Wednesday, March 10, 2010

Jawatan PM - Perlukah Satu Lagi Peralihan Kuasa ala-paklah







Mencadangkan Tun Mahathir kembali sebagai PM mungkin sesuatu yang menjelikkan kepada musuh tradisinya dan mungkin kurang waras untuk mengganggu dan membebannya semula dengan permasalahan negara sekarang yang serba tidak stabil walaupun dinampakkan macam ok.

Malaysia memerlukan bukan sekadar Perdana Menteri tetapi seseorang negarawan yang mampu mengatasi kemelut negara dalam sekelip mata dan ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan jika pemimpin itu negarawan, jika ia seorang pemimpin yang hanya ada gaya tetapi tidak pada kualiti, mungkin sekelip mata itu mustahil.
Senaraikanlah siapa pemimpin yang ada ciri ciri negarawan itu, dari Najib sampai ke Ghani Othman, atau dari Anwar sampai ke Khalid atau dari Lim Kit Siang sampai ke Karpal, hatta dari Nik Aziz sampai ke Mat Sabu pun macam atau memang dah sah, mereka tidak ada ciri ciri tersebut, semuanya local, kampongan - Memusnahkan lebih pandai dari Membina. Kalau sekarang ada yang seiras kemampuan Tun Ghafar Baba pun Malaysia sudah dikira bertuah.
Cuma sekarang negara di perintah daripada tiada lebih baik ada.

Jika terus ditelek, mungkin sudah sampai masanya samada Ketua Menteri Sarawak atau Ketua Menteri Sabah dipinjamkan sekurang kurangnya hingga ke pilihanraya 13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Secara Kontrak atau Pemangku Perdana Menteri dalam mentadbir Malaysia sekarang .
Kedua duanya sudah mempunyai rekod perkhidmatan dan pentadbiran negeri dan politik yang cukup matang berbanding dengan mana mana pemimpin lain di Malaysia pada masa sekarang hatta Anwar mahupun Lim Kit Siang apalagi Hadi Awang gagal menembusi walaupun sudah lama mengidam pengaruh dan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Lewat kebelakangan ini pun Najib sendiri berulang alik bagai menatang minyak yang penuh ke atas negeri negeri emas yang menjadi talian hayat serta nyawa UMNO dan BN untuk tempoh tempoh yang mendatang.

Atas kepentingan semua, Tentunya Cadangan Di atas Tidak Keterlaluaun?!


Selingan:
Hobi UMNO dibawah kepimpinan baru ini ialah mengumpul perasuah sebanyak mungkin sebagai koleksi.
Ini menjadikan UMNO bertunjangkan Melayu dan Islam tampak berbeza dengan parti lain.
Selain itu, UMNO tambah lagi hobi baru, mengumpul 'kaki lompat parti' dan memberi mereka sedikit saguhati.

Realiti atau persepsi??





Why the political tsunami never reached Sarawak
author_photo("Keruah Usit")
Keruah UsitMar 10, 104:11pm
Malaysians recognise that Sabah and Sarawak now hold the position of kingmakers in national politics. In the wake of the political tsunami of March 8, Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) are now finely balanced in the peninsula, even if both Umno and PKR are still struggling to make sense of the debris left behind.

11 comments:

  1. Posting paling ganas setakat ni berkaitan Najib ! Rakusnya bro ! :)

    ReplyDelete
  2. Kaki Jub*r patut dipecat jawatan Ketua Pemuda Umno.

    ReplyDelete
  3. Untuk menyalamatkan umno dan org melayu aku setuju 100% tapi TDRM perlu jadi penasihat kerajaan kerana TDM mempunyai AURA bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh DUNIA,apa macam KJ setuju tak.Kalau Pak Lah tak payah lah

    ReplyDelete
  4. Salam bro!!
    Kawan sutuju sangat-sangat tu.

    ReplyDelete
  5. Sejak tundol slumberjack naik PM pada 2004,
    Dia telah membuka pintu luas luas dan semua penentang Hak Islam dan Melayu mulai serangan.
    Malang tada siape yang mempertahan kan hak kita,malahan slumberjack galakkan serangan.
    Mac 2008, akibat nya kuasa Melayu dan Islam di cairkan.
    Malang semua orang dalam UMNO terdiam dan cari jalan nak jaga kepentingan sendirian saje.Mujor ade TDM,tapi suara dia sorang aje di belantara.
    Terima kasih TDM.Jasa mu di kenang
    Apabila Najib naik PM, malang sekali satu persatu institusi Melayu di cairkan.
    Kerana 1Malaysia dan nak dapat sokongan balik penentang Melayu dan penentang Islam.
    Hakikat nya mereka naok lemak makin naik semangat kerja kuat kuat untuk merampas kuasa politik dan ekonomi.
    Nyata PKFZ adalah kuda trojan untuk pecah kubu UMNO,dan hari in McA-SaTAR-Gerakkan axis adelah 5th column yang sedang makan isi dalam macam barah perengkat akhir.
    Malang demi malang UMNO tak sedar kana ini dan tiada politikal leaderwship.
    Melayu sudah jadi Malaysia.
    Cina tetap dengan nanyang diapora nya, dan pandai mengajar orang buat subsidi,wal hal semua kepentingan mega kepunyaan cina tetap jadi mega keran ade subsidi.... makan besor yob cina.
    Orang kite makan kecial dan tiada makan.
    Selagi Melayu ade di bumi semenanjung,selagi itu Melayu di tentang se habisan tanpa tumpah darah sebab cina ade kuasa wang.
    Wang bolih beli pengaroh.
    Yakin dan percayalah,Presiden UMNO sendiri tak yakin UMNO akan berubah sebelum PRU yang dekaaaat sangat.
    Indie yang mempertahan hak ,tapi UMNO juga buat hal hari demi hari.
    Tembak Kaki sendiri.
    PR tak perlu kerja kuat walau pun ade orang sudah lari(semua PKR).
    lagi dua tahun,aje, .. itu kalu felda tak belut.
    changkat lobak.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  6. Salam pada semua:
    dinturtle: sekarang kan cuaca panas, terbakar sana sini.
    Anon1: KJ bakal dilantik ke Timbalan Menteri, kalau dasar liberalisasi paklah diteruskan oleh Najib, wajar sangat Kj diberikan tempat - ini juga penting untuk mengekang pengaruh Tun melalui Mukhriz.
    Ipin: Zaman paklah Tun cuba disingkir secara keras dan paksa tetapi Najib mengambil pendekatan 'killing softly' - fizikal Tun terus berada tetapi 'suara Tun' sudah tenggelam dengan NGO yang ditubuhkan untuk mengimbangi suara Tun dan tampak sehala.
    Suka perhati: Terima kasih daun keladi, senang senang datang lagi.
    Anon 2: Terima kasih dan selingan di atas tu mungkin senada dan seirama walaupun senikatanyaa tak sama.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin - pemimpin politik kita sekarang ni sama je samdolnya!

    Yang pihak pemerintah asyik nak kejar duit dan kumpul harta.

    Yang pihak penyanggah pula sibuk dgn cita-cita bullshit nak ambil Putrajaya!

    Di mana Malaysia kini di mata dunia? Apa sumbangan Malaysia kepada dunia Islam dan dunia ke-3.

    Dulu masa zaman Tun Dr. M, walaupun kena serang kiri kanan bukan sahaja dengan musuh politik tanahair tapi dengan Australia, US, Britain,Israel, Malaysia tetapi gah di persada antarabangsa.

    Bila pergi oversea dulu, kembang hidung aku bangga orang kenal negara aku! Sekarang...jangan harap le..! Siap ada yang ingat Mahathir lagi jadi PM..kui..kui..kui

    ReplyDelete
  8. umno perlukan pemimpin rakyat..bukanya rakan konglomerat

    ReplyDelete
  9. Local Fighter: Pak Lah adalah titik permulaan musnahnya Negara, Melayu dan Islam dan kini disambung oleh samdol2 yang tuan perkatakan.

    azreen: Pemimpin UMNO - mulut kata rakyat, itu rakyat ini rakyat, rakyat didahulukan, tapi yang rakyat dapat kuah yang cair. Isi, daging, tulang, sup depa dah tibai dulu. Bukan sahaja pemimpin UMNO, termasuklah PAS- DAP-PKR - lagi hanturaya.

    ReplyDelete
  10. 1 Malaysia, "Melayu diHulukan pencapian pemimpin diutamakan" itulah realitynya.

    " Melayu" melaluai UMNO atau apa cara harus tidak membiarkan keaadan menjadi semakin parah,
    Memang perlu sangat peralihan puchok pimpinan sebelum keadaan mejadi semakin terok, mungkin boih mencapai tahap huru-hara kalau dibiarkan,tentu kita tidak mahu melihat peristiwa 69 berulang lagi.
    Didalam keadaan sekarang segala kemunkinan bolih berlaku ,FIKIRKANLAH.

    ReplyDelete
  11. terbing tinggi: Secara logiknya saranan atau gagasan yang dimainkan oleh Mahathir: Malaysia Boleh malahan slogan Paklah: Cermerlang, Terbilang dan Gemilang adalah sesuatu yang mudah difahami dan dihayati dan menjadi mudah pula untuk disemai.
    1Malaysia dari Najib awal awal lagi sudah kabur, samar difinasi dan halatujunya, pelbagai tafsiran, dilihat merugikan bangsa Melayu dari segi perlaksanaan.
    Jika di awalnya sudah hilang arah, dipertengahan pelbagai masalah dan kurang keyakinan rakyat, bagaimana penghujungnya nanti.

    ReplyDelete