Kemaskini: 24hb March 2009.
Memandangkan Harakah dan Suara Keadilan dilarang pengeluarannya selama 3 bulan, blog ini mengalu ngalukan kedatangan penyokong kedua dua pihak untuk melepaskan nafsu serakah mereka di sini tetapi dengan ingatan, pandai cakap, pandai buat, pandai tanggung atau dalam lain perkataan, bahasa menunjukkan parti dan bangsa.
Bersopan itu tidak mengurangkan ketajaman tetikus.
Posting asal: 23hb March 2009
Setiap syiling ada dua muka dan adat pertandingan pasti ada yang menang dan tewas.
Cuma buah dadu Ibrahim pendek dalam ali baba 40 penyamun sahaja yang berjumlah dua di setiap muka dan sebab itulah 'mari kila lihat siapa yang kena'
Penipuan yang licik dan terancang pasti meninggalkan kebenaran yang hanya berharap nasib tetapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Walaupun UMNO sudah makin dikatakan tidak relevan dan beban kerja besar yang menunggu, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada KJ, KT dan MM yang masih mahu menawarkan diri untuk merebut tugas tersebut.
Tahniah dan syabas juga atas semangat dan iltizam Mat Taib dan Muhyiddin menawarkan diri untuk berganding bahu dengan Najib dalam terus mentadbir parti dan negara.
Tahniah dan syabas kepada Ali Rustam dan Norza yang akur dengan kesilapan dan keputusan.
Tahniah dan syabas kepada perwakilan yang akan membuat pilihan dan keputusan majoriti diharapkan bersandar kepada parti itu lebih penting dari peribadi.
Tahniah dan syabas juga kepada pembangkang kerana memberi persaingan dan kangkangan secara tidak langsung menyedarkan pemimpin UMNO untuk kembali kepda perjuangan.
Tahniah dan syabas juga kepada pelayar blog yang berbeza pendapat dan terimalah habuan masing2 jika ada fitnah dan dusta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
KAH KAH KAH.. tak relevan.. menggaku pulak UMNO tak releven sampai tarik lesen harakah dan suara keadilan untuk 3 bulan. tak releven sampai penakut.. kah kah kah kah... yang paling orang PR sayang bile tengok orang-orang macam kluangman berbahas tanpa bukti dalam blog.. kah kah kah.. yang paling diorang sayang bila dah takde orang nak jadi bahan gelak.. kah kah kah... yang paling diorang sayang bila dah takda orang yang kat blog sendiri pon kene tibai.. kah kah kah...
ReplyDeletemane kebebasan bersuara..?
bisu terus lepas kene tepuk.... kah kah kah kah kah
ReplyDelete