa polis bertindak.

Tindakan tindakan polis sebegini memanglah diharapkan oleh Pembangkang untuk keberuntungan politik mereka bagi mendapatkan publisiti dan sokongan simpati serta mengekalkan sokongan yang sedia ada.

Hasilnya, kerajaan mengharamkan pengeluaran selama 3 bulan untuk akhbar Harakah dan Suara Keadilan sebagai tekanan politik dan dijangka akan melumpuhkan jentera komunikasi PAS dan PKR. Dijangka banyak lagi tekanan dan sekatan yang akan dibuat oleh kerajaan jika pembangkang terus liar dengan tindakan dan tuduhan yang merosakkan kestabilan ekonomi dan politik Malaysia.

Demokrasi di Malaysia sudah dimatikan oleh gelagat melampau pembangkang, lebih banyak serangan peribadi dari serangan ke arah cadangan pembangunan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Terlalu banyak agenda peribadi menjadi agenda utama pembangkang.

Pembangkang sayang UMNO.

Kemaskini: 24hb March 2009.
Memandangkan Harakah dan Suara Keadilan dilarang pengeluarannya selama 3 bulan, blog ini mengalu ngalukan kedatangan penyokong kedua dua pihak untuk melepaskan nafsu serakah mereka di sini tetapi dengan ingatan, pandai cakap, pandai buat, pandai tanggung atau dalam lain perkataan, bahasa menunjukkan parti dan bangsa.

Bersopan itu tidak mengurangkan ketajaman tetikus.

Posting asal: 23hb March 2009
Setiap syiling ada dua muka dan adat pertandingan pasti ada yang menang dan tewas.

Cuma buah dadu Ibrahim pendek dalam ali baba 40 penyamun sahaja yang berjumlah dua di setiap muka dan sebab itulah 'mari kila lihat siapa yang kena'

Penipuan yang licik dan terancang pasti meninggalkan kebenaran yang hanya berharap nasib tetapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Walaupun UMNO sudah makin dikatakan tidak relevan dan beban kerja besar yang menunggu, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada KJ, KT dan MM yang masih mahu menawarkan diri untuk merebut tugas tersebut.

Tahniah dan syabas juga atas semangat dan iltizam Mat Taib dan Muhyiddin menawarkan diri untuk berganding bahu dengan Najib dalam terus mentadbir parti dan negara.

Tahniah dan syabas kepada Ali Rustam dan Norza yang akur dengan kesilapan dan keputusan.

Tahniah dan syabas kepada perwakilan yang akan membuat pilihan dan keputusan majoriti diharapkan bersandar kepada parti itu lebih penting dari peribadi.

Tahniah dan syabas juga kepada pembangkang kerana memberi persaingan dan kangkangan secara tidak langsung menyedarkan pemimpin UMNO untuk kembali kepda perjuangan.

Tahniah dan syabas juga kepada pelayar blog yang berbeza pendapat dan terimalah habuan masing2 jika ada fitnah dan dusta.

Saturday, March 21, 2009

Selamatkan Nik Aziz...


Dikemaskini: 24hb March 2009
Saranan awal Nik Aziz agar Nizar tidak dicalonkan di Bukit Gantang berakhir dengan pengumuman rasmi Hadi Awang. Seperti di Kuala Terengganu, cadangan Nik Aziz supaya meletakkan Mat Sabu juga diketepikan.

PAS mahu dilihat tidak terlalu bergantung kepada Nik Aziz dalam percaturan politiknya dan Hadi Awang adalah nakhoda mutlak.


Baca lagi: http://malaysian-anti-dap.blogspot.com/2009/03/pas-running-risk-of-angering-nik-azizs.html

Posting asal: 21hb March 2009
Seperti UMNO, parti Anwar juga gagah membarisi pemimpinnya yang sama korup dari segi moral dan rasuah dan kini berhadapan dengan isu isu bogel, zina, rasuah dan terbaru, perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikaitkan dengan rasuah yang didedahkan sendiri dari orang dalam.

PAS juga akan dilanda krisis yang hampir sama jika masih terus berada dan berkawan dengan DAP dan PKR kerana percaturan DAP ialah membisukan rakannya untuk terus mendominasi keputusan seperti yang berlaku di Perak apabila Nizar menjadi boneka http://lawyer-kampung.blogspot.com/ dan Hassan Ali kempunan jawatan Menteri Besar Selangor.

Hadi Awang menghidunya dan terus menyuarakan secara berselindung dan berhemah tentang Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan beberapa parti untuk menerajui kerajaan Malaysia yang ada sekarang. Dalam lain perkataan kenapa kritik diluar, sudah sampai masanya elok bina dari dalam jika berkuasa.

Adalah lebih baik PAS bersendirian di luar dari berada dalam Pakatan tetapi berperanan sebagai lembu cucuk hidung di Selangor dan Perak.

PAS perlu menyelamatkan Nik Aziz dari bersikap 'karpal' dalam Pakatan. Nik Aziz perlu disedarkan apa yang didendangkannya bukan lagi lagu padang pasir tetapi lebih kepada lagu Al Jub.

bersambung..... Menteri Besar Selangor dan Perak untuk PAS.

Wednesday, March 18, 2009

Logik ke pembangkang takut kepada seorang PM yang lemah !

Jika Najib terlalu najis dan kotor serta buruk dan lemah untuk menjadi PM tentulah itu merupakan faktor terbaik untuk pembangkang memenangi pilihanraya akan datang.

Agak aneh pembangkang terlalu takut, cemas dan resah untuk berhadapan dengan PM yang lemah.

Nyata ketakutan pembangkang bererti Najib akan menjadi seorang PM yang masak dengan tipu daya mereka.

Tuesday, March 17, 2009

UMNO - suci dan bersih - gunakan tanpa was was...


Keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO macam jawatankuasa pengawas sekolah jer keputusannya..
Ada pulak boleh maap maap..

Kepada penyamun tak digantung keahlian tapi anak buah jadi machai kena gantung keahlian..




Sekarang dah boleh bangga, UMNO suci dan bersih dari politik wang... Gunakan tanpa was was.

Konspirasi - adik Anwar bersuara..

Khairy: I respect the committee's decisionIn an immediate reaction Khairy said that he respected the decision of the committee although "I am innocent"."The important thing is that I have been just warned and I am allowed to contest. I am still going to contest," he told Malaysiakini when contacted.

He said that there was an agenda to stop him from contesting for the Umno Youth chief post."I know there is an agenda but I don't know bywhom and why they are doing this.

I am maintaining my innocence," he added.He said that he had presented his case to the committee and fully respected the decision.

Dulu Isa Samad Kena gantung - Kenapa Ali Rustam tidak..

Sejarah berulang...

"When Agus Salim asked Isa Samad, about money politics, the answer by Isa Samad was very telling.
As far as I am concerned there's no more money politics. That's why I was the only one caught out"

Kali ini giliran ikan besar, Ali Rustam dipersalahkan dan dihalang dari bertanding tetapi tidak digantung keahlian seperti Isa Samad.

Jawatankuasa disiplin lebih berkompromi dan memaafkan Ali Rustam berbanding dengan Isa Samad - sedangkan pada masa ini, UMNO sedang diperhatikan oleh seluruh dunia untuk melihat perubahan dalam penghapusan politik wang - nampaknya ia tidak berganjak malah terus mengundur ke belakang dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin hari ini.

Dengan penghukuman ke atas Ali Rustam, UMNO seolah oleh mengajak kita untuk menyatakan politik wang dalam UMNO sudah dihapuskan.

Alangkah jijiknya !!!

Saturday, March 14, 2009

Rumah Agam Saya..


Bernilai $65juta dengan pintu kalis peluru dan kolam mandi bersadur emas..pemiliknya ialah..

Thursday, March 5, 2009

Jawapan Pemimpin Politik

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan Pemimpin Politik lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Hadi Awang = “Orang tua”
Anwar Ibrahim = “Guru”
KJ = “Teman”
Pak Lah = “Kaum kerabat”

Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).”

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Lim Kit Siang = ” Negeri Cina “
Nik Aziz = ” Bulan “
Lim Eng Guan = ” Matahari “
Karpal Singh = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Khir Toyo = ” Gunung “
Nizar = ” Matahari “
Ali Rustam = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia? “
Mat Taib = ” Baja “
Dr Zambri = ” Besi “
Muhyiddin = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Najib = ” Kapas”
Ku LI = ” Angin ''
Hishamuddin = ” Daun-daun ''

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
“Pemimpin Politik dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Wednesday, March 4, 2009

Putar2, Putar.. Putar... Kaki Mengayuh..Abang Beca Lim Eng Guan

Satu laporan Bernama - Lim Eng Guan akan bincang dengan lain lain kerajaan negeri Parti pakatan Pembangkang Rakyat (PPP) berhubung garis panduan pengistiharan harta di kalangan EXCO.

Inilah contoh terbaik putarbelit kerana pada masa Lim Eng Guan anak kepada Lim Kit Sia L menjadi pembangkang berpuluh tahun (sejak dilahirkan) merekalah juga yang melalak dan memperjuangkan supaya kerajaan BeeEnd pada masa itu membuat pengistiharan harta tetapi apabila sampai kena batang hidung sendiri, selepas setahun menjadi kerajaan negeri, banyak pula alasan diberi.

Di Selangor, semasa menjadi pembangkang, melalak Khir Toyo dituduh rasuah dan menyeleweng tetapi setahun menjadi kerajaan negeri, Khir Toyo masih sihat lagi, baru baru ni je didedahkan itupun sebagai serangan balas apabila Khalid sendiri terpalit dengan isu rasuah.

Kepada rakyat, marilah kita perjuangkan sesuatu yang menjadi hak kita, kita tuntut hak kita kepada mana mana kerajaan tidak kira berlabelkan parti apa - kita mahu kerajaan yang adil, bercih, cekap dan amanah untuk rakyat - bukannya adil dan cekap untuk diri mereka , anak menantu mereka atau kroni mereka.

Rakyat mesti bangun dengan berani untuk memperjuangkan hak rakyat yang utama, kita sokong siapa sahaja pemimpin yang berani memperjuangkan kebenaran berdasarkan undang undang serta perlembagaan dan kita pancung mana mana pemimpin yang memperalatkan rakyat, korup, penipu dan perkauman.

Kalau dah hantu, tetap hantu...menyamar pun tetap rakyat kenal..

Sunday, March 1, 2009

Najib Jumpa Anwar.

Anwar pernah dipecat dan terkeluar dari politik Malaysia tetapi kerana politik sudah menjadi darah dagingnya dia kembali semula... berbanding dengan Najib yang berada di persada politik ketika muda dan selesa tetapi getir ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kegetiran berlaku kerana tingkah laku Anwar yang sentiasa mencari lubang untuk mengaibkan Najib dan getir kerana tingkahlaku Paklah yang flip flop sampai sekarang.

Getir juga kerana terpalit tuduhan yang gagal dinafikan secara sempurna dan kelemahan politik dalam pendekatan dan keputusan lebih lebih lagi gagal menjadi hero rakyat ketika Paklah diambang kebencian dan ditolak rakyat.

Peranan yang gagal inilah dapat disambar oleh Anwar dengan mudah dan menjadi idola kepada penyokong yang marah dan kesal kepada Najib yang sama lembek dengan Paklah.

Anwar tanpa belas dan kasihan terus memburukkan Najib dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan liar supaya rakyat benci kepada najib, benci kepada kerajaan dan sekaligus memudahkan laluan Anwar ke puncak kuasa.

Anwar tidak berjaya sepenuhnya memburukkan Mahathir malah Anwar yakin dia akan hilang simpati rakyat jika terus melampau memburukkan Mahathir dan yang lebih penting Anwar tidak mendapat apa apa untung untuk memberi tumpuan dan masa kepada isu Mahathir dan Mahathir pun sudah tidak punya kuasa dan tidak memberi ancaman langsung kepadanya.

Memburukkan Najib dan menjatuhkannya samalah juga menyekat pengaruh Mahathir.

Terpenting, Anwar tahu dia bersalah dan Mahathir benar - dan dia tidak mampu melawan kebenaran.

Anwar tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berada di garisan penamat untuk berkuasa atau akan terus hilang peluang jika Najib berjaya disahkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia - sesuatu harus dilakukan, do or die March ini !!!!!!!!!!!!!!

Najib mungkin hanya mengharapkan nasib untuk menyebelahinya kerana jika dalam berperang - Najib sudah hilang daya juang dan askarnya lintang pukang, Generalnya pun tidak sehaluan malah mahu berbunuh bunuhan sedangkan Anwar walaupun ada kepincangan masih mampu merapatkan pakatan walau berbeza fahaman.

Satu cara yang pasti - Najib mesti berjumpa Anwar untuk satu toleransi dan kedamaian untuk keberuntungan Melayu dan Islam dan PAS adalah jambatannya dalam tawaran Kerajaan Perpaduan.

Najib mesti secara terbuka membuat tawaran kepada Anwar untuk berdamai dan mencari jalan satu titik pertemuan dan persefahaman dari kemelut politik yang menjejaskan ekonomi negara.

Najib mesti akui dari segi kematangan dan strategi politik dia ketinggalan jauh dari Anwar tetapi dia akan menang dan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat jika 'ikhlas' dan Anwar akan ditolak dan tewas jika enggan berdamai dengan Najib melalui kesaksian PAS.

Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, Najib sebagai Timbalan dan Anwar sebagai Menteri Kanan atau Penasihat Negara dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Negara.

Apakah mereka sanggup demi rakyat atau masih mahu bermain politik.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...